Followers

Tuesday, March 29, 2011

Jom berteka-teki... Sape bleh jawab???





Teka teki. Jom kita main teka teki. Jom jom jom. Sekali sekala nak jugak menguji minda yang agak agak tumpul tu. Sila sila teka jawapan. Wakakaka.

(1) Kalau 1+1=2, jawapan lain dia apa?
Jawapan lain dia salah la.

(2) Lima pasang stoking direndam dalam Laut Merah. Setiap pasang stoking itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stoking tersebut?
Stoking tu basah la.

(3) Kenapa di tepi rel keretapi diletakkan batu kerikil?
Kerana kalau diletakkan pisang goreng pasti jadi rebutan.

(4) 10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba guruh berdentum dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masalah tetapi 4 ekor burung telah jatuh ke bumi. Persoalannya kenapa 4 ekor burung itu jatuh ke bumi?
Kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan menyebabkan burung burung tidak dapat terbang seperti biasa.

(5) Dalam banyak banyak negara, negara apakah tidak boleh duduk?
Negaraku.

(6) Kalau seorang, sendiri tahu. Kalau berdua, dua-dua sama tahu. Kalau bertiga pulak, tiada siapa yang tahu kecuali orang yang buat. Kalau berempat, lagi lah tak tahu. Apakah dia?
Kentut.

No comments:

Post a Comment