Followers

Thursday, December 6, 2012

Apa Semua Ini?

KAWAN memang ramai. Tersangatlah ramai. Boleh dicari di seluruh pelusuk dunia, kalau mahu, dengan teknologi yang ada sekarang. Tetapi untuk mencari SAHABAT itu yang susah. Tersangatlah susah, kan? Untunglah bagi mereka yang sudah mempunyai sahabat.


Aku? Selama ini orang yang aku anggap sahabat, rupa-rupanya hanyalah kawan. Tidak ada bezanya dengan kawan-kawan aku yang lain. Dan sekarang aku merasakan yang kami semakin menjauh.


Tak apa lah. Kehilangan kawan tidak sepedih kehilangan sahabat. Sahabat hanya akan terpisah dengan kematian. Sedangkan kawan, bila-bila masa saja boleh pergi dan kembali.


Mungkin ada salahnya dari pihak aku sehingga semua ini terjadi. Aku, insan yang masih lagi belajar tentang permainan sebuah kehidupan. Agaknya, terlalu awal untuk aku melabelkan dia sahabat, sedangkan aku perlu lebih masa untuk mengenali hati budinya. Ya, memang salah aku.


Sebelum terlambat. Aku memohon kemaafan darimu kawan seandainya ada yang bisa mengguris perasaanmu, samada dari segi percakapan, perbuatan, dan sebagainya. Mungkin itu tidak disengajakan olehku. Maafkan aku.