Followers

Sunday, December 8, 2013

Nyata #1

"Abang.. Abang.. Bangun solat Subuh!" kejut Fatin sambil menggoncangkan tubuh kurus abangnya.


Dengan malas Amin bangkit dari tidurnya. Hari ini dia terbabas untuk mengerjakan solat Subuh kerana enak dibuai mimpi. Itu pun setelah dikejutkan oleh adiknya untuk bangun melaksanakan perintah Allah itu.


Mujur ada adiknya yang datang berkunjung dua hari lepas. Itupun kerana cuti hujung minggu dan tiada apa aktiviti yang dibuat oleh adiknya di kolej tempat dia belajar. Kebiasaannya, memang Amin akan tinggal seorang diri di rumah teres tiga tingkat itu.


Hujung minggu begini, tiada apa aktiviti yang dirancang olehnya. Dia yang lebih suka menghabiskan masa di rumah meneruskan tidur setelah selesai menunaikan kewajipan tersebut.


Azan Zohor berkumandang, Amin bangkit dan membersihkan diri. Jam 3 petang nanti dia perlu menghantar adiknya menaiki LRT untuk pulang ke kolej. Setelah selesai mandi dan bersolat, Amin turun untuk makan tengahari.


"Masak apa hari ni?" tanya Amin sambil menarik kerusi.


"Tomyam semalam. Panaskan je. Lagipun banyak lagi dalam periuk tu. Membazir pulak nanti kalau dibuang." jawab Fatin sambil menyenduk tomyam ke dalam mangkuk untuk dihidangkan. Boleh laa Amin menikmati makanan yang enak sikit, bila adiknya datang ke sini. Kalau tak, hari-hari makan lauk yang dibeli je.


Setelah menghantar adiknya ke stesen LRT dengan motor cabuknya, Amin terus balik ke rumah. Tidak melencong ke mana-mana. Amin membuka laptopnya dan meneruskan rutinnya dengan menonton movie yang tersimpan di dalam hard disk nya.


No comments:

Post a Comment