Followers

Saturday, December 24, 2011

Jom Spread That Iklan

Salam Sabtu semua :)

Camne hari sabtu korang? Great? Weekend neh laa kita nak privacy sket kan? Hari-hari biasa kita selalu bangun awal pagi nak pergi kerja laa, nak pergi kelas laa. Memang takleh nak buat kerja lain laa. Sebab tuh memang kerja wajib kan. Bila weekend datang, mase neh laa nak keluar dengan family, gather same, melawat sanak sedara. Tak semestinya bila raya or bila sedara sakit baru nak melawat sana sini.


Pastu, hujung-hujung tahun neh plak banyak movie baru kat panggung kan? Sherlock Holmes. Chipmunks. Mission Impossible. Banyak lagi laa. Tak larat nak listkan. Yang berkapel keluar dengan kapel masing-masing, yang single keluar dengan kawan-kawan. Tapi serius, keluar ngan kawan-kawan lagi bez kot. Kalau ngan kapel, banyak yang kontrol. Perempuan kontrol ayu depan pakwe, laki kontrol hensem depan makwe. Tak setuju? Ada aku kesah??

Oke, entri kali neh aku nak cerita sket pasal satu iklan yang bagi cash rewards kat kita. Churp Churp. Aku taw ramai yang dah taw kan? Churp Churp neh akan bagi rewards about RM0.20-RM0.40 kat kita for each click. Ini adalah perniagaan internet yang bukan berlandaskan MLM. Taw? Ini bukan perniagaan pon, juz kita tolong spread that iklan to others. Pastu kira rewards yang dapat tuh macam dye bayar kita laa untuk setiap iklan yang kita spread. Senang jea kan?


Sambil-sambil dok blogwalking kat blog kawan-kawan, klik jea. Tak makan banyak masa pon. Kita tolong laa sesama kita, kan? Kalau korang tak register lagi, boleh laa register sekarang. Boleh tekan SINI untuk register. Pastu kita share-share link laa, oke bebeh?

Baibai~~

nota KAM: Sambil menyelam minum air, ye dak? :)

SUKA entri ini?

Friday, December 23, 2011

Bukan Semua Boleh Share

Salam guys..

Lame tak bersapa kan? Rindu plak asenye. Kemalasan yang melanda membuatkan diriku begitu berharga. Ceh!! So far, aku dah start study week tuk final yang tinggal seminggu lagi. Beberapa hari seblom neh sangat-sangat sebok dengan test dan juga assignment yang tak pernah nak siap. Dan hari neh semua itu sudah berakhir. 

Oh ya, hampir terlupa tinggal 1 test lagi yang belum finish. Spanish. Yea, aku amik Spanish as my 3rd language. Faktor amik Spanish sebab senang jea. Tak payah nak tulis buat bentuk-bentuk bagai macam Japan, Mandarin tuh. Juz abc. Fullstop. Sangat senang kan? Tak pening kepala sebab banyak lagi benda lain yang boleh memeningkan kepala aku, tak gitu?


Oke, berbalik kepada tajuk asal. Tetibe rasa macam skema parok plak tulis camni kan? Oke, juz straight to da point. Pernah tak korang ada masalah, tapi korang mampu pendam sorang-sorang jea? Kalau membe korang, cam BFF laa konon-konon kan, tanye korang ade masalah ke? Ape masalahnye? Tapi korang tak mampu nak menceritakan masalah tu. Then, mula laa BFF korang tuh wat ayat sentap yang teramat. Konon-konon kenal dah lama, tapi tak percaya bagai kat dye sebab taknak kongsi masalah tu jea. Lagi laa korang rasa cam nak tumbuk terus muka dye kan? BFF tolak tepi dah.

Bagi aku laa kan, yang konon-konon BFF tuh belum cukup syarat nak jadi BFF. If dye adalah true BFF, dye takkan terus buat ayat sentap cam tuh. Kalau betol dye BFF korang, mesti dye paham pe yang korang rasa saat tuh kan? Kalau betol dye BFF korang, mesti dye akan cuba paham situasi korang and takkan menambah beban masalah korang dengan ayat nak makan penumbuk camtuh kan?


Mungkin dye boleh menggembirakan korang walaupun tak tahu apa masalah korang, if they are true BFF kan? Tak perlu nak mendesak. Tak semua masalah kita bleh share even dengan BFF pon. Mungkin masalah yang kita tanggung tuh mengaibkan, such as parents kita bercerai, and belum bersedia ataupun takkan mahu berkongsi masalah tuh dengan BFF sekalipun. As a BFF, kena laa peka dengan keadaan tersebut. Tak payah laa nak mendesak kalau orang tak mahu berkongsi. Cuba sesekali berfikir sebelum mengeluarkan ayat, oke?

Baibai~~

nota KAM: Semua orang mahukan privacy dalam hidup :)

SUKA entri ini?

Saturday, December 3, 2011

Ombak Rindu? Leleh Ke?

Hello guys.. Salam.

Minggu neh ramai dok update review pasal cite yang diadaptasi dari novel, Ombak Rindu. Dari ape yang aku dok baca, ade yang kate bez giler ah cite neh. Rugi sape-sape yang tak tengok. Dan ade juga yang kata cite neh bese-bese jea pon. Takde laa rase nak nangis pon. 


Kata aku? Aku tak pegi tengok lagi cite neh. So, aku takleh nak kate bez ke tak. Tapi pada firasat aku, cite melayu kan. Lebih kurang jea sume. Tapi watak-watak utama yang ditonjolkan yang banyak pengaruh neh. Mungkin untuk menarik lebih ramai peminat-peminat depa menonton? Tapi lakonan mereka memang tak pernah mengecewakan pon kan?


So far, yang aku baca dari review bloggers lain, jalan cerite agak lari dari cerita novel yang asal. Part mane yang lari tuh? Same-same laa pegi jenguk kat wayang yang terdekat. Nak pegi yang jauh pun boleh, takde masalah. Janji poket ketat.

Tapi novel Ombak Rindu neh aku pernah baca gak laa masa sekolah menengah dulu. Akak aku pinjam, aku tumpang laa sekaki. Cerita dalam novel memang superb bez. Siap imagine lagi tuh sambil baca. 


Apepon, support laa filem tempatan. Tetibe. Jom sape nak teman aku tengok? Tak bez tengok sorang-sorang. Susah nak kesat hingus kalo meleleh nanti. Kalo ade teman sebelah senang jea. Tarik jea hujung lengan baju depa.

Baibai~~

nota KAM: Bila Lisa Surihani nak jadi heroin aku??

SUKA entri ini?

