Followers

Monday, September 3, 2012

Super Senior~

Diam tak diam, dah sebulan aku tak menulis. Diam tak diam, dah ada yang rindu aku. Diam tak diam, dah nak habis cuti aku. Argh, nak cuti lagi!!

Memandangkan aku tak buat entri raya yang dah lepas 2 minggu sudah, aku mengambil sedikit kesempatan untuk memohon maaf secara terbuka atas segala kesilapan, kesusahan, kesalahan dan segalanya yang membabitkan diriku dan dirimu jua. Aku juga mengucapkan Selamat Hari Raya buat kamu dan keluarga. Diharap segala ketupat lemang dan rendang habis dimakan dengan sempurna. Oke, ayat skrip. Aku memang dah karang lama -.-

Sudah. Kembali ke dunia nyata. Raya dah habis. Semua orang tahu semalam merupakan hari pendaftaran junior2 degree yang baru nak masuk Universiti. Tapi tak semua yang tahu aku sudah masuk ke tahun akhir pengajian. Yea, super senior sudah. 4 tahun menanti, kan. Eksaited nak jadi super senior? Takde laa sampai camtu. Tapi ade laa siket2. Mane laa taw kan ade sangkut ngan adik junior baru :-D

Sepanjang sesi pendaftaran

Aku nak cop yang tengah. Budak awam tuh :D

Seperti biasa, masuk semester baru mula tanam azam baru. Tapi sudah 6 semester lepas, azam tak pernah tercapai. So, tak payah nak tergedik-gedik tanam azam laa yea. Lebih baik just go with the flow. Asalkan jangan terkandas.

Semester last neh biasanya sibuk yang amat kan? So, nanti blog aku pun mesti tak terupdate. Itu perkara biasa. Macam sebelum neh aku update terus-terusan kan? Penulisan aku bukan untuk dijadikan bidang. Hanya untuk suka-suka saja. Memanglah jarang updatenya kan? Kalau ada masa terluang or bosan yang amat macam hari neh, akan keluar laa satu entri yang rabak isinya macam neh.

Oke dah, aku nak kemas barang. Nak balik hostel dah. Good Luck my Junior. Welcome to UMP!

**macam ada junior aku baca -.-'

SUKA entri ini?