Followers

Tuesday, June 28, 2011

Israk dan Mikraj

Assalamualaikum sahabat semua.

Ramai yang tidak sedar esok merupakan 27 Rejab 1432 H. Tak caye? Ce tanye sedara-sedara yang ada kat sebelah tuh. Cakap orang, aku pun tak sedar jugak. Ada apa ngan 27 Rejab yea? Israk Mikraj. Tahu? Alaa, yang perjalanan Nabi Muhammad S.A.W bertemu dengan Yang Maha Pencipta sehingga solat 5 waktu difardhukan. Dah tahu? Tak tahu jugak? Boleh baca rentetan peristiwa Israk Mikraj kat sini oke.

Bukan kat situ laa, sini neh :)


Oke, sempena Israk dan Mikraj neh, mari laa same-same kita berpuasa. Semoga kita same-same mendapat keberkatan dari Allah S.W.T. Aku nak cakap panjang-panjang pon, ilmu agama aku tak seberapa laa sangat. So, sampai sini laa dulu yea. 

Baibai~~

nota KAM: sape yang nak berbuka dengan aku esok?

SUKA entri ini?

Monday, June 27, 2011

Kesian! Camne Laa Leh Masuk

Hello sume. Assalamualaikum :)

Entri kali neh aku nak share video siket neh. Aku pon tak taw nak gelak ke, nak sedeh ke, nak guling-guling ke, tapi cam kelakar laa jugak kan. Camne laa dye tuh bleh sumbat kepala dye kat celah-celah lubang kayu kerusi tuh. Masuk boleh pulak, tapi kluarnye tak boleh-boleh. Budak neh baru darjah satu.

So, enjoy da video :)


Kredit video sini.

Baibai~~

nota KAM: penat tol kije 7 hari seminggu!!

SUKA entri ini?

Friday, June 24, 2011

Contez “Saya kenal sangat si Hakim tu”

Hello guys..

Lame giler aku tak update kan. Sori laa derr, aku bizi ngan keje + malas-malas banyak sekarang neh. Hahaha. So, sekarang neh aku update bile perlu jek. Aku lebih suka jadi pembace jea. Kalo ade contest yang menarek cam yang aku nak buat neh, aku akan buat entri laa. Hehehe~~


Haa, kontest dak perasan kot. Neh nak suh orang puji ke kutuk?? Hahaha. Memandangkan aku seorang yang baik kan, aku akan kutuk abes-abesan. Aku tak suke menipu, sebab tu aku baik. Hahaha. Korang caye?? Bagos sangat-sangat. Teruskan kepercayaan korang, jangan tersesat lak nati. Aku tak nak campor. Ehehehe~~

Oke, melalut panjang tapi ape pon pasal kaw tak kuar lagi kan Hakim. Sian ko. Hahaha. Aku stat merapu neh. Nak mengampu siket. Keh3. Ekceli aku bukan kenal pon mamat neh. Aku terbukak belog dye pon sebab dye terjah aku dulu. Once aku bukak, terjatuh hati lak. Tapi bukan kat dye laa, kat dye punye tulisan tuh. Kalo dye neh gurl, boleh laa jugak nak terjatuh hati kat dye. Kira package, boleh?? Hehe~~

Lepas jek aku bace entri dye, aku terus folow sebab yang neh aku takkan miss bace kalo aku online laa kan. Tapi sempoi punye ayat perasan kat dye punye pasal dirinye tuh. Memang sahih kuat perasan, dan cara penulisan dye neh aku leh agak seorang yang periang dan mudah bergaul laa.

Aik, tadi kate nak kutuk kan? Neh da macam mengampu jek. Opps, neh aku taip laju-laju, means iklas lahir dari lubuk hati aku yang nun dalam sane. Kalo si Hakim tuh terampu, aku tak taw. Hahaha. Tapi part gambar profile xley blah kan, nak amik gambar side jek. Biasanya orang amik gambar camtuh bajet ensem. Kah3~~

Oke, dah dye suh tag 2 orang lak. Aku tag kaw dan kaw laa weii. Nanti kaw dan kaw join gak laa kalo berminat. Korang yang bace pon leh join gak. Kalo nak join, scroll kat atas part gambar dye tadi tuh. Haa, klik laa gambar tuh. Tapi aku taw korang malas nak scroll kan? Klik jea laa sini. Memang pemalas laa korang neh!! Hahaha~~

Yang neh simple jek aku bagi, aku patot menang kalo ko rase aku patot menang! Paham? Oyeahh~~

Baibai~~

nota KAM: Opps, pic aku pon side gak? Adoiyai =.=

SUKA entri ini?

