Followers

Sunday, December 8, 2013

Nyata #1

"Abang.. Abang.. Bangun solat Subuh!" kejut Fatin sambil menggoncangkan tubuh kurus abangnya.


Dengan malas Amin bangkit dari tidurnya. Hari ini dia terbabas untuk mengerjakan solat Subuh kerana enak dibuai mimpi. Itu pun setelah dikejutkan oleh adiknya untuk bangun melaksanakan perintah Allah itu.


Mujur ada adiknya yang datang berkunjung dua hari lepas. Itupun kerana cuti hujung minggu dan tiada apa aktiviti yang dibuat oleh adiknya di kolej tempat dia belajar. Kebiasaannya, memang Amin akan tinggal seorang diri di rumah teres tiga tingkat itu.


Hujung minggu begini, tiada apa aktiviti yang dirancang olehnya. Dia yang lebih suka menghabiskan masa di rumah meneruskan tidur setelah selesai menunaikan kewajipan tersebut.


Azan Zohor berkumandang, Amin bangkit dan membersihkan diri. Jam 3 petang nanti dia perlu menghantar adiknya menaiki LRT untuk pulang ke kolej. Setelah selesai mandi dan bersolat, Amin turun untuk makan tengahari.


"Masak apa hari ni?" tanya Amin sambil menarik kerusi.


"Tomyam semalam. Panaskan je. Lagipun banyak lagi dalam periuk tu. Membazir pulak nanti kalau dibuang." jawab Fatin sambil menyenduk tomyam ke dalam mangkuk untuk dihidangkan. Boleh laa Amin menikmati makanan yang enak sikit, bila adiknya datang ke sini. Kalau tak, hari-hari makan lauk yang dibeli je.


Setelah menghantar adiknya ke stesen LRT dengan motor cabuknya, Amin terus balik ke rumah. Tidak melencong ke mana-mana. Amin membuka laptopnya dan meneruskan rutinnya dengan menonton movie yang tersimpan di dalam hard disk nya.


Sunday, November 24, 2013

Bisnes?

Bila difikir-fikirkan, hati ini terasa juga untuk memulakan bisnes, secara kecil-kecilan sebagai permulaan, untuk menambah pendapatan. Bila tengok orang yang buat bisnes, berjaya, cukup kagum dengan mereka.


Dalam Al-Quran juga ada menyebut, 90% punca rezeki adalah datangnya dari perniagaan.


Untuk mulakan perniagaan, aku rasa hati kena tabah, sanggup terima risiko, sabar, kuat, yakin. Baru laa boleh berjaya. And the most important thing is, kena sentiasa positif.


Ada juga cuba intai-intai perniagaan original rejected perfume. Tapi, basic bisnes takde, reference takde, boleh ke aku nak buat?


Mungkin belum masanya.


Wednesday, November 20, 2013

Pergimu Penuh Penghormatan

Ahmad Ammar Ahmad Azzam, 20 tahun. Pelajar Malaysia yang meninggal dunia di Turki, akibat dilanggar oleh ambulans semasa melintas jalan, pada 2 November 2013.


Kematian beliau disambut hiba oleh pelbagai lapisan masyarakat di Turki, kerana jasa-jasa beliau yang selalu diingati. Sehinggakan beliau digelar 'Syahid Yang Tertangguh'.


Sebak bila membaca kisahnya, perjuangannya. Masih ada anak muda yang begitu bercita-cita murni seperti beliau. Sungguh terkesan di hati ini, melihat perjuangan beliau.


Semoga roh beliau aman disana. Dan semoga masih ada anak muda yang berjiwa seperti Allahyarham. Dan semoga aku dapat mencontohi beliau.


Al-fatihah.


Tuesday, November 19, 2013

Berkelanalah Demi Masa Depanmu

" Dan tiadalah duduk setempat

  Bagi orang cerdik dan beradab itu

  Dianggap sebagai rehat

  Tinggalkanlah tanah air

  Dan mengembaralah


  Berkelanalah

  Engkau akan dapat pengganti

  Orang yang kamu tinggalkan

  Berusahalah

  Kerana keindahan hidup itu

  Ada pada berpenat-penatan


  Aku melihat

  Air yang tenang bertakung

  Mencemar kandungannya sendiri

  Sekiranya ialah mengalir

  Ia akan baik

  Sekiranya ia tidak mengalir

  Tercemar "


- Imam Syafie


Sebuah syair, yang dalam pengertiannya, bagi yang memahami. Sangat terkesan pengisiannya. Terdetik di hati, sudah lama aku berada di takuk lama, bertakung, dan tercemar. Mungkin sudah tiba masanya, untuk aku mula mengorak langkah, mengalirkan ia, berkelana, supaya menjadi baik ia.


Wednesday, May 1, 2013

Selamat Hari Pekerja

Bangun tidur. Tengok jam  di muka telefon bimbit. 9.30 a.m.

"Ahh, ini hari, hari aku. Apa ada hal kalau aku nak tidur lagi?" Detik hati kecil.

Dan aku mula membalik-balikkan badan. Kiri. Kanan. Kiri. Tak juga mahu lelap semula.

Apakah aku sudah cukup tidur? Apakah kepenatan perjalanan jauh semalam sudah hilang?

Dengan malasnya aku bangun. Lalu turun ke dapur untuk mencari sesuatu buat mulut untuk mengisi kekosongan perut. Ternyata, kosong.

Ternampak tudung saji di atas meja. Lalu dibuka. Ahh, ada sedikit kuih-muih.

