Followers

Sunday, November 24, 2013

Bisnes?

Bila difikir-fikirkan, hati ini terasa juga untuk memulakan bisnes, secara kecil-kecilan sebagai permulaan, untuk menambah pendapatan. Bila tengok orang yang buat bisnes, berjaya, cukup kagum dengan mereka.


Dalam Al-Quran juga ada menyebut, 90% punca rezeki adalah datangnya dari perniagaan.


Untuk mulakan perniagaan, aku rasa hati kena tabah, sanggup terima risiko, sabar, kuat, yakin. Baru laa boleh berjaya. And the most important thing is, kena sentiasa positif.


Ada juga cuba intai-intai perniagaan original rejected perfume. Tapi, basic bisnes takde, reference takde, boleh ke aku nak buat?


Mungkin belum masanya.


Wednesday, November 20, 2013

Pergimu Penuh Penghormatan

Ahmad Ammar Ahmad Azzam, 20 tahun. Pelajar Malaysia yang meninggal dunia di Turki, akibat dilanggar oleh ambulans semasa melintas jalan, pada 2 November 2013.


Kematian beliau disambut hiba oleh pelbagai lapisan masyarakat di Turki, kerana jasa-jasa beliau yang selalu diingati. Sehinggakan beliau digelar 'Syahid Yang Tertangguh'.


Sebak bila membaca kisahnya, perjuangannya. Masih ada anak muda yang begitu bercita-cita murni seperti beliau. Sungguh terkesan di hati ini, melihat perjuangan beliau.


Semoga roh beliau aman disana. Dan semoga masih ada anak muda yang berjiwa seperti Allahyarham. Dan semoga aku dapat mencontohi beliau.


Al-fatihah.


Tuesday, November 19, 2013

Berkelanalah Demi Masa Depanmu

" Dan tiadalah duduk setempat

  Bagi orang cerdik dan beradab itu

  Dianggap sebagai rehat

  Tinggalkanlah tanah air

  Dan mengembaralah


  Berkelanalah

  Engkau akan dapat pengganti

  Orang yang kamu tinggalkan

  Berusahalah

  Kerana keindahan hidup itu

  Ada pada berpenat-penatan


  Aku melihat

  Air yang tenang bertakung

  Mencemar kandungannya sendiri

  Sekiranya ialah mengalir

  Ia akan baik

  Sekiranya ia tidak mengalir

  Tercemar "


- Imam Syafie


Sebuah syair, yang dalam pengertiannya, bagi yang memahami. Sangat terkesan pengisiannya. Terdetik di hati, sudah lama aku berada di takuk lama, bertakung, dan tercemar. Mungkin sudah tiba masanya, untuk aku mula mengorak langkah, mengalirkan ia, berkelana, supaya menjadi baik ia.