Followers

Wednesday, October 26, 2011

Wordless Wednesday #5



Baibai~~

nota KAM: 3 test 4 next week.. Wish me luck :)

SUKA entri ini?

Tuesday, October 25, 2011

Percaya atau Tidak?? Kena Percaya...

Hello guys..

Entri kali neh lebih kepada sharing. Sharing kan is caring. Eh, betul ke ayat neh? 


1. SATAY

Jika korang jenis yang suka makan satay, korang jangan lupa makan timun lepas tuh taw. Timun tuh bukan saje-saje dorang bagi. Bukan nak wat hiasan. Bila korang makan satay, sebenarnya korang makan bersama-sama dengan karbon yang terhasil daripada pembakaran satay tuh. Ini akan mendatangkan kesan karsinogen atas korang. Uiks, menatang pe karsinogen tuh? Karsinogen merupakan suatu keadaan yang boleh menyebabkan barah pada kita. Kalau korang nak taw lagi, korang search laa kat wiki. Dan timun merupakan anti-karsinogen. So, bile makan satay bersama-sama dengan timun, sumenya akan kembali jadi neutral :)

2. UDANG

Kalau korang mengambil pil vitamin C, elakkan untuk makan udang selepas tuh. Kenapa? Korang boleh mati keracunan Arsenik. Masa yang diambil tak lama. Dalam beberapa jam jea korang boleh mati. Taw? Tak caye try laa tengok betul ke tak. Kalau betul, kasi aku taw neh :)

3. SHAMPOO

Bahan dalam shampoo boleh menyebabkan barah.  Jika shampoo yang korang guna sekarang ada mengandungi Sodium Laureth Sulfate (SLS), aku suggestkan korang pegi laa tukar sebelum terlambat. Bahan ini boleh menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang. Sekarang mungkin korang tak nampak lagi, sonok lagi pakai shampoo tuh. Bila dah tua nanti, nampak laa kesannya tuh.

Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ni ialah --> VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo & yang terbaru keluaran bodyshop, Nature Forcei. Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi SLS secara tunggal. Korang boleh laa pegi check sekarang!

4. MEE SEGERA

Kalau korang neh student, aku berani bet laa korang akan makan Maggi kan? Ekceli mee segera neh bukan setakat Maggi jea. Kue Teow pon kategori mee segera jugak. Kalau korang makan mee segera ari neh, seeloknya korang amik da next packet tuh at least 3 days after. Sebab kat mee segera tuh ada disalut sejenis wax supaya apabila dimasak, mee segera neh tak melekat antara satu sama lain. Badan manusia boleh cuci wax tuh dalam masa 2 ari. So, untuk elakkan sebarang kejadian, kurangkan makan mee segera. Oh ya, kalau korang nak masak Kue Teow ke, Mee kuning tuh ke, seeloknya basuh dulu sebelum masak :)

5. BAWANG GORENG SEGERA

Lawatan ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, didapati terdapat banyak straw minuman. Straw yang berwarna dan tak berwarna diasingkan. Straw yang tak berwarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya akan melebur lalu menyaluti bawang tersebut.

Sebab tu laa kalau bawang goreng yang dibeli di pasaraya yang terdedah kepada udara tak akan lembik. Tapi kalau yang digoreng sendiri kat rumah, kalau tak guna on dat time gak habis laa. Memang tak ambik masa yang lama, lembik laa kejap lagi.

So, taw-taw laa pe yang korang perlu buat. Pikir-pikir laa bersama. Peace :)

Baibai~~

nota KAM: Yang no 1 ngan 4 jea yang aku tahu. Yang lain baru tahu :)

SUKA entri ini?

Monday, October 24, 2011

Boleh Tahan Jugak Bosan Bila Sorang-sorang Neh Kan?

Macamane nak mula yea. Hurm, bila dah bosan neh otak pon dah malas nak berpikir. Adoii. Oh, lupe greetings :)

Hello guys, sehat korang?

