Followers

Tuesday, May 31, 2011

Salma Juara Mentor 5

salma mentor janda anak satu

Hello sume readers belog aku neh. Agak lame tak jumpa korang kan. Maklom laa, bizi banyak lately neh. Hahaha. Aku taw korang mesti rindu aku kan? Aku terharu. Ceh!!

Oke, banyak benda aku nak cite neh sebab banyak benda yang berlaku sepanjang aku menyepi. Ciss, ayat nak novel jea kan. Entri kali neh aku nak cite pasal Juara Mentor Musim ke-5, SALMA! Terlambat ke aku nak buat entri pasal neh? Lantak laa kan, aku nak buat gak.

salma juara mentor 5

Kemenangan Salma pada malam tuh memang dah dijangka kan. Aku tak tengok live sebab mase tuh aku dalam bas =.= tapi aku baru jea abes tengok yang aku donlod semalam. Salma punyer perform giler ah. Aku suke lagu Listen tuh. Lagu makan hari-hari dye kan, all out gitew.

Tapi aku agak kurang puas hati dengan markah juri awam. Diskriminasi ke hape. Iqa yang tahap biasa-biasa jea, gempak dengan gimik jek leh markah penuh. Neh nak habaq, Mentor tuh pertandingan nyanyian, bukan gimik yang power. Paham? Tapi alhamdulillah, berkat markah siket, peminat tak leka mengundi.

finalis mentor 5

Masa ucapan tuh, Salma ada sebut pasal anak dia kan? Dah ada anak rupanya, Puteri Nurul Huda, 3 tahun. Status orang tak pandang laa sekarang. Janji bakat ada, jangan sia-siakan. GO SALMA!!

salma juara mentor 5

Baibai~~

nota KAM: motif Nas Ahmad tanya kenapa Salma menangis??

SUKA entri ini?

Wednesday, May 25, 2011

Malaysia oh Malaysia


Wahh, bangga ase duk kat Malaysia neh. Mane tidaknya kan, Malaysia sudah pun berjaya menggondol anugerah yang bukan calang-calang bagi sebuah negara Islam. Kau tahu? Tak tahu? Ape laa korang neh. Anugerah besar camni pun tak tahu lagi. Takpe2, meh nak kasi tahu.


Yang neh sudah lama laa. Korang pon mesti taw kan, Malaysia merupakan negara yang mempunyai casino yang terhebat di dunia. Casino yang terletak di Genting neh merupakan yang paling grand laa antara casino-casino yang terdapat di negara barat sana. So, sila bangga dengan Malaysia. Terhebat kot!


Yang ini terbaru, Malaysia tersenarai dalam TOP 10 penggunaan alkohol. Memang wow lah kan sebab kalo tengok dalam peta, Malaysia neh besar mana laa sangat kan. Tapi camne negara-negara besar yang lain boleh kalah dengan Malaysia? Kalo korang tak tahu, Malaysia jugak merupakan pengeksport babi utama di Asia.


Dan untuk penganugerahan yang akan datang, Malaysia sedang dalam proses membina Gereja Terbesar/Tercanggih di dunia. Nanti mesti award Gereja Tercanggih dibolot Malaysia lagi. Giler ah Malaysia. Salut!!! Salut!!

Baibai~~

nota KAM: patot 'sejuk' jea Malaysia...

SUKA entri ini?

Sunday, May 22, 2011

Nak Tolong Ke Taknak Sebenarnya?

Shahrizat: Rumah Al-Taqwa tak berdaftar

Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Kampung Gahal, Hulu Langat tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau mana-mana agensi di bawah Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
rosmah hilton hotel 221209 sharizatBernama memetik menteri berkenaan Datuk Seri Shahrizat Jalil berkata beliau juga tidak pasti sama ada rumah anak yatim itu berdaftar di bawah mana-mana agensi di kementerian lain.

"Yang terlibat (dalam tragedi ini) ada pelajar, ada anak yatim, ada guru. Kita tidak tahu ia di bawah agensi mana," katanya kepada pemberita semasa melawat kawasan kejadian tanah runtuh di rumah anak yatim itu malam semalam.

Sehingga awal pagi ini, semua 25 mangsa yang tertimbus berjaya dicari dan dikeluarkan. Mangsa yang terkorban dalam tragedi itu ialah 16 orang manakala sembilan mangsa yang terperangkap selamat pada kejadian tanah runtuh yang berlaku pada pukul 2.30 petang semalam itu.

Shahrizat berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan agensi dan kementerian berkaitan dalam masa terdekat untuk mengetahui status rumah anak yatim itu.
Sumber berita dari sini.

Dalam pada umat Malaysia yang lain bersimpati dengan nasib yang menimpa rumah anak-anak yatim di Hulu Langat tuh, masih ada insan yang mempertikaikan status berdaftar rumah terbabit. Camnilah menteri Malaysia yang diagung-agungkan sangat. Rakyat didahulukan. Tapi inikah makna slogan rakyat didahulukan tuh? Sempat lagi dipertikaikan status rumah tuh. Memang Malaysia laa sangat kan. Demm!!


Kalo nak tolong tuh, biar laa tolong dengan ikhlas. Tak kesah laa berdaftar ke tidak, at least tempat tuh membantu orang-orang yang selayaknya dibantu. Bukan memewahkan lagi orang yang sudah sedia mewah. Kalo dah tak ikhlas, baek tak payah tolong, tak payah amik tahu, tak payah wat-wat kesian, dan tak payah masuk campur. Itu lagi bagos.

