Followers

Thursday, May 17, 2012

Terima Kasih Guru

10:26 a.m.

Terima kasih guru
Yang mengajarku dulu
Membawaku ke ladang-ladang ilmu
Dengan sabar tak kenal jemu
Kini kupetik buah kejayaan itu
Dari pohon jasa seharum narwastu.

Terima kasih guru budiman
Yang merungkai erti kehidupan
Menanam benih-benih kemanusiaan
Memadam puntung-puntung kesombongan
Bagai bintang di kegelapan malam
Di tengah lautan jadi pedoman.

Terima kasih guru jauhari
Yang membugar perkebunan budi
Lembut menyiram akal pekerti
Tekun menyemai mulia peribadi
Jasa baktimu terhampar pasti
Moga Tuhan sentiasa memberkati.

Terima kasih guru tercinta
Menyahut cabaran semangat perkasa
Memperkukuh iltizam membina bangsa
Gelanggang pendidikan diri diperhamba
Modal insan dijana dipelihara
Melahirkan pemimpin memacu negara.

SELAMAT HARI GURU!


Teristimewa untuk:
  • Ummie saya, cikgu pertama
  • Guru PASTI FELDA CHIKU saya
  • Guru mengaji Al-Quran saya
  • Guru-guru SK SRI CHIKU 02 saya
  • Guru-guru SMK DATO' AHMAD MAHER saya
  • Guru-guru SEKOLAH MEMANDU MACHANG saya
  • Pensyarah-pensyarah KOLEJ MATRIKULASI JOHOR saya
  • Pensyarah-pensyarah UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG saya
  • Kawan-kawan saya yang telah bergelar pendidik 
Sincerely, love u all ♥


p/s: Terlambat sehari, takpe kan?? Hehehe :)

SUKA entri ini?

No comments:

Post a Comment