Opps, today is monday kan? So, pehal aku dok sorang-sorang? Neh laa aku nak cite. Today is Pahang punye sultan punye birthday. So, epi besday Tuanku. Semoga tuanku berada di dalam kemasyuran selalu. Dan terima kasih kerana bagi kami cuti. Kalau bukan sebab tuanku, takde laa UMP cuti seminggu, cuti bersambung dengan Deepavali.



Oh, Selamat Hari Deepavali kepada semua kaum Hindu di Malaysia. Mungkin terlalu awal? Atau tak? Ahh, same jea kan? So, bile da cuti, seminggu pulak tuh kan, sape yang taknak balik hometown? Orang cam aku jea tak balik. Sebab? Yea laa, aku bukan kaya sangat nak balik banyak-banyak kali dalam mase sebulan.  Nanti aidiladha nak balik lagi. Lain laa kalau hometown aku sebelah UMP neh jea. Memang aku tak tunggu cuti ahh.

Bila da bosan neh, bukak FB pon tak menarik gak. Twitter lagi laa tak menarik, sebab tak ramai followers lagi. Ahh, bosan bosan bosan.



Dan disebabkan kebosanan, aku telah pon berjaya menghabiskan STANZA CINTA. Wait! Aku bukan mat jiwang sangat, tapi dah cite tue jea yang aku tak tengok lagi yang ade dalam HD aku. Aku donlod pon sebab adik aku yang suruh. Ini betul-betul. Bukan sekadar alasan hokayh! Lantak laa korang nak percaya ke tak =.=

Sekarang dah bosan kembali. Mampu layan ERA.FM jea sekarang sementara mencari cerita yang best. Any suggestion? Kalau Real Steel tak payah laa. Aku tak jumpe link donlod lagi. Yang ade pon gambar tak lawa, xsyok nak layan kan?

Oke, aku tak solat isyak lagi. Aku pergi dulu.

Baibai~~

nota KAM: Membe aku suh donlod konsert 2PM!! Korang nak gak??

SUKA entri ini?

Wednesday, October 19, 2011

Wordless Wednesday #4


Baibai~~

nota KAM: Kegilaan membida!!

SUKA entri ini?


Banyak Sangat Ke Video Sex Dalam YouTube??

Hai semua. 

Ini entri sentap! Kalau tak nak menyentap bersama-sama, boleh baca sampai sini jea  :)

Aku agak kebengangan laa neh. Bukan apa, aku tak tahu ape motif U aku neh block YouTube punya site. Siyes aku langsung tak paham. Nak kata dalam YouTube tuh ade video lucah, 18sx, sex, ade ke? Banyak ke? Setakat hari neh aku takde lagi jumpa video yang melampau begitu. Kalo ade pun, its about education. So, ape salahnya kalau bukak jea blocking tuh. Banyak ilmu ada dalam tuh taw??

Tapi bila bukak Youtube, akan kuar laa error. Video yang diupload terus dari YouTube, tak kisah laa dalam Facebook ke, blog ke, mesti akan kuar cam kat bawah neh. Bengang giler ase.


Perlu ke semua neh? Melalaikan ke bukak YouTube neh? Eh, tak paham laa... Kalo block camni, kompem ke tak leh bukak? Eh, proxy unblock banyak laa. Tapi masalahnya kalau guna proxy, internet surfing will be slower a bit daripada biasa. Lagipula internet sekarang neh dah memang selow! Kalau bukak proxy, lagi laa selow oke! Eh, haktuih!

Dah la, malas laa nak taip lagi. Bosan dengan blocking-blocking neh. 4shared.com pon boleh diblock sama. Haish, tak paham... Tak paham...

Baibai~~

nota KAM: Adeh!!

SUKA entri ini?

Tuesday, October 18, 2011

Aku Basah...

Hello everyone..

Camne hari korang? Best tak? Hari aku sangat best. Nak tahu? Tengok tajok korang mesti pikir lain kan. Aku tahu tuh. 

Ekceli, hari aku same jea cam hari-hari biasa. Takde ape yang spesel pon. Cuma lebihnya hari neh aku basah. Maksud aku, basah dengan peluh. Sekian lama aku tak pergi beriadah petang-petang, hari neh tergerak hati nak pegi beriadah. Aku main badminton. Tuh pun setelah berhempas pulas rumet aku mengajak. 