Friday, June 17, 2011

Cinta Itu Buta

Armada - Cinta Itu Buta

Salahkah bila aku mencintaimu
Dan berharap engkau kan jadi milikku
Walau banyak yang bilang kau tak pantas untukku

Sayang ku mohon jangan tolak cintaku
Jiwa ragaku ini hanya untukkmu
Aku rela berkorban demi cintamu itu
Biarlah orang berkata apa
Manusia tiada yang sempurna
Kuterima kau apa adanya
Yang penting aku bahagia
 

Ya, seringkali dengar ungkapan neh kan? Ekceli, banyak ungkapan yang menggambarkan erti CINTA itu, tapi ungkapan neh paling glamer aku rase. Kan? CINTA ITU BUTA! Kenapa mesti CINTA ITU BUTA? Sebabnya orang tak nampak kesucian cinta yang sebenar. Bila tak nampak sucinya sesebuah cinta tu, memang sah laa buta kan. Kat sini aku nak share siket pasal orang yang bercinta tapi tak taw nak menilaikan sesebuah cinta itu.

1. CINTA ITU BUTA bila korang-korang yang hangat bercinta tuh dikaburi oleh perangai baik awek/balak korang. Yea laa, tengah hangat kan, kentut dia pon korang kata wangi. Bak kata sume dari dia elok jea, xde cacat siket pon kan. Tapi, bila hati korang tuh dah terluka, mula laa rasa nak bagi kaki jek kat muka dia kan?

2. CINTA ITU BUTA bila segala harta kekayaan yang korang ada sekarang neh dikongsi bersama. Tapi, bile dah jatuh papa kedana sampai sesen pon takde lam poket tuh, mula laa U bawak diri U, I bawak diri I. Merana laa ko sorang-sorang. Padan muka!

3. CINTA ITU BUTA bila jiwa dan raga korang tuh lagi murah dari cikedis. Haa, mase tuh berani laa wat benda bukan-bukan yang boleh jatuhkan maruah diri dan keluarga. Bila mahkota diri tuh sanggup bagi free jek, lepas tuh pegi laa tengok dalam longkang mana-mana, ade jek bayi yang tak berdosa. Nauzubillah.

4. CINTA ITU BUTA bila sanggup lari sampai Lombok bagai semata-mata mengejar cinta sejati, kononnye laa kan. Dah tuh sampai lupa asal usul, orang yang susah payah nak besarkan dia sampai besar gedabak cenggitu. Last-last bila dah sedar tuh sume jiwa remaja yang memberontak dengan mainan cinta, mula laa sebok nak cari sedara-mara bagai. Baru nak ingat.

5. CINTA ITU BUTA bila agama dah jatuh nombor dua dah. Baru pasangan nak bukak mulut siket, dah percaya apa dia nak cakap. PenciptaNYA pun sanggup tolak tepi. Tapi, bila dah datang bala baru terbukak luas-luas mata tuh. Bersegera laa bertobat sementara pintunya masih terbuka.

Baibai~~

nota KAM: Hari neh banyak aku dapat sakit + malu. Adeh!!

SUKA entri ini?

Wednesday, June 15, 2011

Wordless Wednesday #2


SUKA entri ini?

Tuesday, June 14, 2011

Selamat Pengantin Baru NME ♥ ZZ

Salam buat semua. 

