Followers

Saturday, November 24, 2012

Softskill 2

Hari neh aku stat masuk kelas untuk Softskill 2. Depa kata softskill neh bagus untuk nak g LI (Latihan Industri) dan nak kerja nanti. Yelaa kot, kan.


Sepatutnya aku dah attend kelas neh awal-awal lagi. Sebab aku register untuk seksyen yang awal-awal. Tak nak lah hujung-hujung sem kan, sebab biasanya hujung sem neh mesti sibuk. Sibuk dengan assignment, tutorial, test, kuiz, sebagainya laa. Tambahan pula tengah buat PSM kan. Lagi laa bertambah sibuknya.


Yang menjadikan aku baru kena attend untuk sesi ketiga sem neh sebab, aku pun tak tahu salah sistem ke manusia yang dropkan subjek tuh dalam course register aku. Bengang jugak laa kan. Sesuka hatimu nak drop kan. Setelah timbang tolak tambah bahagi cakap cakap,  dia akan registerkan balik. Tapi dapat yang last laa kan. Nak wat camno. Daripada kena extend semata tak ambil subjek neh, terpaksa laa kan.


Subjek neh 2 hari jea kene attend. Tapi tu laa, weekend kan. Hari neh agak bosan laa jugak. Esok masih ada. Harap dapat bertahan.


Monday, November 19, 2012

Hari Ini Dalam Sejarah

First of all, semua ini tak akan jumpa dalam buku Sejarah. Cari laa dalam mana-mana buku sejarah, tak akan jumpa. Kecuali dalam blog ini.

Terus ke cerita pertama. Dalam perjalanan dari rumah aku dekat Gua Musang, Kelantan menuju ke Kuala Lumpur, kira-kira dekat dengan Kuala Lipis jugak laa, dan kawasannya berbukit. Aku dengan kelajuan yang aku pon lupa sebenarnya, eh tak perasan kelajuan berapa, tapi agak speedy laa sebab tak banyak kereta kan. Aku yang follow ada satu Honda Accord kat depan, tak perasaan dia brek mengejut saat turun bukit. Dan aku pon trus brek laa kan. Menggelongsor kereta, berbekas kesan tayar atas jalan. Dan u know what? Sebuah bas Mahligai, if I not mistaken, nak memotong sebuah lori ketika menaiki bukit di jalan dua lorong. Bangang kan driver bas itu. Aku memang tak puas hati. Macamana laa bas tak eksiden kalu driver macam penyepak gitu.

Oke, yang kedua berkenaan dengan tiket bas. Selalunya bas dari Kuala Lumpur ke Kuantan neh selalu jea ada kat Terminal Pekeliling tu. Tapi, ari neh bas Plusliner pon abes. Nasib aku baik sebab ade satu bas yang nak g Kuantan. Tapi aku terpaksa tunggu melepak kat terminal 3 jam laa. Dah tunggu, saat nak naik bas tiket pulak entah ke mana. Selepas slow talk ngan pakcik driver, dapat laa jugak naik. Dia bagi pon sebab dia jual tiket tu abes, dan seat aku masih kosong. So, dia yakin aku tak tipu.

Aku rasa tiket itu hilang masa aku nak pegi tandas. Orang demand, nak masuk tandas hotel. Bukan demand sebenarnya. Tandas kat terminal itu tersangatlah kotor. Pulak tu kene bayar. Aku tak kesah kalo kotor tapi takde bayar, dan jugak kalo kene bayar tapi bersih. Nampak? So, dah hotel dekat kan, aku masuk laa tandas hotel. Pulak tu masa aku nak guna dorang tgh cleaning. Siap kunci dari dalam. Penat aku tunggu. At last, aku ada deal ngan sorang pakcik nak masuk ladies toilet jea sebab lama sangat dan jugak bas aku dah nak gerak. Tapi pakcik tu plak tak jaga seperti yang dah deal. Sebabnya bila aku masuk dengar suara perempuan masuk. Lama jugak aku stay dalam tu. Rasa macam dah takde orang, keluar laa. Tapi kantoi dengan makcik cleaner sedang bersihkan tandas perempuan pulak. Nasib makcik tuh terkejut jea, tak menjerit. Kalau tak, haru jugak kan. Makcik memang sporting~

Sekian saja cerita untuk hari ini. Dan aku masih dalam perjalanan ke Kuantan. Lagi sejam setengah mungkin untuk sampai ke UMP.

Sunday, November 18, 2012

Majlis Kahwen~

Apabila seorang lelaki menyukai seorang wanita, hendaklah perasaan itu diterjemahkan melalui usaha untuk bernikah.





Umumnya, setiap perkenalan yang membuahkan bibit-bibit cinta yang serius akan mula memikirkan perihal berumahtangga. Dan dari situ mereka akan melangkah satu peringkat ke peringkat yang lain sehingga sah untuk digelar pasangan halal suami isteri.


Aku kat sini bukan nak bercerita perihal orang yang nak kawen. Orang yang nak kawen tu, mereka mungkin sudah bersedia dari segi mental, fizikal, mahupun kewangan. Tapi, seperti kebanyakan orang bujang, yang mana usianya semacam aku, tak akan lari dari pertanyaan kawen. Eh, majlis kawen orang lain, dok sebok tanya kita neh pehal? Dush~


Dan apabila disoal semacam itu, semestinya aku hanya mampu tersenyum. Dikaitkannya pula dengan janggut sejemput di bawah dagu ini, tandanya tak lama dah nak naik pelamin. Aku macam ...? Jadinya, haruskah aku sucikan dagu dari janggut ini? Kaitan pulak kan janggut dan kawen.