Thursday, December 1, 2011

The Great Day

Hello semua.. Assalamualaikum :)

Hari ape yang great sangat tuh? Semua orang dok sebok ngan 11.11.11 juga 20.11.2011. Tapi aku? 28.11.2011 lagi great! Sebab? Hari tuh bufday aku yang ke-22. Haa, dah tua rupanya aku neh. Dah bleh kawen :)

Tapi tak sume tahu pun hari tuh bufday aku. Ape aku kesah kan? Bukan penting pon. Kalo aku dah anggap ianya juz bese-bese jea, apatah lagi orang lain. Ye dak?

Tapi, dat day was so great! Kebetulan hari tuh cuti kan. Aku plan laa ngan kawan2 aku pergi main air dekat Bukit Gambang Waterpark. Sape yang tak pernah pegi lagi, bleh laa ajak kawan-kawan, famili, release tensen kat sane. Bez kowt. 





Kalo korang pegi, seyez tak nyesal. Memang bez kowt. Aku tak tipu neh. Da banyak kali aku melepak kat sini. Neh baru siket gambar aku letak. Kalo korang nak tahu lagi ape yang ada, juz datang sini jea dan rasa sendiri pengalaman tuh.

Tapi kitorang juz maen sampai petang jea sebab hujan turun dengan lebat. So, lepas tuh terus balik laa. Then, ade laa 3 orang membe aku nak selebrate bufday aku. Aku dah tahu dah. Juz folow jea laa kan. Orang nak sambut. Tapi, dalam pada aku dah tahu pun, still lagi dapat 2 kejutan.

Firstly, dorang semangat wat kad ucapan bufday kat aku yang besar gedabak. Terharu. Aku malas nak letak sini sebab penuh ngan muka aku. 

Secondly, dorang bawak aku pegi makan satay zul. Dah lame aku ngidam nak makan satay. Nasib bufday aku bukan time cuti. Dapat gak merasa. Aku tak tahu pun dorang nak bawak aku pegi sane. Sampai sane aku ternampak signboard tuh. Terkejut gak. Nak nangis pon ade. Hahaha. 

Lepas tuh kitorang pegi melalak kat bilik karoke. Ape pon, bufday aku banyak drama. Balik plak kete meragam. Ending yang super duper tak syok.. :(

Apepon, dat day was so great. Thanks to all my friends who make its super duper great! I appreciate all of your wishes and your time with me. 

Baibai~~

nota KAM: Hepi besday buat kembarku jugak, Ady Wan :)

SUKA entri ini?


Tuesday, November 22, 2011

Tahniah Harimau Muda Atas Pingat Emas Sukan Sea 2011

Hello guys..

Amacam? Teruja tengok team negara, Malaysia lawan ngan negara jiran, Indonesia? Ada tak yang teruja sampai melompat-lompat rapat ke bumbung rumah? Itu over oke.

Aku tengok online jea. Tuh pon bila dah 2nd half baru dapat bukak disebabkan internet yang selow super siput punye. Nyampah kejap. Bila dah dekat-dekat nak finish, berdebar gila babeng sebab Indon banyak attack kan? Tak habes-habes berdoa jangan laa Indon buat gol. Mase siket jea lagi. Nanti tak sempat nak kejar dah. Kalo Malaysia buat gol takpe, abes sore nak sorak pon takpe. Sweet plak bila eja suara ngan sore. 


Then, bila terikat seri 1-1 after masa tambahan tuh, lega laa. At least Indon tak buat gol lagi. Masuk part penalti tuh seyez berdebar gila babeng. Macam aku plak yang jaga gawang tuh. Bila Khairul Fahmi bolos bola lagi laa. Tapi nasib baik bola last dye dapat tangkap. Ko memang tangkas laa Apex. Wa salute sama lu bro! Bangga wa as anak Kelate :)

Lastly, Malaysia dapat gak bawak balik emas Sukan Sea dengan mata Malaysia 5-4 Indonesia. Mase tuh rase macam terlepas seksaan kena sula rasa. Taw camne? Nak taw meh aku buat kat korang. Papepon, team Malaysia memang terbaek ahh! Keep work hard for Sukan Olimpik rabu neh oke. Chaiyok!!

p/s: Harap ade cuti yea Pak Najib :) Lagi berharap kalau cuti on Friday. Ley cuti 4 hari terus. Heaven!

Baibai~~

nota KAM: Mestilah rasa menang sukan SEA lagi hebat daripada dapat straight A+ untuk SPM #NazmiFaiz" omaigodddd EPIC ! LOL

SUKA entri ini?

Saturday, November 19, 2011

Rokok & Kopiah Serius Sentap!!

Hello guys...

Lame gile kan aku tak update? Biasalaa, orang nak jadi blogger kite pon terhegeh-hegeh nak jadi blogger jugak. Orang buat entri berschedule, kite buat entri ikut suka hati. 

Ape-ape pon, alasan klise yang aku akan bagi "blog aku, aku punye suka laa nak hupdate ke tak kan?". Aku bukan blogger yang idup aku hanya bergantung kat blog neh jea. Aku buat saje-saje nak mengisi masa lapang. Bila aku tak hupdate tuh, masa aku tak lapang laa. Aku tipu pun bukan korang taw, ye dak?

Kali neh aku nak share satu video dari MatLuthfi90. Sape tak kenai mamat neh? Baek hang pi terjun KB Mall sekarang! Malam-malam dah takde orang. Dengan senang hati korang boleh terjun melayang-layang. Mintak-mintak laa mati sebelum sampai tanah. Takde laa sakit sangat kan? Takde laa, gurau jea. Jangan pi terjun betoi. Mampuih aku sat lagi.

Image aku amik dari sini sebab aku malas nak snapshot :P

Video neh yang paling lame yang berjaya dihasilkan oleh Mat Luthfi. It's about 13 minutes. Biasa dye buat video kurang dari 10 minit kan? Tapi dalam 13 minit pon banyak maksud-maksud yang tersirat yang nak disampaikan oleh beliau.

Korang nak tengok, boleh tengok kat blog yang aku cedok gambar tuh. Kalo korang berat sangat nak klik situ, boleh tengok kat YouTube terus. Link kat bawah:-


Papepon, enjoice da scene. Jangan terpesong sudah. Aku takleh jamin.

Baibai~~

nota KAM: kalo aku buat camni, ley dapat ramai peminat pempuan cam dye tak?

SUKA entri ini?

Wednesday, October 26, 2011

Wordless Wednesday #5



Baibai~~

nota KAM: 3 test 4 next week.. Wish me luck :)

SUKA entri ini?

Tuesday, October 25, 2011

Percaya atau Tidak?? Kena Percaya...

