Followers

Thursday, April 28, 2011

Couple Jarak Jauh

Salam sume readers :)

Hari neh bahagia rasa sebab final exam aku dah abes. Tamat sudah perjuangan untuk sem neh. Rasa nak meloncat2 sampai tido jea. Hahaha~~

Oke, entri neh nak cerita pasal hubungan jarak jauh. Korang rasa laa kan, hubungan jarak jauh neh oke ke tak? Boleh pegi jauh tak? Haa, yang tu penting.

Aku?? Aku ade laa gak pengalaman siket sebanyak laa kan, tapi aku taknak cite pasal tuh. Tu kenangan aku. Oke? Laa neh aku nak cite siket perkara2 yang korang perlu pikirkan dulu sebelum nak bercinta jarak jauh neh. Bukan senang taw.





1. JANGAN TERBURU-BURU

Tersangatlah wajar untuk menangguhkan ungkapan cinta korang tuh pada si dia kerana masalah logistik dirinya memungkinkan korang sekadar membuang masa saja dalam soal perhubungan.




2. MULA SEBAGAI KAWAN

Janganlah hanya sekali bertemu sudah menjanjikan cinta menggunung tinggi. Setidaknya mulakan ikatan sebagai seorang teman sebelum korang membuat keputusan lebih besar dengan bercinta.




3. KERAP BERTEMU

Harus untuk korang2 sering bertemu dengan si dia kerana dengan cara sedemikian barulah korang dapat mengenali ‘warna sebenar’ dirinya. Manalah tahu, selepas tiga kali bertemu akhirnya korang tidak pula rasa tertarik dengan sikapnya!


4. UJI KESABARANNYA
Sesekali wajar juga untuk menguji kesabaran pasangan yang baru dikenali. Lebih-lebih lagi dalam hubungan jarak jauh, memang perlu memberikan sedikit ujian dengan harapan mengetahui sejauh mana dia mampu berdepan dengan risiko hubungan sebegini.


5. BERTANYAKAN SOAL KOMITMENNYA 
Tidak salah memulakan langkah ke arah komitmen. Lihat reaksinya, adakah dia juga bersedia ke arah itu. Namun, korang usah pula terburu-buru menyahut cintanya kerana masih perlu mengenali lebih lanjut.

6. LIHAT TINGKAH-LAKU
Apabila sudah saling mengenali dalam tempoh beberapa ketika, korang bolehlah mengenali dirinya yang sebenar. Selidiki personalitinya sama ada benar-benar ‘sekepala’ dan bukan dari jenis yang mengongkong. 


7. TIDAK KEDEKUT
Tidak kiralah lelaki atau perempuan, paling penting janganlah memiliki pasangan yang kedekut soal perbelanjaan. Seperti jika berhubung, janganlah asyik kita saja yang menelefon, si dia juga perlulah bertolak ansur.

8. PANDANGAN ORANG SEKELILING
Jangan ambil risiko bersendirian, sebaiknya dapatkan pandangan rakan baik dan anggota keluarga mengenai hasrat untuk lebih serius dalam menjalinkan hubungan jarak jauh. Tidak mahu menyesal kemudian hari.


9. BIAR BERBALOI
Biar berfikir lanjut. Pastikan biar hubungan itu benar-benar berbaloi untuk diteruskan jika ingin menjalinkan hubungan secara serius termasuk soal masa depan untuk hidup bersama.

10. BERDEPAN RISIKO
Apabila menjalinkan hubungan jarak jauh, secara logiknya korang harus akur dengan risiko kegagalan dalam perhubungan. Andai sanggup mengharungi suka duka hubungan serta kemungkinan kegagalan dalam percintaan rasanya bolehlah korang menyahut cinta si dia!