Ari neh aku da ade mood nak cerita siket pasal aku balik ari tuh. Tapi entri neh aku combine yang ari tuh dan ari-ari sebelomnya yang same maksud dan tujuan. Saje aku nak gabungkan skali sebab senang. Nanti korang kata asyik-asyik cite same jea kan? So, dari mengelakkan perkara tersebut berlaku, aku buat sume pasal tuh dalam satu entri. Awas!! Entri neh banyak gambar. Amaran awal. Hahaha~~





Neh gambar semasa majlis akad nikah. Majlis neh buat pada malam hari 27.05.2011. Sebab buat malam? Rumah perempuan agak jauh dari tempat persinggahan kami. So, supaya tak menjadi kelam kabut pada keesokan harinya, buat laa malam tuh. Juz sekali lafaz saje dah sah jadi laki bini. Tahniah :)









Esoknye, 28.05.2011 merupakan majlis persandingan. Bertemakan kaler pink + kelabu, selamat laa mereka bersanding. Tapi aku pakai baju merah pada hari kejadian. Sebelom aku terlajak, rumah pengantin perempuan kat Felda Pasoh 4. 






Dua minggu selepas majlis sanding tadi, buat majlis kesyukuran menyambut menantu lak kat rumah pengantin lelaki. Rumah beliau kat Felda Chiku 2. Kelapa sawit bertemu kelapa sawit. Oke, itu takdir. Serba kebiruan yea. Tapi aku pakai baju melayu kaler coklat. Hahaha. Motif sangat nak bagitaw jugak baju aku kan? Ikot suka laa~~


Dan aku bersama handycam pak sedara aku merakam detik pada malam akad nikah dan majlis kesyukuran saje. Sempoi giler. Tapi lenguh giler tangan aku!!

Itu saje untuk kali neh. Selamat Pengantin Baru kepada kedua-dua mempelai. Semoga kekal bahagia selamanya bersama keturunan yang bakal lahir kemudian hari.

Baibai~~

nota KAM: Tak sempat nak shopping hadiah. Nak bagi ape ekk?

SUKA entri ini?

Monday, June 13, 2011

I'm Back!!


Pheww!! Balik pon nak buat entri ke? Suka ati aku laa kan, neh kan belog aku. Lain laa kalo neh belog ko nak kecoh-kecoh. Ye dak? Ye laa kan? Hahaha~~

Korang mesti rindu aku kan, lame aku takde neh. Aku taw tuh. Aku terharu giler neh. Nak nangis!! Nak nangis!! Pheww. Hilang macho. Lalalala~~

Oke, aku cerita pasal ketiadaan aku ari tuh dalam entri akan datang yea. Mood nak buat entri tuh takde lagi selepas kekalahan Kelantan lawan Terengganu dalam Piala FA. Bukan salah Daudsu hokayh. Dye nak save bola tuh, tapi nak buat camne kan. Dah takdir musim neh piala tuh sampai ke Terengganu. Tapi tak semestinya musim depan piala tuh sampai tempat sama hokayh. Terengganu, jaga-jaga!!

Baibai~~

nota KAM: Piala FA Kelantan vs Terengganu aku tengok full ari tuh. Tak penah aku buat. Hoho~~

SUKA entri ini?

Wednesday, June 8, 2011

Wordless Wednesday #1


SUKA entri ini?

Balik Jom!!

Another winter day
Has come and gone away
in either Paris or Rome
and I wanna go home
Let me go home

And I'm surrounded by
A million people I
still feel alone
Let me go home
I miss you , you know

Let me go home
I've had my run
baby I'm done
I gotta go home

Let me go home
it'll all be alright
I'll be home tonight
I'm coming back home

Yeahh!! Aku nak balik laa malam neh. Ade kije sket kat rumah. Nati aku update pasal benda tuh k.. Korang tunggu laa. Lame neh nak balik. Tinggal kije aku. Ponteng2!!!

Baibai~~

nota KAM: jangan rindu aku lak keyh!! hahaha~~

SUKA entri ini?

Tuesday, June 7, 2011

Senyum Bermakna


Hello jejaka and hye ladies~~

Jarang dah aku update belog neh kan. Nak wat camne, bizi melampau-lampau. Neh pon aku kene siapkan esemen setebal 10 pages. Kalo bertaip senang jek, copy and paste jea laa kan. Macam korang rajin nak tulis satu-satu. Cehh. Neh lecturer suruh buat handwriting. Kesian jari aku. Demm!!