Hello guys..

Entri kali neh lebih kepada sharing. Sharing kan is caring. Eh, betul ke ayat neh? 


1. SATAY

Jika korang jenis yang suka makan satay, korang jangan lupa makan timun lepas tuh taw. Timun tuh bukan saje-saje dorang bagi. Bukan nak wat hiasan. Bila korang makan satay, sebenarnya korang makan bersama-sama dengan karbon yang terhasil daripada pembakaran satay tuh. Ini akan mendatangkan kesan karsinogen atas korang. Uiks, menatang pe karsinogen tuh? Karsinogen merupakan suatu keadaan yang boleh menyebabkan barah pada kita. Kalau korang nak taw lagi, korang search laa kat wiki. Dan timun merupakan anti-karsinogen. So, bile makan satay bersama-sama dengan timun, sumenya akan kembali jadi neutral :)

2. UDANG

Kalau korang mengambil pil vitamin C, elakkan untuk makan udang selepas tuh. Kenapa? Korang boleh mati keracunan Arsenik. Masa yang diambil tak lama. Dalam beberapa jam jea korang boleh mati. Taw? Tak caye try laa tengok betul ke tak. Kalau betul, kasi aku taw neh :)

3. SHAMPOO

Bahan dalam shampoo boleh menyebabkan barah.  Jika shampoo yang korang guna sekarang ada mengandungi Sodium Laureth Sulfate (SLS), aku suggestkan korang pegi laa tukar sebelum terlambat. Bahan ini boleh menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang. Sekarang mungkin korang tak nampak lagi, sonok lagi pakai shampoo tuh. Bila dah tua nanti, nampak laa kesannya tuh.

Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ni ialah --> VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo & yang terbaru keluaran bodyshop, Nature Forcei. Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi SLS secara tunggal. Korang boleh laa pegi check sekarang!

4. MEE SEGERA

Kalau korang neh student, aku berani bet laa korang akan makan Maggi kan? Ekceli mee segera neh bukan setakat Maggi jea. Kue Teow pon kategori mee segera jugak. Kalau korang makan mee segera ari neh, seeloknya korang amik da next packet tuh at least 3 days after. Sebab kat mee segera tuh ada disalut sejenis wax supaya apabila dimasak, mee segera neh tak melekat antara satu sama lain. Badan manusia boleh cuci wax tuh dalam masa 2 ari. So, untuk elakkan sebarang kejadian, kurangkan makan mee segera. Oh ya, kalau korang nak masak Kue Teow ke, Mee kuning tuh ke, seeloknya basuh dulu sebelum masak :)

5. BAWANG GORENG SEGERA

Lawatan ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, didapati terdapat banyak straw minuman. Straw yang berwarna dan tak berwarna diasingkan. Straw yang tak berwarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya akan melebur lalu menyaluti bawang tersebut.

Sebab tu laa kalau bawang goreng yang dibeli di pasaraya yang terdedah kepada udara tak akan lembik. Tapi kalau yang digoreng sendiri kat rumah, kalau tak guna on dat time gak habis laa. Memang tak ambik masa yang lama, lembik laa kejap lagi.

So, taw-taw laa pe yang korang perlu buat. Pikir-pikir laa bersama. Peace :)

Baibai~~

nota KAM: Yang no 1 ngan 4 jea yang aku tahu. Yang lain baru tahu :)

SUKA entri ini?

Monday, October 24, 2011

Boleh Tahan Jugak Bosan Bila Sorang-sorang Neh Kan?

Macamane nak mula yea. Hurm, bila dah bosan neh otak pon dah malas nak berpikir. Adoii. Oh, lupe greetings :)

Hello guys, sehat korang?

Opps, today is monday kan? So, pehal aku dok sorang-sorang? Neh laa aku nak cite. Today is Pahang punye sultan punye birthday. So, epi besday Tuanku. Semoga tuanku berada di dalam kemasyuran selalu. Dan terima kasih kerana bagi kami cuti. Kalau bukan sebab tuanku, takde laa UMP cuti seminggu, cuti bersambung dengan Deepavali.



Oh, Selamat Hari Deepavali kepada semua kaum Hindu di Malaysia. Mungkin terlalu awal? Atau tak? Ahh, same jea kan? So, bile da cuti, seminggu pulak tuh kan, sape yang taknak balik hometown? Orang cam aku jea tak balik. Sebab? Yea laa, aku bukan kaya sangat nak balik banyak-banyak kali dalam mase sebulan.  Nanti aidiladha nak balik lagi. Lain laa kalau hometown aku sebelah UMP neh jea. Memang aku tak tunggu cuti ahh.

Bila da bosan neh, bukak FB pon tak menarik gak. Twitter lagi laa tak menarik, sebab tak ramai followers lagi. Ahh, bosan bosan bosan.



Dan disebabkan kebosanan, aku telah pon berjaya menghabiskan STANZA CINTA. Wait! Aku bukan mat jiwang sangat, tapi dah cite tue jea yang aku tak tengok lagi yang ade dalam HD aku. Aku donlod pon sebab adik aku yang suruh. Ini betul-betul. Bukan sekadar alasan hokayh! Lantak laa korang nak percaya ke tak =.=

Sekarang dah bosan kembali. Mampu layan ERA.FM jea sekarang sementara mencari cerita yang best. Any suggestion? Kalau Real Steel tak payah laa. Aku tak jumpe link donlod lagi. Yang ade pon gambar tak lawa, xsyok nak layan kan?

Oke, aku tak solat isyak lagi. Aku pergi dulu.

Baibai~~

nota KAM: Membe aku suh donlod konsert 2PM!! Korang nak gak??

SUKA entri ini?

Wednesday, October 19, 2011

Wordless Wednesday #4


Baibai~~

nota KAM: Kegilaan membida!!

SUKA entri ini?


Banyak Sangat Ke Video Sex Dalam YouTube??

Hai semua. 

Ini entri sentap! Kalau tak nak menyentap bersama-sama, boleh baca sampai sini jea  :)

Aku agak kebengangan laa neh. Bukan apa, aku tak tahu ape motif U aku neh block YouTube punya site. Siyes aku langsung tak paham. Nak kata dalam YouTube tuh ade video lucah, 18sx, sex, ade ke? Banyak ke? Setakat hari neh aku takde lagi jumpa video yang melampau begitu. Kalo ade pun, its about education. So, ape salahnya kalau bukak jea blocking tuh. Banyak ilmu ada dalam tuh taw??

Tapi bila bukak Youtube, akan kuar laa error. Video yang diupload terus dari YouTube, tak kisah laa dalam Facebook ke, blog ke, mesti akan kuar cam kat bawah neh. Bengang giler ase.


