Followers

Sunday, December 8, 2013

Nyata #1

"Abang.. Abang.. Bangun solat Subuh!" kejut Fatin sambil menggoncangkan tubuh kurus abangnya.


Dengan malas Amin bangkit dari tidurnya. Hari ini dia terbabas untuk mengerjakan solat Subuh kerana enak dibuai mimpi. Itu pun setelah dikejutkan oleh adiknya untuk bangun melaksanakan perintah Allah itu.


Mujur ada adiknya yang datang berkunjung dua hari lepas. Itupun kerana cuti hujung minggu dan tiada apa aktiviti yang dibuat oleh adiknya di kolej tempat dia belajar. Kebiasaannya, memang Amin akan tinggal seorang diri di rumah teres tiga tingkat itu.


Hujung minggu begini, tiada apa aktiviti yang dirancang olehnya. Dia yang lebih suka menghabiskan masa di rumah meneruskan tidur setelah selesai menunaikan kewajipan tersebut.


Azan Zohor berkumandang, Amin bangkit dan membersihkan diri. Jam 3 petang nanti dia perlu menghantar adiknya menaiki LRT untuk pulang ke kolej. Setelah selesai mandi dan bersolat, Amin turun untuk makan tengahari.


"Masak apa hari ni?" tanya Amin sambil menarik kerusi.


"Tomyam semalam. Panaskan je. Lagipun banyak lagi dalam periuk tu. Membazir pulak nanti kalau dibuang." jawab Fatin sambil menyenduk tomyam ke dalam mangkuk untuk dihidangkan. Boleh laa Amin menikmati makanan yang enak sikit, bila adiknya datang ke sini. Kalau tak, hari-hari makan lauk yang dibeli je.


Setelah menghantar adiknya ke stesen LRT dengan motor cabuknya, Amin terus balik ke rumah. Tidak melencong ke mana-mana. Amin membuka laptopnya dan meneruskan rutinnya dengan menonton movie yang tersimpan di dalam hard disk nya.


Sunday, November 24, 2013

Bisnes?

Bila difikir-fikirkan, hati ini terasa juga untuk memulakan bisnes, secara kecil-kecilan sebagai permulaan, untuk menambah pendapatan. Bila tengok orang yang buat bisnes, berjaya, cukup kagum dengan mereka.


Dalam Al-Quran juga ada menyebut, 90% punca rezeki adalah datangnya dari perniagaan.


Untuk mulakan perniagaan, aku rasa hati kena tabah, sanggup terima risiko, sabar, kuat, yakin. Baru laa boleh berjaya. And the most important thing is, kena sentiasa positif.


Ada juga cuba intai-intai perniagaan original rejected perfume. Tapi, basic bisnes takde, reference takde, boleh ke aku nak buat?


Mungkin belum masanya.


Wednesday, November 20, 2013

Pergimu Penuh Penghormatan

Ahmad Ammar Ahmad Azzam, 20 tahun. Pelajar Malaysia yang meninggal dunia di Turki, akibat dilanggar oleh ambulans semasa melintas jalan, pada 2 November 2013.


Kematian beliau disambut hiba oleh pelbagai lapisan masyarakat di Turki, kerana jasa-jasa beliau yang selalu diingati. Sehinggakan beliau digelar 'Syahid Yang Tertangguh'.


Sebak bila membaca kisahnya, perjuangannya. Masih ada anak muda yang begitu bercita-cita murni seperti beliau. Sungguh terkesan di hati ini, melihat perjuangan beliau.


Semoga roh beliau aman disana. Dan semoga masih ada anak muda yang berjiwa seperti Allahyarham. Dan semoga aku dapat mencontohi beliau.


Al-fatihah.


Tuesday, November 19, 2013

Berkelanalah Demi Masa Depanmu

" Dan tiadalah duduk setempat

  Bagi orang cerdik dan beradab itu

  Dianggap sebagai rehat

  Tinggalkanlah tanah air

  Dan mengembaralah


  Berkelanalah

  Engkau akan dapat pengganti

  Orang yang kamu tinggalkan

  Berusahalah

  Kerana keindahan hidup itu

  Ada pada berpenat-penatan


  Aku melihat

  Air yang tenang bertakung

  Mencemar kandungannya sendiri

  Sekiranya ialah mengalir

  Ia akan baik

  Sekiranya ia tidak mengalir

  Tercemar "


- Imam Syafie


Sebuah syair, yang dalam pengertiannya, bagi yang memahami. Sangat terkesan pengisiannya. Terdetik di hati, sudah lama aku berada di takuk lama, bertakung, dan tercemar. Mungkin sudah tiba masanya, untuk aku mula mengorak langkah, mengalirkan ia, berkelana, supaya menjadi baik ia.


Wednesday, May 1, 2013

Selamat Hari Pekerja

Bangun tidur. Tengok jam  di muka telefon bimbit. 9.30 a.m.

"Ahh, ini hari, hari aku. Apa ada hal kalau aku nak tidur lagi?" Detik hati kecil.

Dan aku mula membalik-balikkan badan. Kiri. Kanan. Kiri. Tak juga mahu lelap semula.

Apakah aku sudah cukup tidur? Apakah kepenatan perjalanan jauh semalam sudah hilang?

Dengan malasnya aku bangun. Lalu turun ke dapur untuk mencari sesuatu buat mulut untuk mengisi kekosongan perut. Ternyata, kosong.

Ternampak tudung saji di atas meja. Lalu dibuka. Ahh, ada sedikit kuih-muih.

Terima kasih makcik peniaga kerana tidak cuti ini hari.

Selamat Hari Pekerja 2013.