Followers

Thursday, May 17, 2012

Terima Kasih Guru

10:26 a.m.

Terima kasih guru
Yang mengajarku dulu
Membawaku ke ladang-ladang ilmu
Dengan sabar tak kenal jemu
Kini kupetik buah kejayaan itu
Dari pohon jasa seharum narwastu.

Terima kasih guru budiman
Yang merungkai erti kehidupan
Menanam benih-benih kemanusiaan
Memadam puntung-puntung kesombongan
Bagai bintang di kegelapan malam
Di tengah lautan jadi pedoman.

Terima kasih guru jauhari
Yang membugar perkebunan budi
Lembut menyiram akal pekerti
Tekun menyemai mulia peribadi
Jasa baktimu terhampar pasti
Moga Tuhan sentiasa memberkati.

Terima kasih guru tercinta
Menyahut cabaran semangat perkasa
Memperkukuh iltizam membina bangsa
Gelanggang pendidikan diri diperhamba
Modal insan dijana dipelihara
Melahirkan pemimpin memacu negara.

SELAMAT HARI GURU!


Teristimewa untuk:
  • Ummie saya, cikgu pertama
  • Guru PASTI FELDA CHIKU saya
  • Guru mengaji Al-Quran saya
  • Guru-guru SK SRI CHIKU 02 saya
  • Guru-guru SMK DATO' AHMAD MAHER saya
  • Guru-guru SEKOLAH MEMANDU MACHANG saya
  • Pensyarah-pensyarah KOLEJ MATRIKULASI JOHOR saya
  • Pensyarah-pensyarah UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG saya
  • Kawan-kawan saya yang telah bergelar pendidik 
Sincerely, love u all ♥


p/s: Terlambat sehari, takpe kan?? Hehehe :)

SUKA entri ini?

Tuesday, May 8, 2012

Maafkan Aku Kawan

12:23 p.m.

Kawan
Andai lidah ini
Pernah mengguris luka hatimu
Bukan niatku sebegitu

Kawan
Janganlah dikau terus buat tak endah
Terus membuat hatiku gundah
Dalam menempuh hari-hari indah

Ketahuilah kawan
Diammu itu
Meragut segala tenteramku
Mencampakkan segala tawaku

Andai ada silap
Andai ada salah
Di luar kesedaranku
Yang telah melukakan hatimu
Ampun dipohon maaf ku pinta

Kawan
Andai kau masih berkecil hati
Luahkan kekesalanmu padaku
Agar sengketa ini segera berakhir
Kerana aku sudah tidak sanggup
Menghadapi hari-hari mendung sebegini
Antara kita

Kawan
Bersuaralah
Hanya itu yang ku pinta
Aku sayang kamu


SUKA entri ini?

Monday, May 7, 2012

That The Only Thing I Want!


10:59 a.m.

I was always the cautious one.
Letting people step over me like a piece of paper.
As long as things were okay, I didn't mind.

I don't mind if other people love you.
I don't mind if you love other people.
It's not because I don't care about you.
I care about you so much that the only thing I want,
Is for you to be happy and satisfied.
Because it's worries me when you're not happy.
That I might have done something wrong.
So I make sure everything is okay.

It doesn't matter what I want in this world anymore.
Because I'm so damn afraid of everything.
I can't take a big step.
I'm afraid of what I want.
Because it might make me seem greedy.
For things I don't deserve.


SUKA entri ini?

Sunday, May 6, 2012

I Am Bad...

I am bad in history but I can still remember when I first saw u. 

I am bad in geography but I can tell u that u live in my heart. 

I am bad in chemistry but I can tell whats the reaction when u smile. 

I am bad in physics but I can tell the intensity of spark of my eyes when they see u. 

I am bad in english but I can tell u that I love u. 

I am bad in every subject but I can tell all I will pass all subjects if the topic is u.


Huv a nice day :)

SUKA entri ini?