Perlu ke semua neh? Melalaikan ke bukak YouTube neh? Eh, tak paham laa... Kalo block camni, kompem ke tak leh bukak? Eh, proxy unblock banyak laa. Tapi masalahnya kalau guna proxy, internet surfing will be slower a bit daripada biasa. Lagipula internet sekarang neh dah memang selow! Kalau bukak proxy, lagi laa selow oke! Eh, haktuih!

Dah la, malas laa nak taip lagi. Bosan dengan blocking-blocking neh. 4shared.com pon boleh diblock sama. Haish, tak paham... Tak paham...

Baibai~~

nota KAM: Adeh!!

SUKA entri ini?

Tuesday, October 18, 2011

Aku Basah...

Hello everyone..

Camne hari korang? Best tak? Hari aku sangat best. Nak tahu? Tengok tajok korang mesti pikir lain kan. Aku tahu tuh. 

Ekceli, hari aku same jea cam hari-hari biasa. Takde ape yang spesel pon. Cuma lebihnya hari neh aku basah. Maksud aku, basah dengan peluh. Sekian lama aku tak pergi beriadah petang-petang, hari neh tergerak hati nak pegi beriadah. Aku main badminton. Tuh pun setelah berhempas pulas rumet aku mengajak. 



Bila lama tak main, rase best lak main. Even agak lambat siket aku pegi, tapi still sempat untuk badan aku basah dengan peluh. Mungkin hari neh permulaan untuk aku start beriadah semula? 

Baibai~~

nota KAM: Peluh sudah kering, Maghrib sudah panjang. So, mandi dulu :)

SUKA entri ini?

Wednesday, October 12, 2011

Cikgu dan Murid Tadika


Hai eberibadi...

Penat? Bosan? Stress? Tak tahu nak buat apa? Apa kata jom layan cite neh. Mane tahu leh hilangkan penat, stress korang tuh.. :)

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan…

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.
Amin : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada.

Baibai~~

nota KAM: budak-budak sekarang dah pandai buli cikgu!!

SUKA entri ini?

Tuesday, October 11, 2011

Persada Survivor Camp Memang Bestlah!


Hello sume readers yang tertunggu-tunggu penulisan aku. Aku da jarang update kan? Sori beb!

Weekend lepas aku ade join satu program under PERSADA UMP. Memandangkan aku anak jati FELDA, aku join laa kan. Kang orang kata murtad lak, anak FELDA tapi tak nak join. 

PERSADA SURVIVOR CAMP neh kitorang buat kat Tanjung Resang, Mersing, Johor. Sepanjang program banyak gak laa aktiviti yang dibuat. Memang betul-betul survive lah. Dah name pon Survivor Camp kan? Ape laa bangang korang neh. Ehh??

Kitorang kat sane 3 ari, bermula ari jumaat. Malam tuh ade Night Walk. Punye laa cite kebaboom kan, tapi xde ape pon sangat. Alhamdulillah bulan terang, dan perjalanan masuk hutan tak jauh. Hahaha, kantoi takot kan. Takde laa takot, seram siket jea dengar cite yang kebaboom giler tuh. Korang pon mesti seram gak, jangan nak tipu laa. Ceh!

Pemandangan dari puncak Gunung Arong

Hari kedua banyak aktiviti, bermula dengan mendaki Gunung Arung, then cari harta karun yang tak berapa karun sangat tapi mengenyangkan, lepas tuh suppose berkepah tapi kene denda berendam dalam air laut setengah jam dan malamnya macam biasa laa kan, malam mencari bintang gitew. Tapi bintang aku tak bersinar sangat, sebab bulan terlalu terang. Hehehe..

Esoknya takde aktiviti sangat sebab sume dah penat daki Gunung Arong. Kitorang buat BBQ siket untuk makan tengahari.

Group 2 - Aza, Awang, Hajar, Amin, Abang Long

Yang atas tuh tak penting sangat. Apa yang aku nak cite, banyak pengalaman yang aku dapat. Sebelum neh makan nasik cukup rempah ratus, lauk ayam tak nak kalah kan, tapi bile da pegi sane, nasik masin jugak yang masok dalam perut. Sebab apa? Masak pakai air laut, memang laa masin. Ade laa rase pasir-pasir siket. Tapi grup aku bertuah siket sebab penghulu dan penghuluwati ahli grup kitorang. So, kitorang dapat sardin 2 tin. Grup lain makan nasi ngan telur jea sbijik :)

Pengalaman masak nasik dalam hujan, bukan maen tahan air hujan taknak bagi padam api, last-last padam gak. Tapi oke laa nasik sempat masak, even tak masak penuh. Yang aku takleh tahan, aku kene jadi dugong. Suppose duyung, tapi sebab laki kan tukar laa jadi dugong. Comel :) Lagi takleh tahan kene buat gaya menggoda. Adeh! Akhirnya, fasi tergoda dan bagi grup kitorang perencah nasi goreng. Makan sedap kitorang malam tuh.

kredit to DAYAH CHAN

So, sape-sape yang ade teringin nak buat Survivor Camp, leh laa buat kat sini. Sumber air hanya air laut. Takde air paya kat sini. Memang kena makan nasik masin :)

Baibai~~

nota KAM: sakit kaki daki gunung tak ilang lagi :(

SUKA entri ini?

Saturday, September 24, 2011

Mencari Pelakon Tambahan? Sini Ada...

Hello eberibadi....

Korang watpe weekend neh? Takde wat pape? Haa, bace cerite aku neh k.. Hoho

Memandangkan bukak sem baru beberapa hari lepas raya kan, so majlis jamuan raya tuh dah menjadi agenda permulaan makan free kat U. Aku sangat suka makan free, sebab boleh makan banyak-banyak. Tapi badan tetap maintain gitew. Tak penah nak naik. Adeh!

And last wednesday fakulti aku ade laa wat jamuan raya. Yang handle tuh budak-budak kelas aku jugak. Dorang neh sengal gak, mewajibkan persembahan bagi setiap batch, walhal dorang nak handle program lagi, nak buat short video lagi. Adeh, wat penat sendiri jea.

Plan cam tahun lepas punye persembahan. Malu nak berlakon spontan laa konon, nak buat video. Last-last rakaman lakonan dimulakan pukul 1.00 pagi hari kejadian sehingga pukul 5.00 pagi. So, kualiti agak bad laa gak since dorang sume dah penat sebab kene pergi hias dewan malam tuh. Nak sangat kan? Haha. Dorang yang penat, aku tak...