Baibai~~

nota KAM: mood nak study neh. lalala~~

SUKA entri ini?

Saturday, May 21, 2011

Padan Muka Aku!


Tadi aku ingat nak buat entri, tapi tetibe kilat kuat giler dan tenet pon shock barangkali, terus putus tanpa sebarang amaran. Dah laa layan Ramlah Ram tak abes lagi tadi. Huhu. Kilat yang bertali arus kuat giler2, aku pun tutup laa laptop aku. Sayang gak laptop aku neh walaupun murah. Terbakar kang, takleh blogging lagi =.=

Neh pun aku baru bangun tido jea. Lupa asar tak solat lagi, terus bangon solat jap. Bak kata lecturer aku, kita neh manusia yang mana dalam bahasa arab dipanggil insan yang bererti lupa. So, tak salah kan kalo aku terlupa. Haha. Tapi bangong tadi kepala pening-pening cam nak giler ase. Tu laa akibat slalu tido lepas asar.

UiTM Merbok, Sg. Petani, Kedah

Oke, panjang lak intro kan. Haha. Bace laa korang. Kali neh aku nak cite pasal aku. Baru ada mood nak cerita. Suppose aku balik umah pada Khamis malam lepas semata-mata nak pegi Kedah, hantar adik aku masuk UiTM Sg. Petani.  Tapi sebabkan proposal Around The World (aku akan buat entri pasal neh nati)  aku tak siap lagi, tak sampai hati lak nak tinggal suh membe aku setelkan gitu jea kan. Kensel balik, sebab adik aku kat sana 3 tahun. Banyak lagi masa aku nak pegi kan?

So, dah tak jadi balik kan, buat laa proposal tuh sampai pukul 3 pagi. Esok nak kene keje lak, tapi lewat cenggitu pun tak tido lagi. Around The World punye pasal, sape yang tak nak pegi oversea free kan? Memang bangang kalo tolak!

Oke, ini part memalukan. Bangon selewat 8.57 a.m untuk pegi keje pukul 9.00 a.m. Mampos, lambat laa masuk. Tuh laa, tido lambat lagi kan. Selamba badak jea mandi cap kerbau, siap-siap terus pegi. Pakai baju terbalik pun tak perasan sebab pakai dalam gelap. Aku kan jenis baik, nak bukak lampu tak sampai hati sebab membe aku sorang lagi neh tengah syok berdengkur. Sampai sane pun masih tak perasan baju terbalik. Sejam gak aku pakai baju terbalik kat public. Demm!!

baju aku belang itam hijau gelap!!

Aku perasan bila nak pegi ke JHEPA, rase macam pelik jea baju aku neh. Skali tengok haa, hambek ko! Merah muka sebab 5 orang (2 orang awek cun) tengok aku dengan pakai cenggitu selama sejam dah! Saham aku dah turun depan awek 2 orang tadi!! Ciss!! Terus masuk tandas salin baju, then ngan selamba pegi JHEPA tadi. Dah setel kat sana, pikir camne aku nak masuk. Malu siot. Demm!

Aku buat muka tak bersalah, cam takde pape yang berlaku. Teruskan keje cam biasa. Mampus la, dah berlaku kan. Lepas neh aku sumpah nak bukak lampu bila pakai baju. Sori laa bro kalo tido terganggu, aku taknak malu lagi. Cukup sekali! Huhu.

Baibai~~

nota KAM: kalo aku jadi balik, aku mesti tak pegi keje kan? dan aku tak akan termalu sebegitu rupa. ciss =.=

SUKA entri ini?

Friday, May 20, 2011

Suka, Sayang dan Cinta


Saat kamu MENYUKAI seseorang, kamu ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.
Saat kamu MENYAYANGI seseorang, kamu ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.
Saat kamu MENCINTAI seseorang, kamu akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun kamu harus mengorbankan jiwamu.


Saat kamu MENYUKAI seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya, "Bolehkah aku menciummu?"
Saat kamu MENYAYANGI seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya, "Bolehkah aku memelukmu?"
Saat kamu MENCINTAI seseorang dan berada disisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya.


SUKA adalah saat ia menangis, kamu akan berkata, "Sudahlah, jangan menangis."
SAYANG adalah saat ia menangis dan kamu akan menangis bersamanya.
CINTA adalah saat ia menangis dan kamu akan membiarkannya menangis di bahumu sambil berkata, "Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama."


SUKA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata, "Ia sangat cantik/tampan dan menawan."
SAYANG adalah saat kamu melihatnya kamu akan melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.
CINTA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata, "Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku."


Pada saat orang yang kamu SUKA menyakitimu, maka kamu akan marah dan tidak mahu lagi bicara dengannya.
Pada saat orang yang kamu SAYANG menyakiti hatimu, kamu akan menangis untuknya.
Pada saat orang yang kamu CINTAI menyakitimu, kamu akan berkata, "Tak mengapa, dia hanya tidak tahu apa yang dia lakukan."


Pada saat kamu SUKA padanya, kamu akan memaksanya untuk menyukaimu.
Pada saat kamu SAYANG padanya, kamu akan membiarkannya memilih.
Pada saat kamu CINTA padanya, kamu akan selalu menantinya dengan setia dan tulus.


SUKA adalah kamu akan menemaninya bila itu menguntungkan.
SAYANG adalah kamu akan menemaninya di saat dia memerlukan.
CINTA adalah kamu akan menemaninya tidak peduli bagaimana pun keadaanmu.