Bila lama tak main, rase best lak main. Even agak lambat siket aku pegi, tapi still sempat untuk badan aku basah dengan peluh. Mungkin hari neh permulaan untuk aku start beriadah semula? 

Baibai~~

nota KAM: Peluh sudah kering, Maghrib sudah panjang. So, mandi dulu :)

SUKA entri ini?

Wednesday, October 12, 2011

Cikgu dan Murid Tadika


Hai eberibadi...

Penat? Bosan? Stress? Tak tahu nak buat apa? Apa kata jom layan cite neh. Mane tahu leh hilangkan penat, stress korang tuh.. :)

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan…

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.
Amin : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada.

Baibai~~

nota KAM: budak-budak sekarang dah pandai buli cikgu!!

SUKA entri ini?

Tuesday, October 11, 2011

Persada Survivor Camp Memang Bestlah!


Hello sume readers yang tertunggu-tunggu penulisan aku. Aku da jarang update kan? Sori beb!

Weekend lepas aku ade join satu program under PERSADA UMP. Memandangkan aku anak jati FELDA, aku join laa kan. Kang orang kata murtad lak, anak FELDA tapi tak nak join. 

PERSADA SURVIVOR CAMP neh kitorang buat kat Tanjung Resang, Mersing, Johor. Sepanjang program banyak gak laa aktiviti yang dibuat. Memang betul-betul survive lah. Dah name pon Survivor Camp kan? Ape laa bangang korang neh. Ehh??

Kitorang kat sane 3 ari, bermula ari jumaat. Malam tuh ade Night Walk. Punye laa cite kebaboom kan, tapi xde ape pon sangat. Alhamdulillah bulan terang, dan perjalanan masuk hutan tak jauh. Hahaha, kantoi takot kan. Takde laa takot, seram siket jea dengar cite yang kebaboom giler tuh. Korang pon mesti seram gak, jangan nak tipu laa. Ceh!

Pemandangan dari puncak Gunung Arong

Hari kedua banyak aktiviti, bermula dengan mendaki Gunung Arung, then cari harta karun yang tak berapa karun sangat tapi mengenyangkan, lepas tuh suppose berkepah tapi kene denda berendam dalam air laut setengah jam dan malamnya macam biasa laa kan, malam mencari bintang gitew. Tapi bintang aku tak bersinar sangat, sebab bulan terlalu terang. Hehehe..

Esoknya takde aktiviti sangat sebab sume dah penat daki Gunung Arong. Kitorang buat BBQ siket untuk makan tengahari.

Group 2 - Aza, Awang, Hajar, Amin, Abang Long

Yang atas tuh tak penting sangat. Apa yang aku nak cite, banyak pengalaman yang aku dapat. Sebelum neh makan nasik cukup rempah ratus, lauk ayam tak nak kalah kan, tapi bile da pegi sane, nasik masin jugak yang masok dalam perut. Sebab apa? Masak pakai air laut, memang laa masin. Ade laa rase pasir-pasir siket. Tapi grup aku bertuah siket sebab penghulu dan penghuluwati ahli grup kitorang. So, kitorang dapat sardin 2 tin. Grup lain makan nasi ngan telur jea sbijik :)

Pengalaman masak nasik dalam hujan, bukan maen tahan air hujan taknak bagi padam api, last-last padam gak. Tapi oke laa nasik sempat masak, even tak masak penuh. Yang aku takleh tahan, aku kene jadi dugong. Suppose duyung, tapi sebab laki kan tukar laa jadi dugong. Comel :) Lagi takleh tahan kene buat gaya menggoda. Adeh! Akhirnya, fasi tergoda dan bagi grup kitorang perencah nasi goreng. Makan sedap kitorang malam tuh.

kredit to DAYAH CHAN

So, sape-sape yang ade teringin nak buat Survivor Camp, leh laa buat kat sini. Sumber air hanya air laut. Takde air paya kat sini. Memang kena makan nasik masin :)

Baibai~~

nota KAM: sakit kaki daki gunung tak ilang lagi :(

SUKA entri ini?