Terima kasih makcik peniaga kerana tidak cuti ini hari.

Selamat Hari Pekerja 2013.

Friday, April 12, 2013

Kursus Kad Hijau CIDB

Hai.. Cerlang cerlup post entri kan.. Sibuk, nak buat camna..


Hari neh nak cerita pasal kad hijau CIDB. Kenapa kad hijau? Sebab kad tu kaler hijau. Nama betulnya tah laa jugak.. Lupa. Hihiii.


Yang penting kad neh kene ade untuk masuk construction site. Sebab tu aku kene buat.


Tapi serius, taklimatnya bosan. Kat cheras neh laa sebab aku buat kat sini. Tempat lain tak tahu lah. Nasib baik cuma sehari je taklimatnya.


Dan sekarang neh aku tengah dengar taklimat tersebut. Demi untuk masuk site kan.


Monday, March 11, 2013

Kursus Kahwin Mahligai Firdaus

Weekend yang lepas, aku dah hadirkan diri ke kursus pra-perkahwinan di Mahligai Firdaus, Setiawangsa. Awalnya dah pergi kursus kan? Nak kahwin dah ke?


Nape? Hanya orang yang dah nak kahwin jea yang boleh pergi kursus? Yang lambat lagi, or tah bila-bila lagi nak kahwin takleh pergi ke? Kemon laa, kan? Tapi, mesti ada sebab kan? Memang. Memang ada sebabnya. Sebab nanti bulan Jun akan ada ujian di akhir sesi kursus. Haa, ko nak ambik ujian ke? Pergi kursus pon tido jea, ada hati nak amik ujian.


Tapi, jangan risau. Kursus kat Mahligai Firdaus neh takkan buat korang mengantuk. Tak percaya? Try laa pergi sendiri. Ustaz ustazah kat sana pandai buat lawak dalam ceramah. Best! Ini serius. Lagi satu, dengar-dengarnya kan kursus kahwin nak dipanjangkan selama seminggu dan bermalam di tempat kursus. Mampu kau? Tapi semua tu aku tahu dalam dewan kursus. So, aku pergi awal bukan sebab-sebab yang dinyatakan tu.


Hal lain aku nak cerita sebenarnya ada Beego ngan tunang dia, Linda Hashim attend kursus tu pada hari yang sama dan dewan yang sama ngan aku. Mana gambar kan kalo ada? Aku ada laa jugak nak amik gambar, tapi sebab takda sorang pon yang amik gambar ngan dia, segan laa jugak aku tetiba nak amik kan?


Tapi tunang dia si Linda Hashim tu aku tak kenal pon. Aku ingatkan orang biasa-biasa jea, rupanya pelakon. Sian ko Linda. Eh? Aku tahu pun sebab adik aku yang cakap. Aku pergi kursus dengan adik aku. By the way, tunang Beego sombong jugak, Beego peramah, banyak cakap. Dalam dewan tu suara dia jea bunyik. Aiseh.


Oke, dah siap satu peringkat syarat untuk kahwin. Kalau bukan sebab syarat, xda orang nak amik kursus kawin kan? Next step tu nanti-nanti laa dulu. Sabo... Sabo...


Setelah Dikau Ditinggalkan

Sudah sekian lama kau dibiarkan berdebu yea. Kesian. Aku bukan sibuk. Tak sibuk lagi. Tapi sebabnya kekangan internet yang terputus menyebabkan aku terpaksa mengabaikan kau buat seketika.


Sekiranya kau boleh diupdate tanpa sambungan internet, nescaya aku rela menconteng di badan kamu sehari-hari.


Maafkan aku, aku tidak mampu.


Saturday, February 2, 2013

Selamat Pengantin Baru, Sahabat

Hello everybody.


Januari dah tinggalkan kita. Februari sudah tunjukkan wajah. Harapnya Februari ini memberi seribu makna seperti Januari buat kita, In Shaa Allah.


Permulaan Februari, semalam, sahabat aku telah selamat menjadi suami kepada seorang wanita, dengan hanya sekali lafaz. Alhamdulillah. Semuanya dipermudahkan baginya. Tahniah bro.


Dan hari ini beliau akan bersanding. Ingin sekali mengiringinya, tapi apakan daya.


Sahabat, aku doakan kau sentiasa bahagia, kekal dan gembira selamanya. Buat anak ramai-ramai. Aku nak anak buah ramai. Ehehehe. Semoga dapat menjadi suami yang baik dn bertanggungjawab. Love u, always :-D


Saturday, January 26, 2013

Selamat Datang 2013

Hello readers,


First posting for the new year 2013. New year pon dah 26 hari berlalu, baru nak buat entry? Kemon lah, u are totally out of date!


But, better late than never kan? :-D


So, selamat tahun baru 2013 aku ucapkan buat semua pembaca. Semoga tahun neh bakal membawa sinar dalam hidup kalian.


Permulaan 2013 aku agak baik. Dan banyak peristiwa manis yang dah berlaku, dan bakal berlaku.


Antaranya, aku dapat praktikal kat tempat PBJV GROUP SDN. BHD. Tempat yang aku memang nak sangat-sangat dan dapat pon last minit. Dan aku harap dapat terus kerja dekat sana.


Satu lagi yang bakal berlaku, kawan baik dari kampung nak kawin. Dah sampai seru dia. Alhamdulillah. Aku tumpang gembira. Semoga aku bakal menyusul di kemudian hari. In Shaa Allah.