SUKA adalah hal yang menuntut.
SAYANG adalah hal memberi dan menerima.
CINTA adalah hal yang memberi dengan rela.

♥ ♥

Baibai~~

nota KAM: tetiba berjiwang lebih pulak. adeh!

SUKA entri ini?

Thursday, May 19, 2011

Demm Giler Layanan!!


Hari neh buat aku panas jek. Petang-petang yang panas neh, mau bikin aku terbakar gamaknye. Memang cari nahas laa orang yang keje kat Pos Malaysia Gambang neh. Aku takde nak sorok-sorok nama tempat, sekali da layan orang macam syal, xde aku nak kesian. Nasib baik aku tak tahu name kau. Kalo tak, name kau skali leh glamer dalam neh. Pastinye kau lelaki rambut jarang-jarang dan beruban. Pegi buat rawatan Yun-Nam laa weyh, kasi lebat sket. Licin berkilat dah tuh!

Hot sangat ke aku? Ikot aku laa kan. Aku yang kene. Kene pe? Aku nak pegi pos surat membe aku tadi. Aku nak beli laa setem 50 sen. Surat tuh nak kate penting, agak laa jugak. Sebab tuh aku nak setem 50 sen. Kalo tak, aku beli 20 sen jea da cukup. 

"Pakcik, setem 50 sen ada?"

"Tengok surat."


"Setem 60 sen."

"Oke laa."

Nak beli setem sekarang kene tengok saiz surat ke? Tak tahu laa pulak aku. Ke Pos Malaysia Gambang jea letak syarat gitu? Setiap setem yang nak dibeli berdasarkan saiz surat yang nak di pos. Wow! Amazing sangat! Dye kasi aku setem 60 sen. Oke, takpe lagi.


Dalam dompet aku time tuh cukup-cukup ade RM20 jek. Bukan duit pecah-pecah singgit tuh, 2 keping not RM10! Aku bagi laa sekeping not RM10. Aku bukan jenis suka bawak syiling.

"Takde yang lain?"

"Takde."

"Selalu macam tu."

Boleh plak dye balas cakap aku memang gitu?? Oit, penah ke aku berurusan nak beli setem ngan kau sebelom neh? Neh baru 1st time aku pegi beli setem taw, kat tempat kau keje tuh! Taw tak??? Kalo kau nak sangat aku bagi duit lain, boleh jea kalo bagi kau duit tuh tak sama nilai!

Neh orang kata buat keje tak ikhlas. Pakcik, kalo dah tak ikhlas nak buat keje tuh, baik hantar surat resign jea. Ramai lagi yang nak keje dan boleh keje dengan ikhlas. Bagi jea laa kat orang yang lebih layak.

Untuk pakcik tuh, belajar laa keje dengan ikhlas sementara masih berpeluang lagi. Awak tuh da tua, sapa lagi nak hormat awak kalau tak yang muda. Tapi kalau awak pun tak reti nak sayang yang muda, nak pulak kan yang muda tuh hormat awak, sanjung awak. Pikir-pikir laa pakcik oii. Ade otak, guna. Jangan buat berat kepala jea bawak pegi sana sini.

Baibai~~

nota KAM: tido lagi sedap. panas hati jek~~

SUKA entri ini?

Wednesday, May 18, 2011

Bersedialah Kamu~~


Yeah, nape lak tetibe korang kene bersedia kan? Motif nak bersedia? Untuk apa? Haa, sini laa aku nak story sket. Meh dekat-dekat. Yang mane duk jauh tuh, sila-sila laa dekatkan diri anda. Ngee~~

Oke, straight to da point. Korang sume boleh laa bersedia dari sekarang sebab pada bulan Jun nanti, akan ada kenaikan barang. RON 95 pon akan naik bulan Jun nanti. Tak tahu laa bape sen nak naik, 20 sen jugak ke bape kene tunggu laa. Tambang pengangkutan awam pun akan dinaikkan 30% sekiranya kerajaan masih ingin meneruskan niat memansuhkan subsidi diesel super tuh. Amik ko!!

So, sape-sape yang tak redi lagi untuk tempuh saat-saat itu, boleh laa get redi sekarang. Anda masih ada masa 12 hari lagi. Hoho. 12 hari cukup tak nak redi dengan sume tuh? Alah, yang on da spot pon boleh jea kan, neh lagi 12 hari. Kamon laa~~

Baibai~~

nota KAM: bajet saving terpaksa dikurangkan laa =.=

SUKA entri ini?

Bosan~~


Lame sudah aku tak hupdate kan? Marah ke? Jangan laa marah, aku pantang marah-marah neh. Nati korang yang kene balik. Hahaha~~

Aku da stat keje sminggu dah pon. Tu pasal xde mase sangat nak hupdate belog neh. Kadang-kadang cam malas gak nak menaip. Lagipun, aku free malam jek. Pagi aku pegi kelas. Time xdak kelas, aku pegi keje. Bile ade kelas, balik kelas masuk keje. Penat~~

Neh pon bukan ade idea sangat. Saje taknak terlalu bersawang belog aku neh, aku nak bersihkan laa sket-sket. Biar bercahaya gitew, kan? Hehehe.

Sudah tepu neh. Kalo ade cite best nati aku hupdate lah ek. Oke?

Baibai~~

nota KAM: sangat bosan =.=

SUKA entri ini?