Aku banyak hal lagi yang aku nak capai dulu. Sebelum aku bergelar suami orang. Kewangan aku entah ke mana lagi, memang jauh sangat dengan kawen, walaupun ada keinginan di hati.


Kepada pencuri rusuk kiriku, harap dapat bersabar menunggu aku. :-D


Thursday, November 15, 2012

Salam Maal Hijrah 1434

Sedar tak sedar, kaba tak kaba, tahu tak tahu, sudah setahun berlalu. Setahun dalam bulan Islam. Setahun yang sememangnya banyak suka duka kenangan dalam melayari kehidupan.


Jadinya, tahun baru yang tiba ini, apa yang korang mahu? Yang korang inginkan? Semestinya korang punya impian dan angan-angan serta azam tersendiri bukan?


Apa yang aku boleh katakan, berubahlah untuk kebaikan. Berubahlah demi kebaikan. Anda mampu mengubahnya, sekiranya anda mahu.


Salam Maal Hijrah 1434H~


Tuesday, November 13, 2012

Perubahan Atau ???

Kalau korang perasan, kalau korang yang selalu menjengah ke blog picisan ini, kalau korang yang ambil tahu pasal aku, layout blog aku dah berubah kan? Kenapa daripada yang sebelum ini berserabut dengan anak patung ditikam, hitam gelap kelam, darah sana sini, tetiba jadi simple sesimple alam dengan segala widgets hilang. Kan? Tu pon kalau korang perasan.

Ini semua gara-gara yang kononnya laa kan nak tukar layout baru sebab da bosan dengan layout lama. Konon laa kan. Jadinya, ambil la template yang dinamakan BLAKMAGIK. Skali bila dah siap install, memang cantik layoutnye. Cuma yang jadi masalah apabila date untuk every entry yang aku dah post is undefined. Dan juga dia jadi double post.

Setelah itu terjadi, aku ada jugak laa delete apa yang tak perlu, edit html mengikut pengetahuan aku yang terbatas neh. Tapi sebab pengetahuan itu terbatas, aku tak mampu untuk mengubahnya 100%. Dan aku hampir-hampir untuk berhenti berblog dan tutup terus blog ini sebenarnya. Sebab dah macam-macam cara aku cuba untuk kembalikan ke asal.

Tapi disebabkan perasaan sayang kat blog neh, dan jugak 147 orang followers aku, aku ambil langkah terakhir dengan create blog baru, copy template html blog itu, dan paste kat sini. Dan inilah hasilnya. Alhamdulillah, aku berjaya kembalikan blog picisan ini. Dan sebab itu jugak semua widgets itu hilang.

Dan untuk sementara ini, aku tak berniat tukar layout baru lagi. Cuma aku akan corakkan sedikit demi sedikit apa jua widgets yang perlu dan sesuai.

Dan sekarang jugak aku akan cuba untuk update cerita terbaru yang aku rasa nak update. Sebab sekarang aku rasa lebih senang untuk update entri dengan menggunakan android phone aku neh. That is why akan tiada gambar or whatsoever yang selalu aku buat.

Skyfall

Review untuk filem Skyfall. Agak terlambat, aku minta maaf. Sebab aku baru tengok semalam. Lagipula, aku bukan anak wayang, kaki wayang, kepala wayang, dan segala macam yang berkaitan.

Terbolehnya aku pergi menonton atas ajakan rakan rakan yang begitu teruja untuk keluar bersama. Okay, teruja mereka untuk menonton cerita tersebut. Bukan atas sebab aku.

Aku bukan pandai sangat nak buat review filem. Tapi pada aku, jalan ceritanya agak slow apabila tiba di pertengahan. And you know what? Aku seperti biasa, tempat sejuk, sunyi, dan di kala jam melebihi 10 malam. Apa lagi yang harus ku lakukan di kala kebosanan. Tidurlah, wahai sayangku.

Tapi kan, starting untuk cerita ini sangat power dan teruja. Kalau tengok starting, mesti mengharapkan yang lebih menarik kat dalam. Tapi hampa belaka. Starting tidak melambangkan apa yang ada di dalam. Bosan. Kekuatan cerita ini hanyalah pada starting dan ending. Kerana ketika itulah mereka beraksi yang sangat superb.

Monday, November 12, 2012

Kepadamu Kawan

Kawan, aku tak tahu mana nak mula. Tapi yang aku tahu, aku nak akhirkan segala muka sombong, diam membisu antara kita.

Kawan, aku juga manusia biasa. Mungkin salahku, aku tak sedar. Dan kau sebagai kawan sepatutnya sedarkan aku. Bukannya terus diam membisu sebegini.

Kawan, aku tak mengharap apa-apa. Selain dari maaf. Andai itu salahku.

Monday, November 5, 2012

Untuk 3 Hari



Maaf. Ini bukan review filem Untuk 3 Hari. Aku pun belum habis menontonnya, usahkan nak buat review.

Untuk 3 Hari. Hanya untuk 3 hari ini aku berhempas pulas melaksanakan tugas sebagai sukarelawan gerai makanan bagi karnival anjuran fakulti aku. Hanya untuk 3 hari ini juga aku berpenat lelah meniaga bersama di samping menjalankan tugas. Sambil menyelam apakata kita minum airnya sekali. Boleh kan?


Dan 3 hari itu telah berakhir semalam. Alhamdulillah, jualan kami cukup untuk menggantikan modal yang telah dikeluarkan bersama.

Untuk hari ini, banyak tugasan dan test yang menanti. Aku terpaksa pergi.

SUKA entri ini?