So, kesimpulannya? Ceh, macam wat esei lak nak kene simpul2 bagai neh kan. Ahh, aku nak simpul gak. Kesimpulannya, korang kene laa fikir masak2 dulu sebelum nak kapel ngan orang jauh2 neh. Dugaan lebih besar kapel ngan orang jauh neh. Macam2 boleh berlaku. Yelah, si dia pon bukan depan kita, dan korang pon bukan depan si dia. So, senang sangat kalau nak menipu kan. Last2, diri sendiri merana. Padan muka korang!! Huhu~~

Baibai~~

nota KAM: nak on9 sampai lebam ari neh. esok nak g KL. sape nak jumpa aku kat KL nanti??

SUKA entri ini?

Sunday, April 24, 2011

Musim Imtihan









Haa, ade yang rase terkena kat atas batang idong tak? Hahaha~~

Kredit gambar kepada ISMA AUSTRALIA.

*imtihan = peperiksaan

Baibai~~


nota KAM: esok first paper tuk sem neh. tapi masih aje buat entri kan. hoho~~


SUKA entri ini?

Saturday, April 23, 2011

Jawab Survey Online iPanel dan Dibayar!!


Salam sume. 

Kali neh aku nak cerita pasal satu survey berbayar neh. iPanel. Taw-taw laa kan zaman sekarang neh, sume barang nak naik harga. Kalo korang yang dah kerja tuh, boleh buat neh as a side income kan. Kalo masih belajar macam aku neh, buleh jugak wat cari duit siket sebanyak tampung kehidupan hari-hari tuh. Ye dak? Dan suka aku nak ingatkan bahawasanya iPanel ini bukan SCAM!!

iPanel telah ditubuhkan pada tahun 2004. Kami merupakan sebuah syarikat kaji selidik yang profesional. Dalam masa yang singkat, melalui usaha kami, iPanel telah mempunyai ahli dari China, Hong Kong, Taiwan, Singapura, Indonesia, Thailand, Malaysia, Australia, New Zealand, Jepun, Korea, Philippines, Vietnam, dan lain-lain. Kejujuran dan perjanjian adalah prinsip kami, kami akan memberi perkhidmatan yang berkualiti untuk anda.

Kalo ade yang nak tengok2 dulu ke, nak join terus ke, boleh laa klik SINI. 

Camne nak register kan?

1. Korang klik link kat atas tuh. Nanti akan kuar page cam kat bawah neh. Korang kene isi semua maklumat kat dalam borang tuh taw.


2. Bila da siap isi semua tuh, link activation akan dihantar kat emel korang. Klik emel tuh tuk activekan. Then, secara rasminya korang dah jadi sebahagian dari keluarga iPanel.

3. Bile korang da siap semua, automatik korang akan dapat 50 mata sebagai ganjaran daftar dengan dorang. Untuk tambah mata tuh, korang jawab laa survey2 yang ada. Setiap survey berbeza nilai matanya taw. Nanti mata tuh akan diconvertkan kepada MYR.

Haa, bez kan. Juz jawab survey dapat duit. Senang kan? Kalo ade yang ragu2 tadi, dan sekarang dah rasa nak join laa pulak kan, boleh klik SINI jea.

Oke, selamat mencuba :)

Baibai~~

nota KAM: nak layan cite jap. boring lak. hurm~~

SUKA entri ini?

Sumpah JAMBU Lawak!!

Salam sume readers :)

Mase neh jam kat laptop aku pukul 2.44 AM. Ape kejadah aku tak tido lagi kan? Nak kate stadi musim2 final neh, ye ke stadi?? Semangat sangat stadi sampai mase gini kan. Hoho~~

Tak de laa. Aku tunggu tenet yang selow gile babeng neh semata2 nak donlod konsert Maharaja Lawak minggu ke-4. Bese laa, kalo da namenye student yang duk kat hostel, takde maknenye nak ade ASTRO Warna sume tuh kan. Kejadah ape kan?

Maharaja Lawak Astro

Aku tengok siket2 jea baru . Tapi aku suka giler ngan lawak JAMBU malam neh. Seyez walaupun tak banyak cakap, tapi aksi dorang memang lawak giler. Pecah perut, sampai berair-air mata neh gelak. Hahahaha. Memang patut korang dapat 57% pun JAMBU ooiii. JOZAN pon kalah, dapat 11% jea.