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru, Cikgu-cikguku


TEACHERS PLANT SEEDS OF KNOWLEDGE THAT GROW FOREVER!!
Yea, aku suke ayat tuh. Betul. Tak tipu.  Untuk cikgu-cikgu yang penah mengajar saya selama ini, yang sedang mengajar saya, dan yang akan mengajar saya, yang penah saya sebutkan di sini, serta cikgu-cikgu seluruh Malaysia, SELAMAT HARI GURU saya ucapkan. Jasa kalian teramatlah besar dan murni untuk dikenang.

Aku nak karang panjang-panjang, mase tak cukup sebab da nak kene pegi keje. Nati aku update lagi. Oke?


Baibai~~

nota KAM: petang neh ade kelas. wish ramai2 cam best kan :)

SUKA entri ini?

Saturday, May 14, 2011

Amir Terkeluar Maharaja Lawak Minggu 7


Lame tak update? Lame ke? Tak update sebab xleh bukak dashboard. Katenye tengah upgrade dashboard untuk lebih senang dan nampak kemas tersusun. Oke, aku da mengarut. Tak tahu gak nape dye nak upgrade tuh. Tapi logiknya camtuh laa kan?

Ini versi fast update. Sebab aku da ngantuk sebenarnya. Lagipun esok gak aku da stat keje secara rasminya even 2,3 ari sebelom neh pon ada gak keje on call. 

Aku taw ramai yang tertunggu-tunggu saat neh kan. Amir Maharaja Lawak Tersingkir! Kalau korang dah singkirkan Amir, nati takde mase korang nak pegi berak ke, nak kencing ke dulu mase tengok Maharaja Lawak tuh kan? Ataupun ade yang tetibe rase lapar time tengok Maharaja Lawak tuh, ade gak mase nak pegi senduk nasik lam periuk tuh kan kalo Amir ada.

Tapi takpe, sebab nanti ade undi masuk. Kalau korang taknak terberak depan tibi, terkencing kat situ, tertinggal babak mase amik nasik, undilah amir kat Facebook Maharaja Lawak.

Minggu neh pada aku Jambu memang mantap. Jambu power laa kalo bab silent komedi neh sebab kalo dorang cakap banyak kan, tak lawak sangat pon. So, lebih baik banyakkan aksi yang lawak daripada banyak bercakap cam Amir. Peace.

Baibai~~

nota KAM: aku bukan peminat Amir!

SUKA entri ini?

Wednesday, May 11, 2011

Remaja dan Fixie


"Oii Min, jom gi makan."

"Katne?"

"Al-Falah laa."

"Oke, tak mandi lagi. Tunggu aku mandi sat."

Dah siap melaksanakan kewajipan ke atas diri sendiri dan Yang Esa, aku pun gerak laa pegi kat Al-Falah, kedai makan seberang jalan kat sebelah KK4, UMP neh. Order nasi goreng daging merah, limau ais. Nasi tak sedap. Fail!

Duduk baik depan TV, konon tengok berita lah. Tapi berita pun da ujung2. Then, 360 punye program tayang this kind of hobby remaja sekarang. Fixie. Tak tahu lak beskal tuh namenye fixie. Haha, fail lagi!

Oke, balik terus nampak post Izamir Ridzwan about this bicycle and teenager. Bagus laa kan, remaja sekarang sudah pandai menggunakan masa dengan aktiviti yang berfaedah gitew. Daripada dok merempit tak tentu hala, bek maen beskal neh. Nak rempit pon boleh, laju gak neh. Tak caye? Beli laa satu, try sendiri. Haha~~

Tapi kebanyakan beskal neh mesti berwarna-warni. Kalerful gitew. Meriah giler kalau da ramai2 bawak beriadah petang2 kat taman kan? Ada yang siap letak lampu kaler2 lagi. Bila da stat kayuh, cantik giler ah nampak. Neh nampaknye kene beli gak satu neh. Aku pun remaja lagi gak. Haha

Baibai~~

nota KAM: makan megi lak malam neh sebab nasi tadi tak sedap langsung! tak abes, demm!

SUKA entri ini?

Kemalangan Paling Ngeri


Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.
Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.
Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.
Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di GentingHighlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.
Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.
Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Baibai~~

nota KAM: tinggi sungguh imaginasi penulis neh :)


SUKA entri ini?

Sekolahku


Umum tahu kan sekolah merupakan tempat menuntut ilmu. Dan kebiasaannya, setiap seorang tu akan melalui lebih dari satu sekolah kan? Tak caye? Oke, meh aku nak buktikan. Paling minimum korang blaja sampai sekolah menengah laa katakan, so sebelum tuh korang da lalui zaman sekolah rendah dan zaman tadika, tol tak? So, lebih laa tu kan?

So, entri kali neh aq nak bagitaw jea tempat-tempat aku menuntut ilmu sehingga sekarang. Da tua-tua pun tak abes-abes lagi belajar. =.=

PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) CHIKU 02, GUA MUSANG


Oke, first aku masuk sekolah adalah PASTI. Kat sini sangat-sangat bez. Pegi sekolah pakai baju melayu kaler ijau. Yang bez kitorang ade tanding nasyid. Aku pun tak ingat dah kitorang dapat nombor bape. Hoho. Da lame sangat laa derr. Mane nak ingat lagi. Pengalaman yang dahsyat jatuh motor. Mase tuh lepas hujan. Jalan kat situ pun jalan tanah merah lagi, xde tar macam sekarang. Ummie aku yang bawak moto time tuh. Da depan sekolah da pon, tetibe licin, terbalik laa moto tuh. Abes berselut kitorang. Huhu. Ingat-ingat balik, agak kelakar gak. 