So, aku malas nak cite banyak. Tengok laa video yang dorang rakam sambil mengantok + penat gile babeng neh. Layan jap~~


Oke tak? Jangan komen pedas-pedas.. Hahaha.

Baibai~~

nota KAM: Ade sesapa minat online shopping tak? Neenafida BlogShoppe ade jual aksesori dan pakaian untuk wanita. Untuk lelaki, nanti aku suh dorang buat gak k. Lets check it out!! Banyak yang bes + cantik!!

SUKA entri ini?

Friday, September 23, 2011

Bermulanya Semester Baru

Hello sume. Rindu aku tak? Eh2, jap. Ingat aku lagi tak neh? Haa, aku baru sebulan tak update, da tak ingat. Tak bes ah gitu. Huhu~~

Oke, ekceli semester aku dah 2 minggu stat pon. Saje aku malas nak update lagi. Tambah-tambah pulak sekarang dashboard da layout baru kan? So, lagi laa malas. Nak kena explore dulu ape mane button post, create bagai tuh kan. Hahaha. Alasan!!

Pengakuan. Ini betul! Dalam 2 minggu neh aku sebok dengan register subjek. Sebab sem neh merupakan pertama kali U aku neh buat open registration, so, the way of register subject agak kelam kabut laa. Tak biasa lagi kan. Macam kene kejutan budaya gitew.

So, registration subjek aku da setel. Da cukup jam kredit yang patot aku amik untuk sem neh. And this is my schedule~~


Cuma aku terlepas register tuk subjek Softskill 2. Kebanyakan member aku amik kot. Memang tak bez, sebab nanti kalo aku amik sem depan, takde orang nak tolong sainkan attendance aku kalo ponteng. Gile keji kan? Hahaha...

And fyi, aku amek Spanish 4 my 3rd language. Mane taw aku leh jumpa Torres ke, leh laa aku borak-borak cam kenal lame gitew. Gile tinggi cita-cita kan? Hahaha

Gracias~~

Baibai~~

nota KAM: kelas ptg sangat membosankan :'(

SUKA entri ini?

Wednesday, August 17, 2011

Wordless Wednesday #3



Baibai~~

nota KAM: Ada yang terasa tak?

SUKA entri ini?

Tuesday, August 16, 2011

Anda Fikir Anda Terer? Jawab Neh!

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah, hari neh dah masuk hari ke-16 kita berpuasa. Kepada yang masih lagi penuh puasanya, tahniah. Kepada yang sudah berlubang, kene ingat supaya ganti semula yea :)

Oke, korang dah sahur ka belom neh? Hari neh aku sahur awal giler. Tak caye? Kul 4 pagi aku dah abes sahur. Aku sahur dengan buger GCB ari neh. Membe aku baik hati nak belanja. Terima kasih untuk beliau. Kenyang perut aku. Asalnya bukan nak buat sahur pun, tapi disebabkan beliau yang balik lambat, so aku pun wat sahur laa kan.

Kepada yang dah abes sahur tuh, yang nak regang-regangkan urat, nak relax-relaxkan otak sementara tunggu Subuh kan, (awal giler nak tunggu Subuh =.=) ataupun yang baru bangon nak sahur, yang malas nak tolong mak menghidang tuh, boleh laa jawab soalan teka teki tekuk neh dulu yea. Ada bran? Yakin ke boleh jawab??


Haa, korang nampak kuda belang kat atas neh? Dah besar gedabak aku bagi. Kalo korang memang dilahirkan bijak pandai, ataupun buat-buat bijak kan, kuda belang berbelang hitam putih kah atau putih hitam? Tak susah pun kan soalan neh. Jawapan aku dah bagi. Tinggal korang pilih jea. 

So, selamat menguji minda :)

Baibai~~

nota KAM: Bila dah Subuh kejut aku yea :)

SUKA entri ini?

Saturday, August 13, 2011

Boleh Ke Camtuh?

Assalamualaikum...


Yeah, untuk hari neh dah dua entri. Aku rajin update hari neh. Tahniah untuk aku. Haha. Gila syok sendiri kan? Alaa, biar laa aku kan.

Haa, kali neh aku nak mempersoalkan satu kemusykilan. Al-kisahnya tadi petang aku pergi laa kat Giant. Berbuka puasa kat KFC. Selera berbuka tinggi kan? Tapi bukan aku laa. Aku juz beli nasi kat bazar, teman membe buka sana. Leh dapat ayam KFC free. Hehe.


Da siap berbuka, pegi laa solat Maghrib jap kat surau. Masuk-masuk jea tengok dah ade dua imam sedang bersolat. Tambah lagi sorang yang baru nak angkat takbir. Agak pelik laa sebab setahu aku, tak boleh kan kalo ade dua imam dalam satu surau. Ke aku salah? Kalo aku salah, tolong betulkan. Aku tak nak nanti kata membawa ajaran sesat. Mintak jauh.

Sudahnya, aku solat sendiri-sendiri laa. Daripada aku tak yakin, baik aku buat sendiri. Kalo ade sape-sape yang lebih berpengetahuan, mintak share lah ilmu siket yea :)

Baibai~~

nota KAM: ABC tadi tak sedap!

SUKA entri ini?

Rutin Lepas Sahur

Hello guys. Err, assalamualaikum :)

Hai, puasa dah masuk hari ke-13 kan? Aku takde pon wat entri pasal puasa kan? Apatah lagi nak wish kat korang sume. Haiyya, apa macam ini maa? Alaa, bukan penting pon kan. Wish ke tak, puasa still go on. Ye dak? So, sape masih cukup puasa 13 hari? Jangan nak tipu!!!


Oke, korang puasa tuh bangun tak sahur? Rugi laa kalo korang tak bangon waktu sahur neh. Banyak kelebihan sahur kan? Aku malas nak cakap lagi sebab most of us taw kan kelebihan sahur tuh. Tak banyak pon, siket jadi laa.

Aku? Alhamdulillah laa sampai ke hari neh masih lagi cukup 13 kali aku sahur. Walaupun aku bangun sahur juz air milo cicah biskut kering, tak kesah laa kan. Janji itu sunnah. Asalkan aku bangon. Tak gitu kan? So, kalo dah bangon sahur, lepas sahur watpe lak?

Lepas sahur, ade laa 2,3 benda yang aku wat. Yang pasti tido sebab tido itu mesti. Kan? Disebabkan aku dilahirkan sebagai budak baik, (ayat nak makan penumbuk tak?) so aku tunggu subuh laa dulu kan. Lepas subuh baru laa boleh nak tido ke hape kan. Tapi sebelom tuh aku layan laa movie dulu. Mase tengok movie laa mata aku akan slow-slow kuyu. Lepas tuh mula laa aku masuk skali lam movie tuh.

