Salam my readers...
Aku tergerak untuk berkongsikan satu puisi yang direka oleh Oki Setiana Dewi sendiri mungkin, sempena lawatan beliau ke Kelantan. Oh yaa, tahun 2012 merupakan Tahun Melawat Kelantan. Jadi, silakan cik-cik dan puan-puan serta tuan-tuan sekalian melawat ke negeri ambo yang serba miskin ini, bagi sesetengah pihak laa. Tapi ambo tak kesah pon, biar miskin dunia, jangan miskin akhirat. Peace no war :)
Siapa Oki Setiana Dewi ini? Sedikit biografi tentang beliau. Oki Setiana Dewi lahir di Batam, Kepulauan Riau, pada tanggal 13 Januari 1989. Ia dikenal sebagai seorang aktres asal Indonesia yang memegang watak sebagai Anna Althafunnisa dalam filem KETIKA CINTA BERTASBIH.
Oki mendeklamasikan puisi ini pada akhir rancangan Bicara Selebriti yang dilangsungkan di Kelantan Trade Center, Kota Bharu (KBTC). Sedikit perkongsian puisi ciptaan beliau :-
Negeri Kelantan seindah namamu,
Tanah serendah sekebun bunga,
Negeri tadahan wahyu..Cik Siti Wan Kembang,
Cukup indah namamu..Seindah negerimu..
Duhai wajahmu yang indah,
Persis Jeddah..Yang pernah ku lewati,
Taat menjunjung Al-Quran..Teguh menggalas syariaat,
Yang tidak pernah goyah..Tersentuh hati kudusku,
Lantaran aku disini..Biar tidak pernah ku duga,
Bertemu dengan seorang ulamak..Yang dicintai rakyatnya,
Lalu.. Kuntum rindu yang lama tersimpan,
Terubat jua akhirnya..Biar segolongan cintaku..
Beruntung rakyatnya..Menumpang teduh seorang ulama,
Yang lembut tetapi tegas beribadah,
Yang pengasih namun tidak goyah pada percikan kealpaan dunia,
Pasti aku merindui lagi..Entah kapan bisa di ubati,
Cuma setitis doa bisa ku titip buatmu membaja,
Membangun Islam bersama..Semoga kita bertemu kembali..
Oki Setiana Dewi,
Kelantan Trade Center, Kota Bharu,
Kelantan
9 Mac 2012
Sungguh dalam makna puisi ini. Dan terima kasih buat Oki Setiana Dewi kerana sudi berkunjung ke negeri kami yang miskin. Semoga Oki akan terus sukses dalam karier beliau.
SUKA entri ini?
No comments:
Post a Comment