Followers

Tuesday, July 26, 2011

Manusia itu unik. Ade kene mengena tak?

Hello sume..

Entry ketiga for this month. Gile malas aku update kan? Hahaha. Yes, aku ngaku aku memang malas nak update belog sekarang neh. Cam mood nak bercerita melayang-layang, tak sempat aku nak tangkap. Bile aku nak dapat, lagi tinggi dye melayang Ceit~~

Kali neh aku nak cerita pasal perangai manusia siket. Kadang-kadang agak melampau kan sesetengah sifat manusia yang jenis suka menghasut neh. Aku pun tak paham laa kenapa dan mengapa perlunya menghasut orang lain untuk sama-sama join a part of masalah kita sendiri. Nak lagi paham ape yang aku cuba sampaikan, sila scroll ke bawah.

* sebarang nama dan gambar terpaksa dihitamkan atas sebab-sebab keselamatan. boleh?

Oke, sekarang korang dah faham kan? So, kenapa mesti ko heret orang lain sama sedangkan masalah tu melibatkan ko dengan dye saje? Kalo aq jadi membe dye, lame dah aku basuh dye tuh. Wadefak ko yang punye masalah dengan orang tuh nak suh kitorang block friend jugak? Nak gunakan atas nama B.F.F pon agak-agak laa. Kalo dah orang yang xde masalah ngan dye tuh, tak perlu laa nak block bagai tuh. Macam package lak aku rase.

So, nanti kalo salah sorang dari korang yang kawin, kene share laa laki tuh? Kita kan cam adik beradik dah kan? So, musuh ko musuh aku, laki ko laki aku gak laa kan? Kalo aku jadi suami salah sorang dari dorang, aku pun nak. Kawin sorang, tapi dapat sampai 5,6 orang. Gile best kan? Seminggu rehat hari ahad jek. Syiookk woo...

Renung-renungkan dan selamat berfikir!!

Baibai~~

nota KAM: klik churp-churp aku weii.. hahaha~~

SUKA entri ini?

Friday, July 15, 2011

Sape Yang Hebat Sangat Tuh??

Hello sume.

Korang rase korang neh hebat sangat ke? Betul ke korang neh hebat? Tersangat hebatkah korang neh sebenarnya? Dah betul-betul hebat ke korang neh? Hebat sangatlah tanya soalan same banyak-banyak kali? Oke, yang last tuh untuk aku. Sori =.=

Kalo betol korang hebat, mari sini aku nak test kehebatan korang setakat mana. Ada bran?? Cepat sahut!! Tak banyak pon soalan aku nak tanye neh. Lima soalan jea. Kacang jea kan? Tapi, ada syaratnya. Korang kene jawab dengan pantas. Sepantas yang boleh. Tak de masa tambahan. Kalo nak jugak, buat soalan sendiri. Bereh? Sedia? Oke, mula dari sekarang. Teeeeettt.

Soalan pertama:
Korang menyertai satu perlumbaan. Dengan susah payah serta tenaga yang hujung-hujung tanduk dah, korang mengejar dan berjaya memotong orang yang kedua. Sekarang korang ditempat yang ke berapa?









Jawapan: Jika jawapan korang tempat yang pertama, sudah tentu jawapan korang itu 100% salah! Cuba korang pikir sekejap, kalo korang memotong orang kedua sudah tentu korang mengambil tempatnya bukan? Jadi, korang berada di tempat kedua!

Cuba jangan lihat atas semula untuk soalan seterusnya. Ini AMARAN!! Sekarang jawab soalan kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama OK?







Soalan kedua:
Jika korang memotong tempat orang yang terakhir, jadi korang di tempat...? (lihat bawah)









Jawapan: Jika korang jawab tempat kedua terakhir, korang salah lagi.. Yiehaa. Siapakah yang terakhir? Bagaimana korang boleh memotong orang yang terakhir? Ce jawab... Ce jawab...



Adakah korang pantas dan cerdik? Tidak begitu rupanya? Jangan risau, masih ada tiga soalan lagi. Oke, ke soalan ketiga.





Soalan ketiga:
Soalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan tanpa menggunakan alat bantuan. Jangan guna kertas dan pensil atau mesin kira-kira. Gunakan akal korang sahaja! Cuba lah...

Ambil 1000 dan campur 40. Sekarang campur lagi 1000. Campur lagi 30. Campur lagi 1000. Campur lagi 20. Campur lagi 1000. Campur lagi 10. Berapakah jumlah semua?

Lihat bawah untuk jawapan.



Adakah jawapan korang 5000?



Jawapan sebenar adalah 4100.

Tak percaya? Amik kalkulator korang sekarang. Cuba kira semula guna kalkulator korang tuh! Mungkin ini bukan hari korang kan? Mungkin korang boleh jawab soalan yang seterusnya ini dengan betul. Siapa tahu. Let's try!







Soalan keempat:
Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?





Adakah jawapan korang Nunu? Salah! Salah! Salah!

Namanya Mary. Baca semula soalan!







Okay, ini soalan terakhir. Pastikan betul yea :)



Soalan kelima:
Sorang bisu pergi ke mini market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan menggayakan lakonan memberus gigi, dia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan dia berjaya membeli berus gigi itu. 

Seterusnya, seorang buta pergi ke mini market untuk membeli cermin mata hitam. Bagaimana dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya?






Jawapan: Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati.




Sangat mudah kan? Korang boleh kongsi berapa soalan yang korang dapat jawab dengan betul kat ruangan komen. AWAS!! jangan tipu, berdosa! Hehehe~

Baibai~~

nota KAM: masih terasa hebat??

SUKA entri ini?

Sunday, July 10, 2011

Final Oh Final

Hello guys..

Lame kan aku tak menyinggah kat sini untuk tatapan korang? Kalau nak ikotkan banyak cite yang boleh aku share ngan korang, tapi entah laa. Mood nak menaip tuh malas buat seketika waktu. Sori laa derr.. Huhuhu~~

Dalam ramai-ramai blogger dok update pasal BERSIH 2.0 tuh kan, aku lebih suka tumpukan perhatian korang kat final aku yang tinggal 2 hari saje lagi. Yess, tak lama lagi kan 2 hari tuh. Tapi satu apa pun aku tak baca lagi. Err, ape pentingnya final aku buat korang? Aku saje jea nak larikan tumpuan korang sebentar kat BERSIH 2.0 tuh. Boring gak kan asik-asik baca yang tuh jea. Tol dak?

Sekarang neh aku lebih banyak habiskan masa tengok cite Harry Potter. Sebabnya? Hari rabu neh aku nak pegi tengok wayang ngan member2 aku, cam tak best gak kan kalo tengok last dah. Nanti tak tahu jalan cite. Buat aku ngantok jek lam panggung nanti. Tak gitu kan? Hoho~~

Aku pun tak nak cite panjang, sebab aku nak sambung Harry Potter aku neh. Aku stop sini dulu neh. Beres.

Baibai~~

nota KAM: sempat ke habiskan Harry Potter before Rabu neh erk?

SUKA entri ini?