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI CHIKU 02, GUA MUSANG


Kat sini macam biasa laa kan, masuk mase Darjah Satu sampai laa Darjah Enam. Dulu sekolah neh berkongsi pagar dengan SK Sri Chiku 01. Tapi sekarang da ade kawasan sendiri. Time aku cuti, ade gak aku pegi. Tapi anta adik aku pegi sekolah jea laa. Haha. Kat sini sangat bez. Budak-budak kan, macam-macam hal berlaku. UPSR? Alhamdulillah laa, result aku boleh laa tahan :)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO' AHMAD MAHER, KOTA BHARU


Perasan tak, permainan kaler same jea cam logo sekolah rendah aku? Haha. Oke, lepas UPSR aku dapat tawaran pegi kat sekolah nie. Sebelom tuh aku dapat tawaran ASRAMA SEMAI BAKTI FELDA, TROLAK. Disebabkan jauh sangat, tolak laa tawaran tuh. Lagipun, Abah aku baru jea meninggal. *Al-Fatihah untuk abah aku, TQ~~*.So, agak susah jugak laa kan nak pegi jauh-jauh neh. Pegi sekolah neh pon nasib baik ade pak sedara aku jea yang tolong siket-siket. Awalnya memang tak nak pegi pon. Tapi, Ummie aku suh pegi gak. So, pegi laa aku sambung belajar kat sini. Kat sekolah neh aku belajar sampai laa Form 5. Kat sini aku pegang jawatan Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya. PMR ngan SPM aku oke-oke jea. Hahaha.

LITAR MEMANDU MACHANG


Boleh panggil sekolah ke? Boleh laa kan. Tempat aku belajar memandu. Kira sekolah jugak lah tu. Kalau tak, takde nye aku boleh bawak kete sampai sekarang. Huhu. Kat sini aku belajar tak lama, sebulan jea. Lepas tuh da boleh grad dengan cemerlang! Hahaha. Cari logo dye, xde jumpe lak. Hurm...

KOLEJ MATRIKULASI JOHOR, TANGKAK


Lepas abes SPM, aku dapat sambung kat sini. Aku kat sini 2 tahun dan kitorang merupakan first batch untuk program 2 tahun. Aku amik Sains Fizikal. Kat sini baru aku bercampur dengan orang-orang luar. Yea laa, sebelom neh sekolah kat Kelantan jea. Dapat pegi Trolak, tolak. At first, agak pekat laa Kelantanese aku tuh, sampai orang pun tak paham. Lame-lame da biase kan, communication skill aku lebih lancar. Tapi kalau cakap laju-laju, Kelantan jugak yang kuar. Haha.

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG, GAMBANG, KUANTAN


Kat sini aku dapat tawaran buat Ijazah dalam Kimia Industri. Aku kat sini selama 4 tahun, tapi tak abes lagi. Baru 2 tahun abes. Kehkeh. lame lagi nak duk sini. Dulu sini dipanggil KUKTEM. Pengalaman 2 tahun dah kat sini banyak mengajar aku. Moga 2 tahun lagi aku sukses dengan cemerlang. Mudah-mudahan. Amin. Lepas neh nak keje laa pulak. Kalau ade rezeki nanti, sambung laa lagi kan? 

Baibai~~

nota KAM: terima kasih kepada semua cikgu-cikgu yang pernah dan akan mengajar saya :)


SUKA entri ini?

Monday, May 9, 2011

Gula Pun Naik 20 Sen!


Hari neh, aku bosan lagi. Tak taw nak buat ape. Ngadap laptop pon bosan gak. Haish. Dalam bosan-bosan pon, sempat gak aku terpandang entri dalam milosuam. GULA NAIK LAGI! Demm!!

Minyak naik, gula pun mesti naik. Skill naik 20 sen jea. 20 sen JEA? 20 sen bukan jea, 20 sen tuh banyak jugak wei. Gula makin hari makin mahal, bukan makin murah. Skill 'rakyat didahulukan' ke arah kemiskinan. Yang dah miskin tegar, lagi tegar laa jawabnye. Hurm~~


Minyak dunia turun, minyak Malaysia naik. Pasaran gula antarabangsa turun, Malaysia naik jugak. Kalau minyak ke, gula ke kat pasaran antarabangsa naik, Malaysia nak turunkan ke? Mungkinkah? Lagi naik adalah kan? Lepas neh pegi kedai kopi oder air suam jea la~~

Baibai~~

nota KAM: cepat beli stok gula dengan harga RM 2.10 sehingga jam 12.00 malam neh. serbu!!!!

SUKA entri ini?

Dulu 24:7, Kini MAX 247

max 247

Bagaikan baru tersedar dari mimpi. Dulu dikenali dengan kumpulan 24:7, The 1st Ever Kpop Group in Malaysia. Tapi itu dulu, zaman masih feeling-feeling Korea gitew. Sekarang mereka sudah sedar mereka berada di bumi MALAYSIA barangkali. Kini ingin dikenali dengan nama MAX 247, memperjuangkan genre Mpop. Camni laa baru betol kan. Kaki jejak tanah Malaysia tapi nak feeling-feeling Kpop pehal?