Oke, neh aku nak cakap pasal senyum. Kalo dulu laa kan, asal jumpe orang mesti senyum. Kenal ke tidak, tuh belakang kira kan. Janji senyum itu sedekah. Tol tak? Jumpa jea sape-sape, mesti nak senyum lah. Kalo jumpe ayam itik pon senyum jea. Meleret-leret senyum tuh. Tapi tuh dulu laa kan. 


Sekarang lak, asal jumpa orang nak kene pikir dulu nak senyum ke tidak. Kalo ade yang bagi senyuman dulu pun, still nak kene pikir nak balas ke tak. Ade tak korang rase camtu? Sekarang neh tak semua yang lempar senyuman tuh ikhlas. Senyum tuh da berbagai-bagai maksud. Kalo maksud baik takpe lah jugak kan. Neh maksud yang menyimpang, mau korang yang kene nanti.

Neh peringatan untuk gadis-gadis laa, kalo ade yang senyum kat korang tuh jangan cepat perasan. Nanti tak pasal-pasal korang yang dapat sakit. Jejaka pon same gak, espeseli yang jambu-jambu macam HAKIM tuh. Hati-hati dengan setiap senyuman. Mungkin anda dalam bahaya?? Hoho~~

Baibai~~

nota KAM: senyum, tak perlu kata apa-apa.....

SUKA entri ini?

Monday, June 6, 2011

Gambar Lucah Dalam Surah Yasin? Wadehel??

 
Kepala Batas - Hampir 100 jemaah Masjid At-Takwa, Taman Bertam Indah di sini yang bersiap memulakan majlis bacaan surah Yasin malam semalam terkejut apabila mendapati 21 naskhah surah berkenaan mengandungi gambar lucah.

Gambar itu dilekatkan sekeping di halaman berlainan 21 naskhah surah berkenaan.

Setiausaha qariah masjid berkenaan, Abdul Rahman Abdullah berkata, gambar lucah dilekatkan dengan kemas.

“Selain ukuran sama besar, gambar itu dilekatkan menggunakan pelekat dua hala.

“Ini menunjukkan pelakunya mempunyai perancangan rapi dari segi masa untuk melekatkannya di dalam naskhah surah berkenaan,” katanya.

Menurutnya, gambar lucah bersaiz 4 sentimeter lebar dan 5 sentimeter panjang setiap satu itu, mempamerkan pelbagai aksi ranjang membabitkan pasangan luar negara, dipercayai dimuat turun dari laman sesawang dari Internet.

“Gambar itu dipercayai dicetak mengikut saiz sebelum di-gunting dan dilekatkan di dalam surah berkenaan.

“Kami tidak tahu motifnya dan kenapa Yasin di masjid ini dijadikan pilihan,” katanya.

Pihaknya telah membuat laporan polis dan kesemua 21 naskhah terbabit diambil polis untuk disiasat.

Imam 1 masjid berkenaan, Ahmad Zawawi Ali berkata, majlis bacaan surah Yasin itu diadakan malam semalam untuk menggantikan kuliah agama dan dihadiri 75 lelaki dan 25 wanita.

“Selesai solat Isyak, naskhah surah Yasin itu diambil dan diedarkan kepada jemaah. Seorang daripada jemaah lelaki menyedarinya dan memberitahu Abdul Rahman.

“Suasana majlis bertukar menjadi riuh apabila lebih ramai jemaah menemui gambar itu di dalam naskhah masing-masing,” katanya.

Gambar lucah itu tidak ditemui di dalam naskhah yang dikhaskan untuk jemaah perempuan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias mengesahkan laporan polis yang dibuat.

“Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan, mendatangkan bencana atau mencemar tempat solat dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan. Sehingga kini belum ada tangkapan.

“Kita ingin menasihati jemaah dan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi sehingga siasatan selesai dijalankan bagi mengelak kejadian tidak diingini,” katanya.