Dan aku neh jenis bukan leh tido sepanjang-panjang waktu bile siang-siang neh. Paling lame pon 3 jam jea aku tido. Lepas tuh terbukak laa mata neh seluas-luas alam. Apa lagi, sambung laa movie yang tergendala tadi. Rutin camnih dah jadi benda biasa kan bulan-bulan pose neh. Alah, jangan nak tipu laa. Korang pon sama jea kan? Lain laa kalo korang kerja. Tapi, weekend korang pon camni gak. Aku berani bet laa. Nak buat ape lagi, makan dah takleh kan?

Adakala tido itu lebih baik daripada korang keluar melepak, pastu dok mengumpat laa, mengusha benda yang xpatut laa. Sekurang-kurangnya bile korang tido, mata korang terpelihara kan? Kan? KAN??

Baibai~~

nota KAM: Sape nak belanja aku bukak pose? Pahala lebih neh. Hehe~~

SUKA entri ini?

Monday, August 8, 2011

Jimmy vs Suhaila: Sape Akan Menang?

Helo my readers..

Lame korang merindui aku kan? Aku taw dan aku sangat-sangat terharu sehingga menitiskan air hidung! Nanti korang kena terus merindui aku untuk membaca tulisan-tulisan aku, boleh? Bile air hidung aku menitis, baru aku menulis. Gile pemalas kan? =.=

Hari neh aku tak leh nak tido lagi laa. Sampai sekarang mata aku masih lagi luas terbentang neh haa. Tak reti-reti nak berehat sekejap ke. Penat dah aku cuba merehatkan beliau, tapi degil tahap gaban. Adeh! Sebab tuh laa aku rajin nak menulis neh.


Terus ke tajuk. Kisah cinta kawen Jimmy Shanley dengan Suhaila tak pernah nak habes laa aku rase. Camne nak habes kan kalo dah masing-masing dok berbalas kata gunakan medium akhbar. Orang akhbar memang suka laa sebab ade cerita untuk dorang tulis. Tapi tang yang membaca, rasenye dah muak sebab asik-asik cite kisah yang tak pernah nak habes.

Kalo selesai cara baik kan bagus. Duduk semeja, bincang. tak payah nak buat kenyataan yang tah hape-hape. Bile yang neh buat kenyataan, yang tuh pun nak buat kenyataan gak, defend diri laa konon kan. Eh, itu mesti! Nanti perniagaan tah ke mana, pengacaraan tah ke mana. Sape yang sanggup hilang keje woii!!

Bagi aku, daripada dok membalas kenyataan camtuh, bek setelkan dalam kelambu baik-baik. Sebelum orang menyampah dengan kenyataan-kenyataan korang, buatlah sesuatu demi perniagaan ko, pengacaraan ko, anak ko, famili ko. Ye dak?

Baibai~~

nota KAM: Selamat Bersahur!!

SUKA entri ini?

Tuesday, July 26, 2011

Manusia itu unik. Ade kene mengena tak?

Hello sume..

Entry ketiga for this month. Gile malas aku update kan? Hahaha. Yes, aku ngaku aku memang malas nak update belog sekarang neh. Cam mood nak bercerita melayang-layang, tak sempat aku nak tangkap. Bile aku nak dapat, lagi tinggi dye melayang Ceit~~

Kali neh aku nak cerita pasal perangai manusia siket. Kadang-kadang agak melampau kan sesetengah sifat manusia yang jenis suka menghasut neh. Aku pun tak paham laa kenapa dan mengapa perlunya menghasut orang lain untuk sama-sama join a part of masalah kita sendiri. Nak lagi paham ape yang aku cuba sampaikan, sila scroll ke bawah.

* sebarang nama dan gambar terpaksa dihitamkan atas sebab-sebab keselamatan. boleh?

Oke, sekarang korang dah faham kan? So, kenapa mesti ko heret orang lain sama sedangkan masalah tu melibatkan ko dengan dye saje? Kalo aq jadi membe dye, lame dah aku basuh dye tuh. Wadefak ko yang punye masalah dengan orang tuh nak suh kitorang block friend jugak? Nak gunakan atas nama B.F.F pon agak-agak laa. Kalo dah orang yang xde masalah ngan dye tuh, tak perlu laa nak block bagai tuh. Macam package lak aku rase.

So, nanti kalo salah sorang dari korang yang kawin, kene share laa laki tuh? Kita kan cam adik beradik dah kan? So, musuh ko musuh aku, laki ko laki aku gak laa kan? Kalo aku jadi suami salah sorang dari dorang, aku pun nak. Kawin sorang, tapi dapat sampai 5,6 orang. Gile best kan? Seminggu rehat hari ahad jek. Syiookk woo...

Renung-renungkan dan selamat berfikir!!

Baibai~~

nota KAM: klik churp-churp aku weii.. hahaha~~

SUKA entri ini?

Friday, July 15, 2011

Sape Yang Hebat Sangat Tuh??

Hello sume.

Korang rase korang neh hebat sangat ke? Betul ke korang neh hebat? Tersangat hebatkah korang neh sebenarnya? Dah betul-betul hebat ke korang neh? Hebat sangatlah tanya soalan same banyak-banyak kali? Oke, yang last tuh untuk aku. Sori =.=

Kalo betol korang hebat, mari sini aku nak test kehebatan korang setakat mana. Ada bran?? Cepat sahut!! Tak banyak pon soalan aku nak tanye neh. Lima soalan jea. Kacang jea kan? Tapi, ada syaratnya. Korang kene jawab dengan pantas. Sepantas yang boleh. Tak de masa tambahan. Kalo nak jugak, buat soalan sendiri. Bereh? Sedia? Oke, mula dari sekarang. Teeeeettt.

Soalan pertama:
Korang menyertai satu perlumbaan. Dengan susah payah serta tenaga yang hujung-hujung tanduk dah, korang mengejar dan berjaya memotong orang yang kedua. Sekarang korang ditempat yang ke berapa?









Jawapan: Jika jawapan korang tempat yang pertama, sudah tentu jawapan korang itu 100% salah! Cuba korang pikir sekejap, kalo korang memotong orang kedua sudah tentu korang mengambil tempatnya bukan? Jadi, korang berada di tempat kedua!

Cuba jangan lihat atas semula untuk soalan seterusnya. Ini AMARAN!! Sekarang jawab soalan kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama OK?







Soalan kedua:
Jika korang memotong tempat orang yang terakhir, jadi korang di tempat...? (lihat bawah)









Jawapan: Jika korang jawab tempat kedua terakhir, korang salah lagi.. Yiehaa. Siapakah yang terakhir? Bagaimana korang boleh memotong orang yang terakhir? Ce jawab... Ce jawab...