Kalau nak ikutkan dengan pemberitahuan di atas neh, macam mereka pasrah dengan kutukan yang ternyata lebih membukit dari yang menyokong kan. Ape-ape pun, kira oke laa tu. At least, kritikan tuh dorang pandang dari sudut yang positive kan?

Dorang pon da mintak maaf atas kesilapan dorang tuh. So, lebih molek dan elok rasanya kalau kita memaafkan saja keterlanjuran mereka itu. Biasa laa, kita cuma manusia biasa jea kan. Benda-benda camtu memang tak leh nak lari dah. Ade siket sebanyak yang kita akan terlepas buat, kan?

Lepas neh, boleh laa sokong MAX 247 oke? Terbaru, mereka telah membuat satu persembahan di Majlis Pelancaran Youth Tourism Fair pada 5 Mei yang lepas. Mutu persembahan dorang camne agaknya? Tunggu laa kalau ade yang share video kat youtube yea. All da best MAX 247!

Baibai~~

nota KAM: lepas neh gula-gula jadi ape pulak yea?? =.=

SUKA entri ini?

Sunday, May 8, 2011

Kelebihan Hari Mengikut Sejarah Islam

Salam yea sume..

Kali neh nak berkongsi siket ilmu kelebihan hari-hari yang kita lalui ini mengikut sejarah dalam Islam. Nak gtaw awal2, ini adalah copy paste dari Facebook :)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Sekadar berkongsi pengetahuan yang ada, inipun dapat hasil dari “googling around the net”. Perlu diketahui setiap kejadian yang Allah S.W.T ciptakan mempunyai kelebihan dan maksud yang tertentu, bukannya sia-sia. Allah menjadikan masa dalam seminggu tu ada 7 hari. Dalam setiap hari tuh, ade peristiwa-peristiwa penting yang tercatat dalam diari islam itu sendiri yang menjadi memori sepanjang zaman

Peristiwa-peristiwa yang berlaku mengikut hari ini adalah…


Hari Isnin

1. Naiknya Nabi Idris A.S ke langit.

2. Nabi Musa A.S berangkat ke bukit Thursina

3. Rasulullah S.A.W dilahirkan.

4. Malaikat Jibril turun kepada Rasulullah S.A.W buat kali pertama.

5. Amal perbuatan umat Nabi Muhamad S.A.W dilaporkan pada hari Isnin.

6. Hari wafatnya Junjungan mulia Nabi Muhamad S.A.W.

7. Bukti keesaan Allah diturunkan ”Qul huwallahu ahad”


Hari Selasa

1. Wafatnya jurjis.

2. Nabi Yahya A.S wafat pada hari ini.

3. Nabi Zakaria A.S wafat pada hari ini juga.

4. Tukang sihir Firaun tewas dengan mukjizat Nabi Musa A.S.

5. Asiah iaitu isteri kepada Firaun wafat pada hari ni.

6. Habil terbunuh pada hari selasa.


Hari Rabu

1. Allah menenggelamkan Qarun bersama keluarga dan harta kekayaannya ke dalam perut bumi.

2. Allah menghancurkan Firaun beserta semua pengikut-pengikutnya (di laut merah).

3. Allah menghancurkan Raja Namruz bin Kan’an dengan memasukkan serangga ke dalam telinganya.

4. Allah menghancurkan kaum Nabi Saleh A.S.

5. Allah menghancurkan kaum Nabi Hud A.S dengan hembusan angin yang kuat..


Hari Khamis

1. Nabi Ibrahim A.S bertemu dengan Raja mesir.

2. Saudara-saudara Nabi Yusof A.S berjumpa dengan Nabi Yusof setelah mereka membuang dan mengasingkannya. (masa nih, Yusof jadi raja mesir yang terkenal).

3. Bunyamin iaitu saudara kecil Nabi Yusof A.S datang ke mesir dan berjumpa dengan Nabi Yusof.

4. Nabi Yaakub A.S datang ke negeri Mesir juga untuk bertemu anakandanya yang dirindui.

5. Nabi Musa A.S memasuki mesir pada hari khamis untuk mengajak firaun menyembah kepada Allah.

6. Rasulullah S.A.W memasuki kota mekah selepas perjanjian hudaibiyah.


Hari Jumaat

1. Pernikahan antara Nabi Adam A.S dan hawa.

2. Pernikahan antara Nabi Yusof A.S dan Zulaikha.

3. Pernikahan antara Nabi Musa A.S dan Shafura binti Nabi Syuaib A.S.

4. Pernikahan antara Rasulullah S.A.W dengan Khadijah Khuwailid.

5. Pernikahan antara Nabi Sulaiman A.S dengan Ratu Balqis dari negeri Saba’.

6. Pernikahan antara Rasulullah S.A.W dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar.

7. Pernikahan antara Ali bin Abi Talib R.A dengan Fatimah Az-Zahra


Hari Sabtu

*Hari ni pernah disebut oleh Rasulullah sebagai hari tipu daya…sebab..

1.Kaum Nabi Nuh membangkang kepada nabinya.

2. Kaum Nabi Saleh mencabar nabinya dengan menyembelih unta yang diamanahkan kepada mereka.

3. Saudara-saudara Nabi Yusof mengkhianati Nabi Yusof dengan mencampakkannya ke dalam perigi di padang pasir.

4. Raja Firaun mencabar Nabi Musa.

5. Orang-orang Yahudi mengkhianati dan mengejar Nabi Isa A.S untuk membunuhnya. Lalu, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit.