Kat bawah neh aku nak kongsi video lawak JAMBU neh. Jom gelak sama. Tak puas tengok beb. Kensel cendol, tengok lawak neh oke. Muka legend, hati tetap cute. Masalah betol. Aku takleh nak attach file dalam folder aku. So, korang tengok laa kat TiubAwak yea. Neh aku bagi link.


Haa, korang da tengok. Sumpah lawak giler kan. Kalo korang xpecah perut lagi, sila pecahkan sekarang. Kalo korang tak berair lagi mata tuh, sila cucuk sekarang. Korang memang takde perasaan!!

Oke, aku da ngantuk. Kul 3 pagi da beb. Mata, otak aku sume nak rehat. Kasi dorang rehat laa keyh. Layan laa video tuh puas2 :)

Baibai~~


nota KAM: pakaian xley blah. nak jambu jugak. hoho. huargghh~~

SUKA entri ini?

Friday, April 22, 2011

Salam Jumaat :)

Assalamualaikum para readers sekalian :)

Apa kabar ari Jumaat korang? Ya, hari ini hari Jumaat. Hari untuk kita mendapatkan lebih success dalam hidup kita. Hari untuk kita lebih cemerlang, lebih kuat berbanding hari-hari yang lain.




Jadi, apa pun yang korang buat pada hari ini, make sure itu adalah yang terbaik, yang terhebat untuk diri korang sendiri. Kalau selalu bangun pagi sepuluh minit lagi ke waktu subuh, maka jadikanlah Jumaat untuk korang lebih berjaya. Bangun lagi awal dari kebiasaan, contohnya kan?
Jadikan Jumaat korang lebih spesel daripada hari-hari yang lain. Buat janji, bahawa Jumaat aku mesti bangun tiga puluh minit sebelum ke waktu subuh. Hah, kan bagus gitu.
Hari ini aku nak kongsi sikit tentang hebatnya dan kelebihan-kelebihan hari Jumaat. Moga korang2 yang membaca neh memperoleh manfaat, aku yang menulis juga lebih-lebih lagi mendapat faedahnya kan. Sama-sama kita kongsi ilmu. Ye dak?
Jadi 6 kelebihan Jumaat yang aku nak senaraikan kat sini. Semoga Jumaat kali ini menjadikan kita sume lebih berjaya, lebih cemerlang! Yeah!!
1Berlakunya hari kiamat.
Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
 2. Nabi Adam diciptakan dan disingkirkan dari syurga oleh Allah S.W.T.
Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”


 3. Penghulu segala hari.
Aku suka sebut Jumaat ni spesel. Nape agak2 korang? Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
 4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.
Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah  daripada fitnah kubur.”
Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.


 5. Kebaikan dengan memotong kuku.
Peliharalah kebersihan korang. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah segera.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

 

6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.
Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan?
Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi Burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.


Tuan, puan, abang, kakak dan adik-adik semua, marilah kita jadikan Jumaat kita kali ini lebih bererti. Bukannya apa, untuk kebaikan kita juga. Semua kelebihan yang ada pada Jumaat ini sebenarnya merupakan ruang dan peluang untuk  kita rebut.
Kita mengaku kita orang Islam. Kita pun mengaku bahawa kita ni mengamalkan segala suruhan agama. Jadi, apalah salahnya sedikit amalan yang nampak macam tak seberapa ini kita rebut.
Kalau rasa-rasa selalunya macam malas nak selawat, macam tak ada mood nak berzikir, maka jadikanlah hari Jumaat untuk anda lebih bersemangat unttuk berselawat, berzikir, istighfar dan sebagainya.
Nabi sendiri ada menyebut barangsiapa yang banyak beristihfar, Allah akan bagi jalan keluar bagi setiap masalah yang dihadapinya.
Mari kita jadi lebih baik, sedikit pun tak apa. Asal kita jadi lebih baik. Kita usaha, kita cuba betul-betul. Mana tahu andai Allah juga bakal tarik nyawa kita di hari Sayidul aiyam ini. Subhanallah…
*hasil cedokan dari SANGMENTARI dan diedit sedikit oleh aku :p
Baibai~~
nota KAM: siap2 nak pegi Solat Jumaat. JOM!! :)
SUKA entri ini?