Adakah korang pantas dan cerdik? Tidak begitu rupanya? Jangan risau, masih ada tiga soalan lagi. Oke, ke soalan ketiga.





Soalan ketiga:
Soalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan tanpa menggunakan alat bantuan. Jangan guna kertas dan pensil atau mesin kira-kira. Gunakan akal korang sahaja! Cuba lah...

Ambil 1000 dan campur 40. Sekarang campur lagi 1000. Campur lagi 30. Campur lagi 1000. Campur lagi 20. Campur lagi 1000. Campur lagi 10. Berapakah jumlah semua?

Lihat bawah untuk jawapan.



Adakah jawapan korang 5000?



Jawapan sebenar adalah 4100.

Tak percaya? Amik kalkulator korang sekarang. Cuba kira semula guna kalkulator korang tuh! Mungkin ini bukan hari korang kan? Mungkin korang boleh jawab soalan yang seterusnya ini dengan betul. Siapa tahu. Let's try!







Soalan keempat:
Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?





Adakah jawapan korang Nunu? Salah! Salah! Salah!

Namanya Mary. Baca semula soalan!







Okay, ini soalan terakhir. Pastikan betul yea :)



Soalan kelima:
Sorang bisu pergi ke mini market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan menggayakan lakonan memberus gigi, dia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan dia berjaya membeli berus gigi itu. 

Seterusnya, seorang buta pergi ke mini market untuk membeli cermin mata hitam. Bagaimana dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya?






Jawapan: Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati.




Sangat mudah kan? Korang boleh kongsi berapa soalan yang korang dapat jawab dengan betul kat ruangan komen. AWAS!! jangan tipu, berdosa! Hehehe~

Baibai~~

nota KAM: masih terasa hebat??

SUKA entri ini?

Sunday, July 10, 2011

Final Oh Final

Hello guys..

Lame kan aku tak menyinggah kat sini untuk tatapan korang? Kalau nak ikotkan banyak cite yang boleh aku share ngan korang, tapi entah laa. Mood nak menaip tuh malas buat seketika waktu. Sori laa derr.. Huhuhu~~

Dalam ramai-ramai blogger dok update pasal BERSIH 2.0 tuh kan, aku lebih suka tumpukan perhatian korang kat final aku yang tinggal 2 hari saje lagi. Yess, tak lama lagi kan 2 hari tuh. Tapi satu apa pun aku tak baca lagi. Err, ape pentingnya final aku buat korang? Aku saje jea nak larikan tumpuan korang sebentar kat BERSIH 2.0 tuh. Boring gak kan asik-asik baca yang tuh jea. Tol dak?

Sekarang neh aku lebih banyak habiskan masa tengok cite Harry Potter. Sebabnya? Hari rabu neh aku nak pegi tengok wayang ngan member2 aku, cam tak best gak kan kalo tengok last dah. Nanti tak tahu jalan cite. Buat aku ngantok jek lam panggung nanti. Tak gitu kan? Hoho~~

Aku pun tak nak cite panjang, sebab aku nak sambung Harry Potter aku neh. Aku stop sini dulu neh. Beres.

Baibai~~

nota KAM: sempat ke habiskan Harry Potter before Rabu neh erk?

SUKA entri ini?

Tuesday, June 28, 2011

Israk dan Mikraj

Assalamualaikum sahabat semua.

Ramai yang tidak sedar esok merupakan 27 Rejab 1432 H. Tak caye? Ce tanye sedara-sedara yang ada kat sebelah tuh. Cakap orang, aku pun tak sedar jugak. Ada apa ngan 27 Rejab yea? Israk Mikraj. Tahu? Alaa, yang perjalanan Nabi Muhammad S.A.W bertemu dengan Yang Maha Pencipta sehingga solat 5 waktu difardhukan. Dah tahu? Tak tahu jugak? Boleh baca rentetan peristiwa Israk Mikraj kat sini oke.

Bukan kat situ laa, sini neh :)


Oke, sempena Israk dan Mikraj neh, mari laa same-same kita berpuasa. Semoga kita same-same mendapat keberkatan dari Allah S.W.T. Aku nak cakap panjang-panjang pon, ilmu agama aku tak seberapa laa sangat. So, sampai sini laa dulu yea. 

Baibai~~

nota KAM: sape yang nak berbuka dengan aku esok?

SUKA entri ini?

Monday, June 27, 2011

Kesian! Camne Laa Leh Masuk

Hello sume. Assalamualaikum :)

Entri kali neh aku nak share video siket neh. Aku pon tak taw nak gelak ke, nak sedeh ke, nak guling-guling ke, tapi cam kelakar laa jugak kan. Camne laa dye tuh bleh sumbat kepala dye kat celah-celah lubang kayu kerusi tuh. Masuk boleh pulak, tapi kluarnye tak boleh-boleh. Budak neh baru darjah satu.

So, enjoy da video :)


Kredit video sini.

Baibai~~

nota KAM: penat tol kije 7 hari seminggu!!

SUKA entri ini?

Friday, June 24, 2011

Contez “Saya kenal sangat si Hakim tu”

Hello guys..

Lame giler aku tak update kan. Sori laa derr, aku bizi ngan keje + malas-malas banyak sekarang neh. Hahaha. So, sekarang neh aku update bile perlu jek. Aku lebih suka jadi pembace jea. Kalo ade contest yang menarek cam yang aku nak buat neh, aku akan buat entri laa. Hehehe~~


Haa, kontest dak perasan kot. Neh nak suh orang puji ke kutuk?? Hahaha. Memandangkan aku seorang yang baik kan, aku akan kutuk abes-abesan. Aku tak suke menipu, sebab tu aku baik. Hahaha. Korang caye?? Bagos sangat-sangat. Teruskan kepercayaan korang, jangan tersesat lak nati. Aku tak nak campor. Ehehehe~~

Oke, melalut panjang tapi ape pon pasal kaw tak kuar lagi kan Hakim. Sian ko. Hahaha. Aku stat merapu neh. Nak mengampu siket. Keh3. Ekceli aku bukan kenal pon mamat neh. Aku terbukak belog dye pon sebab dye terjah aku dulu. Once aku bukak, terjatuh hati lak. Tapi bukan kat dye laa, kat dye punye tulisan tuh. Kalo dye neh gurl, boleh laa jugak nak terjatuh hati kat dye. Kira package, boleh?? Hehe~~

Lepas jek aku bace entri dye, aku terus folow sebab yang neh aku takkan miss bace kalo aku online laa kan. Tapi sempoi punye ayat perasan kat dye punye pasal dirinye tuh. Memang sahih kuat perasan, dan cara penulisan dye neh aku leh agak seorang yang periang dan mudah bergaul laa.

