Followers

Saturday, March 10, 2012

Kelantan Seindah Namamu - Oki Setiana Dewi

Salam my readers...

Aku tergerak untuk berkongsikan satu puisi yang direka oleh Oki Setiana Dewi sendiri mungkin, sempena lawatan beliau ke Kelantan. Oh yaa, tahun 2012 merupakan Tahun Melawat Kelantan. Jadi, silakan cik-cik dan puan-puan serta tuan-tuan sekalian melawat ke negeri ambo yang serba miskin ini, bagi sesetengah pihak laa. Tapi ambo tak kesah pon, biar miskin dunia, jangan miskin akhirat. Peace no war :)


Siapa Oki Setiana Dewi ini? Sedikit biografi tentang beliau. Oki Setiana Dewi lahir di Batam, Kepulauan Riau, pada tanggal 13 Januari 1989. Ia dikenal sebagai seorang aktres asal Indonesia yang memegang watak sebagai Anna Althafunnisa dalam filem KETIKA CINTA BERTASBIH.

Oki mendeklamasikan puisi ini pada akhir rancangan Bicara Selebriti yang dilangsungkan di Kelantan  Trade Center, Kota Bharu (KBTC). Sedikit perkongsian puisi ciptaan beliau :-
Negeri Kelantan seindah namamu,
Tanah serendah sekebun bunga,
Negeri tadahan wahyu..
Cik Siti Wan Kembang,
Cukup indah namamu..
Seindah negerimu..

Duhai wajahmu yang indah,
Persis Jeddah..
Yang pernah ku lewati,
Taat menjunjung Al-Quran..
Teguh menggalas syariaat,
Yang tidak pernah goyah..
Tersentuh hati kudusku,

Lantaran aku disini..
Biar tidak pernah ku duga,
Bertemu dengan seorang ulamak..
Yang dicintai rakyatnya,
Lalu.. Kuntum rindu yang lama tersimpan,
Terubat jua akhirnya..
Biar segolongan cintaku..

Beruntung rakyatnya..
Menumpang teduh seorang ulama,
Yang lembut tetapi tegas beribadah,
Yang pengasih namun tidak goyah pada percikan kealpaan dunia,
Pasti aku merindui lagi..
Entah kapan bisa di ubati,
Cuma setitis doa bisa ku titip buatmu membaja,
Membangun Islam bersama..
Semoga kita bertemu kembali..

Oki Setiana Dewi,
Kelantan Trade Center, Kota Bharu,
Kelantan

9 Mac 2012
Sungguh dalam makna puisi ini. Dan terima kasih buat Oki Setiana Dewi kerana sudi berkunjung ke negeri kami yang miskin. Semoga Oki akan terus sukses dalam karier beliau.

Huv a nice day :)

SUKA entri ini? 

Aku Kembali~~

Hello my lovers...

Assalamualaikum.. Sedap siket bunyi kan?

Dah lama aku tak menconteng-conteng kat blog aku neh kan? Ade ke yang nak rindu? Peh, perasan sorang-sorang boleh laa kan. Maklum laa, aku bukannya blogger yang pemes-memes pon kan. Bukan macam Ben Ashaari ke camne tah eja name dye tuh, post pasal on the way nak pegi Mid Valley, cari parking, makan. Cukup satu entri. Dah ramai yang komen.


Memandangkan lama aku tak menjenguk blog picisan aku neh, aku nak mintak maaf laa jugak kan. Walaupun aku takde laa pemes-memes mane pon, ahh, memang tak pemes langsung laa, aku taw ade jugak yang sudi bukak blog aku neh, walaupun secara tak sengaja, kan? Ahh, ape aku kesah. Aku bukak blog bukan untuk pemeskan diri. Aku selesa dengan cara hidup aku yang sekarang.

Kadang-kadang bila hidup dikelilingi oleh populariti, banyak cerita yang tak enak daripada yang enak didengar kan? Cerita yang enak cuba nak potong cerita tak enak, tapi tetap kalah. Nak buat camne, kadang-kadang speed tak cukup laju lagi. Kadang-kadang apa yang dibuat tu hanya nak menunjuk, bukan ikhlas dari hati.


Dah jauh aku melalut neh. Sori guys, sebulan lepas aku memang malas nak menulis. Ops, sebulan ke? Cam hampir 2 bulan jea kan? Dah masuk sem baru neh, banyak benda yang aku kene fokus. Lagipula, sem neh aku kena buat PSM projek. Taw tak ape itu PSM? Bahasa betul, Projek Sarjana Muda. Bahasa aku, Projek Susah nak Mampus! Itulah aku. Awal-awal dah mula downkan diri. Sesuatu benda itu tak akan susah kalau bukan kita sendiri yang buatkan ianya jadi susah. Betol tak?

Aku juga mungkin akan jarang-jarang jenguk ke mari. Tapi aku akan juga cuba mencari sedikit masa untuk blog aku ini. Walaupun blog ini hanyalah picisan cuma, tapi ia tetap bermakna buat aku, ia tetap ade memori dengan aku, dan ia tetap blog aku.

Oke guys, cukuplah untuk entri permulaan yang baru. Panjang-panjang kan bosan pulak membacanya nanti. 

Huv a nice day :)

SUKA entri ini?