Mood nak menulis lately sangat sangat sangatlah malas. Ntah kenapa. Mungkin juga sebab dalam mood cuti kan. So, semua benda nak kena cuti. Tapi tapi tapi, makan tido tak penah cuti. Overtime lagi.
Oke, cuti sem 3 bulan. Almost 3 months, not exactly 3 months. Ingatkan 3 bulan tuh boleh bercuti secuti cutinya laa kan, tapi kene stay jugak dekat Uni neh for my PSM. Stay je laa kan, dah SV nak macam tu. Lagipun elok jugak buat masa cuti neh, xde laa nak ganggu waktu belajar sem depan kan kan kan?? Ceh, bajet pelajar cemerlang.
Alang alang nak stay, dan kebetulan jugak orang orang SUKMA neh mencari Sukarelawan, pegi laa interview itu hari. Tak sangka boleh dapat. Ahh, drama! Memang da agak akan dapat sebab dorang memang memerlukan orang. Bayangkan SUKMA 2 minggu lagi nak start, depa sume nak dalam seribu orang lagi. Mana nak tolak kan? Sapa sapa yang pergi tu mesti dapat laa.
Dan 29 Jun 2012 bermula laa tugas sebagai Sukarelawan SUKMA XV Pahang 2012. Tapi, on that day aku xde sebenarnya. Special thanks to my beloved friend coz cover aku. Dah start kerja, sume berjalan dengan lancar laa pada awalnya. Dah seminggu kerja, da mula start drama. Banyak jugak laa drama drama rekaan pengarah yang tak profesional neh.
Biasa laa kan. Bila kerja dengan orang neh macam macam hal boleh jadi. Dan bila makin lama kenal seseorang tuh, akan makin tertonjol tonjol perangai sebenar depa. Awal awal muka bajet angle angle jea sume. Baik, sopan, rajin, bersih gitu. Tapi hampeh jugak laa bila dah lama. Dah penat berlakon kot. Tapi yang tak boleh blah nye kan, terasa diri ini sangat sangat dan sangatlah bodoh bila dikatakan pemalas di hadapan para pemalas yang sebenar. Terasa macam kerja yang kami buat takde sape yang nak pandang.
Aku malas nak cite drama drama tak berepisod neh. Kang panjang pulak korang nak baca. Neh pon da cukup panjang aku rasa. Apa apa pun, thanks laa kat SUKMA bagi kerja kat aku. Takde laa aku menghabiskan duit jea dok sini. Ada jugak kerja yang boleh dibuat. And the most important is ade income :)
Eh, tahniah untuk negeri Terengganu kerana telah menjadi juara keseluruhan untuk SUKMA kali neh. Memang Terengganu nelang ahh.
Eh, mana cite PSM? Haa, neh laa nak cakap. PSM aku tak banyak hari pon sebenarnya nak kene buat. Tapi disebabkan kami berempat dan menggunakan alat radas yang sama, dan alatnya cuma ada satu sahaja, terpaksa laa bergilir gilir. Tapi alhamdulillah, dah siap turn aku.
Sekarang neh aku hanya tunggu untuk test essential oil dari halia dan halia bara yang diekstrak menggunakan hydrodistillation dengan microb. Yang tuh kene tunggu dulu laa kot. Maybe bulan puasa nanti laa. Memang bulan puasa pon, lagi 3 hari nak puasa kot. Kan?
#Dan aku masih lagi dalam proses belajar nak menulis dengan baik :)
No comments:
Post a Comment