Aik, tadi kate nak kutuk kan? Neh da macam mengampu jek. Opps, neh aku taip laju-laju, means iklas lahir dari lubuk hati aku yang nun dalam sane. Kalo si Hakim tuh terampu, aku tak taw. Hahaha. Tapi part gambar profile xley blah kan, nak amik gambar side jek. Biasanya orang amik gambar camtuh bajet ensem. Kah3~~

Oke, dah dye suh tag 2 orang lak. Aku tag kaw dan kaw laa weii. Nanti kaw dan kaw join gak laa kalo berminat. Korang yang bace pon leh join gak. Kalo nak join, scroll kat atas part gambar dye tadi tuh. Haa, klik laa gambar tuh. Tapi aku taw korang malas nak scroll kan? Klik jea laa sini. Memang pemalas laa korang neh!! Hahaha~~

Yang neh simple jek aku bagi, aku patot menang kalo ko rase aku patot menang! Paham? Oyeahh~~

Baibai~~

nota KAM: Opps, pic aku pon side gak? Adoiyai =.=

SUKA entri ini?

Friday, June 17, 2011

Cinta Itu Buta

Armada - Cinta Itu Buta

Salahkah bila aku mencintaimu
Dan berharap engkau kan jadi milikku
Walau banyak yang bilang kau tak pantas untukku

Sayang ku mohon jangan tolak cintaku
Jiwa ragaku ini hanya untukkmu
Aku rela berkorban demi cintamu itu
Biarlah orang berkata apa
Manusia tiada yang sempurna
Kuterima kau apa adanya
Yang penting aku bahagia
 

Ya, seringkali dengar ungkapan neh kan? Ekceli, banyak ungkapan yang menggambarkan erti CINTA itu, tapi ungkapan neh paling glamer aku rase. Kan? CINTA ITU BUTA! Kenapa mesti CINTA ITU BUTA? Sebabnya orang tak nampak kesucian cinta yang sebenar. Bila tak nampak sucinya sesebuah cinta tu, memang sah laa buta kan. Kat sini aku nak share siket pasal orang yang bercinta tapi tak taw nak menilaikan sesebuah cinta itu.

1. CINTA ITU BUTA bila korang-korang yang hangat bercinta tuh dikaburi oleh perangai baik awek/balak korang. Yea laa, tengah hangat kan, kentut dia pon korang kata wangi. Bak kata sume dari dia elok jea, xde cacat siket pon kan. Tapi, bila hati korang tuh dah terluka, mula laa rasa nak bagi kaki jek kat muka dia kan?

2. CINTA ITU BUTA bila segala harta kekayaan yang korang ada sekarang neh dikongsi bersama. Tapi, bile dah jatuh papa kedana sampai sesen pon takde lam poket tuh, mula laa U bawak diri U, I bawak diri I. Merana laa ko sorang-sorang. Padan muka!

3. CINTA ITU BUTA bila jiwa dan raga korang tuh lagi murah dari cikedis. Haa, mase tuh berani laa wat benda bukan-bukan yang boleh jatuhkan maruah diri dan keluarga. Bila mahkota diri tuh sanggup bagi free jek, lepas tuh pegi laa tengok dalam longkang mana-mana, ade jek bayi yang tak berdosa. Nauzubillah.

4. CINTA ITU BUTA bila sanggup lari sampai Lombok bagai semata-mata mengejar cinta sejati, kononnye laa kan. Dah tuh sampai lupa asal usul, orang yang susah payah nak besarkan dia sampai besar gedabak cenggitu. Last-last bila dah sedar tuh sume jiwa remaja yang memberontak dengan mainan cinta, mula laa sebok nak cari sedara-mara bagai. Baru nak ingat.

5. CINTA ITU BUTA bila agama dah jatuh nombor dua dah. Baru pasangan nak bukak mulut siket, dah percaya apa dia nak cakap. PenciptaNYA pun sanggup tolak tepi. Tapi, bila dah datang bala baru terbukak luas-luas mata tuh. Bersegera laa bertobat sementara pintunya masih terbuka.

Baibai~~

nota KAM: Hari neh banyak aku dapat sakit + malu. Adeh!!

SUKA entri ini?

Wednesday, June 15, 2011

Wordless Wednesday #2


SUKA entri ini?

Tuesday, June 14, 2011

Selamat Pengantin Baru NME ♥ ZZ

Salam buat semua. 

Ari neh aku da ade mood nak cerita siket pasal aku balik ari tuh. Tapi entri neh aku combine yang ari tuh dan ari-ari sebelomnya yang same maksud dan tujuan. Saje aku nak gabungkan skali sebab senang. Nanti korang kata asyik-asyik cite same jea kan? So, dari mengelakkan perkara tersebut berlaku, aku buat sume pasal tuh dalam satu entri. Awas!! Entri neh banyak gambar. Amaran awal. Hahaha~~





Neh gambar semasa majlis akad nikah. Majlis neh buat pada malam hari 27.05.2011. Sebab buat malam? Rumah perempuan agak jauh dari tempat persinggahan kami. So, supaya tak menjadi kelam kabut pada keesokan harinya, buat laa malam tuh. Juz sekali lafaz saje dah sah jadi laki bini. Tahniah :)









Esoknye, 28.05.2011 merupakan majlis persandingan. Bertemakan kaler pink + kelabu, selamat laa mereka bersanding. Tapi aku pakai baju merah pada hari kejadian. Sebelom aku terlajak, rumah pengantin perempuan kat Felda Pasoh 4. 






Dua minggu selepas majlis sanding tadi, buat majlis kesyukuran menyambut menantu lak kat rumah pengantin lelaki. Rumah beliau kat Felda Chiku 2. Kelapa sawit bertemu kelapa sawit. Oke, itu takdir. Serba kebiruan yea. Tapi aku pakai baju melayu kaler coklat. Hahaha. Motif sangat nak bagitaw jugak baju aku kan? Ikot suka laa~~


Dan aku bersama handycam pak sedara aku merakam detik pada malam akad nikah dan majlis kesyukuran saje. Sempoi giler. Tapi lenguh giler tangan aku!!

Itu saje untuk kali neh. Selamat Pengantin Baru kepada kedua-dua mempelai. Semoga kekal bahagia selamanya bersama keturunan yang bakal lahir kemudian hari.

Baibai~~

nota KAM: Tak sempat nak shopping hadiah. Nak bagi ape ekk?

SUKA entri ini?