Followers

Friday, July 15, 2011

Sape Yang Hebat Sangat Tuh??

Hello sume.

Korang rase korang neh hebat sangat ke? Betul ke korang neh hebat? Tersangat hebatkah korang neh sebenarnya? Dah betul-betul hebat ke korang neh? Hebat sangatlah tanya soalan same banyak-banyak kali? Oke, yang last tuh untuk aku. Sori =.=

Kalo betol korang hebat, mari sini aku nak test kehebatan korang setakat mana. Ada bran?? Cepat sahut!! Tak banyak pon soalan aku nak tanye neh. Lima soalan jea. Kacang jea kan? Tapi, ada syaratnya. Korang kene jawab dengan pantas. Sepantas yang boleh. Tak de masa tambahan. Kalo nak jugak, buat soalan sendiri. Bereh? Sedia? Oke, mula dari sekarang. Teeeeettt.

Soalan pertama:
Korang menyertai satu perlumbaan. Dengan susah payah serta tenaga yang hujung-hujung tanduk dah, korang mengejar dan berjaya memotong orang yang kedua. Sekarang korang ditempat yang ke berapa?









Jawapan: Jika jawapan korang tempat yang pertama, sudah tentu jawapan korang itu 100% salah! Cuba korang pikir sekejap, kalo korang memotong orang kedua sudah tentu korang mengambil tempatnya bukan? Jadi, korang berada di tempat kedua!

Cuba jangan lihat atas semula untuk soalan seterusnya. Ini AMARAN!! Sekarang jawab soalan kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama OK?







Soalan kedua:
Jika korang memotong tempat orang yang terakhir, jadi korang di tempat...? (lihat bawah)









Jawapan: Jika korang jawab tempat kedua terakhir, korang salah lagi.. Yiehaa. Siapakah yang terakhir? Bagaimana korang boleh memotong orang yang terakhir? Ce jawab... Ce jawab...



Adakah korang pantas dan cerdik? Tidak begitu rupanya? Jangan risau, masih ada tiga soalan lagi. Oke, ke soalan ketiga.





Soalan ketiga:
Soalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan tanpa menggunakan alat bantuan. Jangan guna kertas dan pensil atau mesin kira-kira. Gunakan akal korang sahaja! Cuba lah...

Ambil 1000 dan campur 40. Sekarang campur lagi 1000. Campur lagi 30. Campur lagi 1000. Campur lagi 20. Campur lagi 1000. Campur lagi 10. Berapakah jumlah semua?

Lihat bawah untuk jawapan.



Adakah jawapan korang 5000?



Jawapan sebenar adalah 4100.

Tak percaya? Amik kalkulator korang sekarang. Cuba kira semula guna kalkulator korang tuh! Mungkin ini bukan hari korang kan? Mungkin korang boleh jawab soalan yang seterusnya ini dengan betul. Siapa tahu. Let's try!







Soalan keempat:
Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?





Adakah jawapan korang Nunu? Salah! Salah! Salah!

Namanya Mary. Baca semula soalan!







Okay, ini soalan terakhir. Pastikan betul yea :)



Soalan kelima:
Sorang bisu pergi ke mini market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan menggayakan lakonan memberus gigi, dia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan dia berjaya membeli berus gigi itu. 

Seterusnya, seorang buta pergi ke mini market untuk membeli cermin mata hitam. Bagaimana dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya?






Jawapan: Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati.




Sangat mudah kan? Korang boleh kongsi berapa soalan yang korang dapat jawab dengan betul kat ruangan komen. AWAS!! jangan tipu, berdosa! Hehehe~

Baibai~~

nota KAM: masih terasa hebat??

SUKA entri ini?

2 comments: