Followers

Friday, April 6, 2012

PSM oh PSM

Hello guys..
Assalamualaikum :)

Lame jugak aku wat derk jea kat belog neh. Adeii. Aku tersangatlah sebok. Sebok aku memang mengalahkan menteri. Sebab menteri ade orang-orang yang buatkan kerja untuk dia. Aku?? Korang nak buatkan untuk aku? Memang tak lah kan?

Sekarang, aku tak boleh nak berblog sangat. So, memang akan lama aku tinggalkan. But don't wori laa. Aku tetap sayang belog aku.. Thehee~~


Oke, sekarang aku sedang sebok dengan PSM. Kepala da nak pecah neh. Neh baru nak buat proposal. Tak buat experiment lagi. Then confirm-confirm report akan menyusul lepas tuh. Adoii. Cabaran as a student kan, what can we do?

Huv a nice day :)

SUKA entri ini?

Saturday, March 10, 2012

Kelantan Seindah Namamu - Oki Setiana Dewi

Salam my readers...

Aku tergerak untuk berkongsikan satu puisi yang direka oleh Oki Setiana Dewi sendiri mungkin, sempena lawatan beliau ke Kelantan. Oh yaa, tahun 2012 merupakan Tahun Melawat Kelantan. Jadi, silakan cik-cik dan puan-puan serta tuan-tuan sekalian melawat ke negeri ambo yang serba miskin ini, bagi sesetengah pihak laa. Tapi ambo tak kesah pon, biar miskin dunia, jangan miskin akhirat. Peace no war :)


Siapa Oki Setiana Dewi ini? Sedikit biografi tentang beliau. Oki Setiana Dewi lahir di Batam, Kepulauan Riau, pada tanggal 13 Januari 1989. Ia dikenal sebagai seorang aktres asal Indonesia yang memegang watak sebagai Anna Althafunnisa dalam filem KETIKA CINTA BERTASBIH.

Oki mendeklamasikan puisi ini pada akhir rancangan Bicara Selebriti yang dilangsungkan di Kelantan  Trade Center, Kota Bharu (KBTC). Sedikit perkongsian puisi ciptaan beliau :-
Negeri Kelantan seindah namamu,
Tanah serendah sekebun bunga,
Negeri tadahan wahyu..
Cik Siti Wan Kembang,
Cukup indah namamu..
Seindah negerimu..

Duhai wajahmu yang indah,
Persis Jeddah..
Yang pernah ku lewati,
Taat menjunjung Al-Quran..
Teguh menggalas syariaat,
Yang tidak pernah goyah..
Tersentuh hati kudusku,

Lantaran aku disini..
Biar tidak pernah ku duga,
Bertemu dengan seorang ulamak..
Yang dicintai rakyatnya,
Lalu.. Kuntum rindu yang lama tersimpan,
Terubat jua akhirnya..
Biar segolongan cintaku..

Beruntung rakyatnya..
Menumpang teduh seorang ulama,
Yang lembut tetapi tegas beribadah,
Yang pengasih namun tidak goyah pada percikan kealpaan dunia,
Pasti aku merindui lagi..
Entah kapan bisa di ubati,
Cuma setitis doa bisa ku titip buatmu membaja,
Membangun Islam bersama..
Semoga kita bertemu kembali..

Oki Setiana Dewi,
Kelantan Trade Center, Kota Bharu,
Kelantan

9 Mac 2012
Sungguh dalam makna puisi ini. Dan terima kasih buat Oki Setiana Dewi kerana sudi berkunjung ke negeri kami yang miskin. Semoga Oki akan terus sukses dalam karier beliau.

Huv a nice day :)

SUKA entri ini? 

Aku Kembali~~

Hello my lovers...

Assalamualaikum.. Sedap siket bunyi kan?

Dah lama aku tak menconteng-conteng kat blog aku neh kan? Ade ke yang nak rindu? Peh, perasan sorang-sorang boleh laa kan. Maklum laa, aku bukannya blogger yang pemes-memes pon kan. Bukan macam Ben Ashaari ke camne tah eja name dye tuh, post pasal on the way nak pegi Mid Valley, cari parking, makan. Cukup satu entri. Dah ramai yang komen.


Memandangkan lama aku tak menjenguk blog picisan aku neh, aku nak mintak maaf laa jugak kan. Walaupun aku takde laa pemes-memes mane pon, ahh, memang tak pemes langsung laa, aku taw ade jugak yang sudi bukak blog aku neh, walaupun secara tak sengaja, kan? Ahh, ape aku kesah. Aku bukak blog bukan untuk pemeskan diri. Aku selesa dengan cara hidup aku yang sekarang.

