12:23 p.m.
Kawan
Andai lidah ini
Pernah mengguris luka hatimu
Bukan niatku sebegitu
Kawan
Janganlah dikau terus buat tak endah
Terus membuat hatiku gundah
Dalam menempuh hari-hari indah
Ketahuilah kawan
Diammu itu
Meragut segala tenteramku
Mencampakkan segala tawaku
Andai ada silap
Andai ada salah
Di luar kesedaranku
Yang telah melukakan hatimu
Ampun dipohon maaf ku pinta
Kawan
Andai kau masih berkecil hati
Luahkan kekesalanmu padaku
Agar sengketa ini segera berakhir
Kerana aku sudah tidak sanggup
Menghadapi hari-hari mendung sebegini
Antara kita
Kawan
Bersuaralah
Hanya itu yang ku pinta
Aku sayang kamu
SUKA entri ini?
No comments:
Post a Comment