6. Orang-orang Quraisy menipu dan mencabar Nabi Muhamad S.A.W di Darun Nadwah.

7. Kaum Yahudi melanggar perintah Allah dengan menagkap ikan walaupun hari itu dilarang mereka berbuat demikian.


Hari Ahad

1. Allah menjadikan neraka.

2. Allah mencipta bumi yang tujuh lapis.

3. Allah mencipta langit yang tujuh lapis.

4. Allah menjadikan 7 anggota adam.

5. Allah menjadikan bilangan hari yang tujuh.

6. Allah menjadikan bintang-bintang yang beredar.

7. Allah menjadikan lautan yang tujuh.

Diantara hari-hari yang tujuh itu..hari Jumaatlah yang paling mulia dan digelar penghulu bagi segala hari. Banyak fadhilat yang boleh kita perolehi pada hari Jumaat. Begitulah peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada sekian-sekian hari hanya dengan mengimbas kembali lipatan sirah nabawiyah, barulah kita dapat gambaran sepenuhnya. Alangkah baiknya kalau kita berada di bumi anbiya, bolehlah kita menuruti sejarah-sejarah silam, zaman pemerintahan nabi-nabi.

InsyaAllah moga sama-sama dapat ambil iktibar yang baik dan sempurna itu datangnya dari Allah jua, dan yang buruk itu dari hambaNya yang daif ini.

Baibai~~

nota KAM: hujan sangat lebat ketika ini =.=

SUKA entri ini?

Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari Ibu, Ummie

"Ummie… kaulah segalanya bagi kami. Tanpa dirimu, siapalah kami. Tiada sebarang sesuatu pun yang boleh menggantikan tempatmu ummie...”

Setiap orang pasti memiliki seorang ibu. Ibu adalah orang yang paling banyak jasanya kepada kita. Kita tidak akan sanggup menghitung jasa seorang ibu kepada kita. Jasa dan pengorbanan yang dilakukannya sedemikian besar, sehingga mustahil bagi kita untuk membalas jasanya.

Pengorbanan seorang ibu sudah dimulai sejak kita masih berada dalam kandungannya. Kita lihat saja sekarang, apa yang dialami oleh seorang wanita yang sedang mengandung. Dengan hati-hati seorang ibu akan berusaha untuk menjaga kandungannya supaya tetap sehat. Belum lagi kesibukannya yang lain, yang dilakukannya sambil membawa kita dalam rahimnya.

Pengorbanan yang paling besar adalah saat kita mau lahir. Perjuangan yang berat dilaluinya untuk melahirkan kita. Bahkan dia rela mengorbankan nyawanya agar kita dapat lahir dengan selamat.

Saat kita masih bayi, kita dijaganya siang dan malam tanpa kenal lelah. Dua tahun kita disusuinya, hingga kita tumbuh sehat. Kita selalu dibimbingnya dengan sabar, tanpa mengeluh sedikitpun.

Jika kita renungkan lebih jauh, besarnya jasa seorang ibu tidak akan pernah dapat kita balas. Meskipun kita memberinya harta yang melimpah, memberikan perhatian yang banyak, namun jasanya tidak akan terbalas, sampai akhir hayat.

Sayangnya, saat ini tidak sedikit anak-anak yang berani menentang orang tuannya. Jika keinginan tidak dapat dipenuhi, bermacam cara dilakukannya. Dan yang lebih sering menerima perlakuan yang tidak layak dari mereka adalah sang ibu. Bahkan ada yang tega menganiaya sang ibu, yang telah mencurahkan kasih sayangnya kepada mereka.

Fenomena seperti ini sudah banyak terjadi di sekitar kita. Meskipun demikian, seorang ibu tetap menunjukkan kasih sayangnya yang tiada terhingga. Layakkah kita membalas kasih sayang dan kebaikan ibu kita dengan perilaku yang menyakiti hatinya?



Kau dibuai mimpi dia jaga
Kau bersenang dia bekerja
Untukmu tiada terbatas
Memberi tak minta dibalas

Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati

Beringat-ingatlah berpesan-pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

(*)

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia

Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda

(Ulang *)

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati

Beringat-ingatlah berpesan-pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang


Renung-renungkan bersama pengorbanan seorang ibu dalam mendidik kita menjadi seorang yang berguna. Dalam susah payah beliau menjalani kehidupan hari-hari bermula kita di alam rahim lagi, pernahkah beliau mengetepikan kita? Pernahkah beliau membiarkan kita keseorangan? Renung-renungkan.

Walau siapa pun kita,
Walau sehebat mana pun kita,
Walau berjaya setinggi langit pun kita,
Tanpa doa dan restu,
Si ibu yang melahirkan kita,
Maka tiadalah keberkatan hidup.

Baibai~~

nota KAM: SELAMAT HARI IBU, UMMIE. LUV U FOREVER :)

SUKA entri ini?

Friday, May 6, 2011

I Light U

Pekaba sume?

Nak ambik berkat hari Jumaat, nak mencuba nasib dengan join GiveAway dari brader Eqbal Zack. Join pun sebab adiah dye bez sangat2. Huhu~


Sesape yang berminat nak join, leh laa klik kat banner atas tuh. Usha2 dulu, adiah dye sumpah bez giler. Bek cepat sebelom tutup. Hehe~~

Aku nak tag dia nie laa sebab dye suke adiah tuh :)

Baibai~~

nota KAM: nak pegi makan jap :)

SUKA entri ini?