Kadang-kadang bila hidup dikelilingi oleh populariti, banyak cerita yang tak enak daripada yang enak didengar kan? Cerita yang enak cuba nak potong cerita tak enak, tapi tetap kalah. Nak buat camne, kadang-kadang speed tak cukup laju lagi. Kadang-kadang apa yang dibuat tu hanya nak menunjuk, bukan ikhlas dari hati.


Dah jauh aku melalut neh. Sori guys, sebulan lepas aku memang malas nak menulis. Ops, sebulan ke? Cam hampir 2 bulan jea kan? Dah masuk sem baru neh, banyak benda yang aku kene fokus. Lagipula, sem neh aku kena buat PSM projek. Taw tak ape itu PSM? Bahasa betul, Projek Sarjana Muda. Bahasa aku, Projek Susah nak Mampus! Itulah aku. Awal-awal dah mula downkan diri. Sesuatu benda itu tak akan susah kalau bukan kita sendiri yang buatkan ianya jadi susah. Betol tak?

Aku juga mungkin akan jarang-jarang jenguk ke mari. Tapi aku akan juga cuba mencari sedikit masa untuk blog aku ini. Walaupun blog ini hanyalah picisan cuma, tapi ia tetap bermakna buat aku, ia tetap ade memori dengan aku, dan ia tetap blog aku.

Oke guys, cukuplah untuk entri permulaan yang baru. Panjang-panjang kan bosan pulak membacanya nanti. 

Huv a nice day :)

SUKA entri ini?

Sunday, January 8, 2012

Kisah Motivasi Yang Cool~~

Salam peeps..

Aku baru nak mula menulis, hujan pun mencurah-curah. Terpaksa pergi angkat baju-baju di ampaian jap.

Kali neh aku nak kongsi satu cerita bermotivasi. Kadang-kadang kita perlu jugak motivasikan diri untuk ke arah yang lebih baik kan?


Seorang lelaki, sebagai motivator naik ke pentas menghadap audiens yang memenuhi dewan.
Di dalam dewan itu, dia mula menceritakan satu lawak jenaka.
Semua orang ketawa separuh gila kerana lawaknya itu.
Seketika kemudian, dia mengulang semula menceritakan lawak yang sama kepada audiens yang sama.
Kali ini, cuma sedikit sahaja yang ketawa.
Dan, selepas itu, dia mengulang menceritakan lawak yang sama, berulang-ulang kali.
Sehingga tiada lagi yang ketawa mendengarkan jenakanya yang sama itu.
Dia tersenyum lalu berkata;
"Kita sedar yang kita takkan boleh ketawa jika kita mendengar jenaka yang sama berulang-ulang kali,tetapi mengapa kita masih lagi hendak menangis ke atas perkara yang sama berlaku dahulu berulang-ulang kali?"

So, jangan laa kita bersedih atas sesuatu yang pernah terjadi. Cukuplah hanya sekali kita bersedih untuknya. Dalam apa jua keadaan, life must go on!!

Baibai~~


nota KAM: Chill bebeh!!

SUKA entri ini?

Saturday, January 7, 2012

Minggu Final Exam

Salam guys..

Sedar tak sedar dah nak abes sem neh aku belajar. Sepanjang-panjang sem neh ape yang aku belajar? Aku pun tak tau. Tengok-tengok dah kena masuk dewan exam.


Ekceli, exam aku da start seminggu yang lepas. Hari neh baru sempat nak update siket. Maklum laa sebok study kan. New year celebration pon dengan buku-buku ilmiah. Kelass gitew. Jangan nak percaya sangat laa.

Aku dah lepas 2 papers for the first week exam. And now still have 3 papers to complete dis semester. 3 papers yang last neh amat-amatlah tough. Rase macam nak maki sape buat schedule exam. Yea laa, 3 subjek tough dye letak in the same week. Dah lah xda gap even a day pun. Dye macam nak suh kumpul stress tu dulu, then after all finished, just ledakkan stress tu semahu-mahunye. Habis, kalau first paper da stress, takkan boleh study for the next paper punye kan? Korang boleh ke? =.=


Lepas abes sume exam, sem break pon start. So, mase neh laa yang best kan? Da penat + sakit otak nak study, biarkan dye rehat puas-puas sebelum mula bekerja untuk next semester. Oh ya, next semester will be on 13th February 2012.

Bermulanya sem break, dats mean sepinya blog aku untuk sebulan. Yeahh!!

Baibai~~

nota KAM: Tak sabar nak mula sem baru sebab banyak benda da plan :)

SUKA  entri ini?