Wednesday, April 20, 2011

Pakej Astro Mustika Percuma!

Salam sume2 :)

Aik? Ari tu aku kata tak nak update belog untuk 2 minggu kan? Sebab nak final, konon laa. Tapi xleh laa wei. Kesian tengok korang masok belog aku tapi takde benda baru nak baca kan. Huhu. *klishe sangat alasan kan~~*

Takpe, demi korang aku sanggup udate. Untuk kepentingan korang gak kan. Ke tak nak? Nak kongsi pakej ASTRO Mustika percuma neh. Tak nak gak? Rugi~~


Kalo korang tak nak, ade yang nak kan? Rugi laa, bleh tengok Maharaja Lawak kan. Maharaja Lawak sekarang pon dah tak tayang kat ASTRO Prima lagi. Aku pasti ramai peminat Maharaja Lawak di luar sana kecewa apabila Maharaja Lawak minggu ke-3 hanya akan ditayangkan di ASTRO Mustika sahaja terutama pelanggan ASTRO yang tidak melanggan pakej Mustika.




 

Tak apa. Jangan risau. Aku ada terima satu emel neh yang memberitahu teknik untuk melanggan pakej Mustika secara percuma. Ya. Percuma. Betul. Percuma.

Mari kita ikuti tips daripada emel tersebut :-

HANYA IKUT ARAHAN YANG DIBERIKAN SEPERTIMANA DIBAWAH DENGAN TENANG DAN SABAR..KERANA IANYA MENGAMBIL SEDIKIT MASA..AL-MAKLUMLAH...BENDA FREE...JIKA NAK KENA LAH SABAR...MARI KITA MULAKAN...STEP BY STEP..OKEY..

Cara ni aku dapat dari cousin aku yg kije di Astro. Aku xmo cakap department mana takut die terkantoi.


Tu ari aku pergi rumah die time siaran MAHARAJA LAWAK. Die tgk kat channel ASTRO WARNA.

Ntah mcmane die pecah lobang bgtau aku mcmane nak access saluran dalam pakej MUSTIKA nie tanpa perlu melanggan.

Aku mula tak caya gak. Tapi balik uma aku test sendiri MEMANG BETUL JADIK!


Korang cuba try test. Cara nie boleh UNLOCK channel pakej MUSTIKA sahaja.

HBO ke, NG ke, Sport ke, sume xboleh sebab channel ni di kawal selia di luar negara.


1. Biarkan dekoder Astro anda dalam keadaan 'STAND-BY'.

2. Tekan butang ON/OFF. Astro akan menyiarkan channel terakhir yg anda buka.

3. Tekan butang 130. Anda akan melihat pratonton utk pakej Musika.

4. Tekan MENU. Pilih LIST SERVICE. Kemudian tekan OK.

5. Pilih saluran yg anda ingin UNLOCK. (WARNA, CITRA, B4U shj)

6. Tekan OK untuk pengesahan.

7. Tekan MENU untuk keluar ke siaran TV. TV akan kembali ke saluran 130.

8. Tekan MENU sekali lagi. Pilih OPTION. Tekan butang OK

9. Pilih CHANNEL INFO. Tekan OK

Di sini pengaktifan akan di hantar terus ke bahagian penyiaran. Dekoder anda akan di kemaskini untuk menyiarkan saluran yg anda UNLOCK.

10. Tekan butang ON/OFF. Tunggu selama seminit (supaya dekoder anda dikemas kini.)

11. Tekan semula butang ON/OFF utk siaran TV.

12. Langkah terakhir, tekan 130

13. Saksikan pratonton Mustika.

14. Untuk melanggan:

i - Hubungi 1 300 82 3838; ATAU
ii - SMS Mustika ke 32888; ATAU
iii - Klik 'Dapatkan Mustika' di atas untuk melanggan secare ONLINE.