Fakta Sebenar Tentang Lelaki

Salam korang sume.

Hari neh aku nak tanye, sape kata LELAKI tak pandai memasak? Haa, boleh buat muka shy-shy cat laa sebab tuduh melulu jek. Haish, korang neh. Meh bace neh, aku nak buktikan bahawasanya lelaki BOLEH memasak!


  • 99.9% lelaki amat pandai masak kari…..tapi megi kari saja la.
  • Lelaki kadang2 memang suka memasak….tapi amat malas nak basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk…
  • Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah… bukan main bising lagi.
  • Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju…pastu, sambil isap rokok plak…
  • Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur goreng dan juga sardin. Tak ketinggalan jugak kicap masin…
  • Jika seorang lelaki yg rajin memasak, anda akan dapati gas masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna api yg kuat…cepat sikit masak.
  • Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang tersendiri…
  • Dan lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak oleh seorang lelaki..tetapi peng’komplen’ nombor satu jika makanan itu di masak oleh wanita..
Antara sebab-sebab lelaki memasak:
  • Malas nak pegi kedai
  • Hampir hampir pokai
  • Nak menghabiskan stock makanan yang dah nak expired
  • Mental theraphy
  • Konon konon nak practice…nanti buleh amik hati pasangan
  • Buang tebiat…
Walaupun begitu, chef-chef terkemuka dunia masih terdiri daripada kaum lelaki. Lihat saja tanah air kita, kita ade Chef Ismail, Chef Wan, Chef Zam, ramai lagi laa kan. Sume lelaki. Kenapa ek?

Baibai~~

nota KAM: lepas neh ade lagi ke nak kata lelaki tak pandai masak?

SUKA entri ini?

Thursday, May 5, 2011

Peraturan Pelik Negara

Selamat hari Khamis sume :)

Oke, kali neh aku nak membagi info sedikit mengenai peraturan-peraturan pelik yang ada kat dalam dunia neh yang aku rasa korang sendiri pon tak tahu kan? So, let's check it out :)


MALAYSIA


* Motosikal wajib memasang lampu pada waktu siang.


THAILAND


* Dilarang keluar rumah tanpa memakai seluar dalam.

SWISS 


* Dilarang berkebun di hari minggu.

SWEDIA



* Dilarang mengecat rumah tanpa izin dari kerajaan dan harus menggunakan cat yang sudah mendapat sertifikasi dari mereka.

KOREA SELATAN


* Polis wajib melaporkan jumlah wang rasuah yang mereka terima dari para pemandu yang ditahan.

SINGAPURA


* Tidak flusk jamban setelah buang air di toilet, dikenakan denda.
* Dilarang berjalan (bogel).

UNITED KINGDOM


* Wanita dilarang makan coklat di tempat umum.
* Dilarang menjual sayuran di hari minggu.

MEXICO


* Wanita yang bekerja dilarang mengenakan pakaian seksi yang dapat memprovokasi rakan kerja selama jam kerja.
* Dilarang memaki di tempat umum.

AUSTRALIA


* Dilarang mengangkat telepon pada deringan pertama.
* Dilarang mengenakan spenda Hot Pink di hari minggu.

YUNANI


* Dilarang mengenakan topi di stadium, kerana dapat mengganggu pandangan orang lain.

KANADA


* Dilarang menampel plaster luka di tempat umum.
* Dilarang menyirami tananam di kebun waktu sedang hujan.
* Dilarang memanjat pokok.

PERANCIS


* Dilarang berciuman di keretapi bawah tanah.

ISRAEL


* Dilarang memelihara babi di Israel . Orang yang melakukannya akan ditembak mati.

ARIZONA


* Dilarang memandu tanpa kasut.
* Dilarang bermain domino di hari Minggu.
* Dilarang memakai kumis palsu di gereja.
* Hukuman mati dikena bagi sesiapapun yang menaburkan garam di atas rel kereta api.
* Dilarang memandu dengan mata tertutup.

ALASKA


* Dilarang mengambil gambar beruang yang sedang tidur.
* Dilarang memberi minum bir pada rusa.
* Dilarang berjalan-jalan sambil membawa busur dan anak panah.

ARKANSAS


* Dilarang membawa lembu berjalan-jalan di jalan utama di hari Minggu.
* Suami diizinkan memukul isterinya, tapi tidak boleh lebih dari 1 kali sebulan.
* Dilarang memelihara buaya di dalam bathtub.
* Wanita yang saling menggoda di tepi jalan, akan dikenakan 30 hari penjara.

CALIFORNIA



* Binatang peliharaan dilarang dibiarkan berhubungan seks di sekitar lokasi sekolah, taman, dan tempat ibadah.

COLORADO


* Dilarang berdebat dengan polis, kecuali kenderaan anda ditahan olehnya.

CONNECTICUT


* Dilarang mencium isterinya di hari minggu.

FLORIDA


* Dilarang kentut di tempat umum setelah pukul 6.
* Dilarang bernyanyi di depan umum sambil mengenakan pakaian renang.
* Dilarang memecahkan piring dan gelas lebih dari 3 buah sehari.

WASHINGTON


* Dilarang menyusui anak di tempat awam.

Oke tak peraturan-peraturan yang dorang buat neh? Cam sengal pon ade kan? Tapi, mungkin mereka ada alasan tersendiri kenapa peraturan-peraturan tersebut diperkenalkan. Ye dak??

Baibai~~

nota KAM: penat berjalan ari neh :)

SUKA entri ini?