Beliau meminta pentadbir masjid lebih berhati-hati menjaga masjid dan meletakkan pengawal untuk mengelak pencerobohan.
Sumber sini.

Motif letak gambar lucah dalam surah Yasin? Super biadap punya perangai. Memang azab laa hidup. Demmit!! 

Baibai~~

nota KAM: kalah setan punye perangai!!

SUKA entri ini?

Saturday, June 4, 2011

Jangan Kau Pergi

Hello dude and hye babe :)

Tetibe awal pagi gini datang mood nak hupdate belog kan? Tapi tak taw nak hupdate pasal ape. Agak bangang di situ yea. Ciss!


Tapi takpe, aku da taw nak hupdate pasal ape. Haa, jangan kau pergi! Title xleh belah kan? Ekceli aku tengok drama Nora Elena yang dok tengah maen tak abes-abes lagi kat tibitiga tuh. Aku tak tengok kat tibi, aku donlod jek sebab aku ade kat hostel sekarang neh. Aku donlod pon membe aku nak tengok, tapi alang-alang dah donlod kan layan laa skali. Orang kata sedap cite neh. Orang laa kata, aku tak kata apa lagi. Kene tengok sampai abes dulu baru bleh nak kata. Boleh?


Ade satu lagu tuh, Terhenti Disini - Asfan, lagu yang sama dengan cite Asmara kan? Aku perasan sebab baru jea lepas tengok Asmara, sambung ngan Nora Elena terus. Hahaha. Giler boring punya pasal. Tapi aku bukan nak cite pasal tuh, selingan siket jek. Alah, cam tak biasa lak dengan iklan. Kalo tengok drama kat tibi tuh, leh lak tunggu iklan kan. Ceh, panjang lak iklan neh.

Oke, terus ke tajok. Jangan Kau Pergi - Erry Putra featuring Reen Rahim and Shajiry. Aku suka lagu neh. Sedap. Neh pon tengah menaip entri sambil ditemani lagu neh. Jom layan same-same nak? Taknak sudah. Yang nak layan leh play video kat bawah neh. Lirik dah ade skali tuh, so jom laa memekak same-same. Hahaha~~


Baibai~~

nota KAM: mata neh tak ngantuk lak. ciss!!

SUKA entri ini?

Thursday, June 2, 2011

Around The World

Hello sume.

Korang rindu aku lagi tak? Kan 2 ari lepas aku baru buat entri, da rindu lagi ke? Oke, terharu giler2 neh. Lalala~~

Neh 1st entri untuk bulan Jun. Welkam June 2011. Ingat tak aku ada janji ngan korang sume nak cite pasal satu program tuh. Alaa, yang aku ade sebut dalam entri sebelom neh tu. Tak ingat? Hurm, tak ingat rujuk sini k.


Oke, da taw kan. Aku nak cite pasal program Around The World! Neh program under International Office kat tempat aku belajar neh, UMP. Neh pon 1st time aku nak join. Before dis, IO da buat, tapi mase tuh malas lagi nak join. Haha. Aku mengikut membe jek, da dye ajak pegi same kan, ape lagi. Free gak pon.

Kitorang satu grup seramai 4 orang, pilih nak pegi Guinea, Africa. Projek pasal pertanian nenas kat sane. Aku nak cite lebih2 pon tak reti gak, sebab tak pegi pon lagi kan. Tapi melalui yang aku bace dari internet lah, kat sane pertanian nenas dorang sangat bagos. Macam wiki plak kan entri aku kali neh. Hahaha


Korang nak tahu pasal Guinea tuh, korang search jea laa. Malas aku nak cite satu-satu. Tapi jalan nak masuk kat ladang nenas dorang tuh off-road. Sangat mencabar kot. Tak taw laa camne nati neh. Adoiyai~~

Lagi satu, kitorang kene stay sane selama 6 minggu. Agak lame gak tuh. Dah laa nak pegi bulan pose nanti. Hurm, 3 hari nak raya baru balik. Uwaaaaa

Baibai~~

nota KAM: Aku rasa boring lak entri kali neh. Mood aku boring kot. Takpe laa, korang bace jea laa ek =.=

SUKA entri ini?