15. Dgn muke bengang korang tgk jela pakej2 yg korang langgan.

 

Hahahhahaha...mana ada benda free kat kat ASTRO ni...semua nak kena bayor...

Takkan aku sorang jer terkena kan.... Sangat tak adil kalo aku sorang. Wakaka~~

Baibai~~

nota KAM: tunggu TiubAwak jea laa sape2 yang tak langgan ASTRO Mustika tuh, cam aku neh. hahaha~~

SUKA entri ini?

Friday, April 15, 2011

Oh My Galaxy

Kenapa? Kenapa? Kenapa dengan galaxy? Ape yang berlaku? Haa, nak taw? Jom terjah nak?

Samsung Galaxy S! Taw? Haa, da lame aku ngidam nak pakai. Membe aku baru jea beli satu. Oh, aku jeles!!! Aku nak jugak. Tak banyak satu pun jadi laa. Ish, tamak lak. Satu pun lom tentu reti jage kan? Huhu~~


Seyez, aku jelez giler bile membe aku dah beli. Aku? Bila nak tukar nset lame neh. Hoho. Korang adiahkan kat aku laa, bleh? Alaa, bleh laa. Besday aku pun lame lagi. So, sempat laa korang nak kumpul duit dulu kan. Kan3??

Aku try usha2 jugak membe aku punye tuh. Seyez bez gler. Aku jelez lagi!! Aku nak satu!! Dah, tak nak cakap lagi. Aku jelez!!

Baibai~~

nota KAM: lepas neh aku bercuti 2 minggu. nak fokus tuk final 25.04-28.04 neh. bajet jea kan. hoho. doakan aku lepas segalanya dengan aman ok?

SUKA entri ini?

BEN ASHAARI AJAK JADI BUDAK BUDAK SAT!

Oke, kali neh nak join satu segmen. Segmen Ben Ashaari neh. Tengok tajok pon da taw kan. Tu pun nak gtaw lagi ke? Sukati aku laa kan. Hehehe~

Santai Bersama BEN ASHAARI
Kalo ade yang nak join,  jangan segan2 klik kat gambar tuh yea :D

Aduh, ade maen jawab2 soklan laa plak. Btol2 cam budak2 neh. Kompem! Tak tipu! Oke, jom skodeng aku jawab pe.. Hehe~

APAKAH KAREKTOR KARTUN YANG PALING KORANG MINAT DAN KENAPA?


Aku minat dengan karakter doraemon. Kenapa? Sebab, dye suke tolong si Nobita yang pemalas tuh. Haha. Aku suke bile dye kuarkan barang2 ajaib dari poket kecik kat depan tuh. Poket dah laa kempis dan kecik, tapi bapak dinasour pon boleh wat kuar. Dasat~~

APAKAH KARTUN PALING KORANG TAK MINAT LANGSUNG NAK TENGOK DAN KENAPA?


Aku sangat2 tak minat dengan cite neh. Kenapa? Sebab aku tak pernah tengok dari awal. kalo tetibe kat tengah2 baru nak tengok, cam tak bez lak kan. Tak tahu asal usul. Nanti sebok nak tanye itu, nak tanye ini. Orang pon menyampah nanti taw tak!!

JIKA AKU SUPERHERO, AKU NAK JADI ...


Aku nak jadi superman. Oyeahh!! Sebabnye, aku pun tak taw. Tapi kat kelas public speaking petang tadi ade kene persuade Superman is the best superhero. So, aku nak jadi SUPERMAN!! Yeahh!!

Hanya tu jea yang aku dapat jawab. Sebijik cam budak. Haha~

Baibai~~

nota KAM: Lapar laa weh. Nak pegi mandi jap. Pastu bleh makan. Huhu

SUKA entri ini?