Followers

Sunday, January 8, 2012

Kisah Motivasi Yang Cool~~

Salam peeps..

Aku baru nak mula menulis, hujan pun mencurah-curah. Terpaksa pergi angkat baju-baju di ampaian jap.

Kali neh aku nak kongsi satu cerita bermotivasi. Kadang-kadang kita perlu jugak motivasikan diri untuk ke arah yang lebih baik kan?


Seorang lelaki, sebagai motivator naik ke pentas menghadap audiens yang memenuhi dewan.
Di dalam dewan itu, dia mula menceritakan satu lawak jenaka.
Semua orang ketawa separuh gila kerana lawaknya itu.
Seketika kemudian, dia mengulang semula menceritakan lawak yang sama kepada audiens yang sama.
Kali ini, cuma sedikit sahaja yang ketawa.
Dan, selepas itu, dia mengulang menceritakan lawak yang sama, berulang-ulang kali.
Sehingga tiada lagi yang ketawa mendengarkan jenakanya yang sama itu.
Dia tersenyum lalu berkata;
"Kita sedar yang kita takkan boleh ketawa jika kita mendengar jenaka yang sama berulang-ulang kali,tetapi mengapa kita masih lagi hendak menangis ke atas perkara yang sama berlaku dahulu berulang-ulang kali?"

So, jangan laa kita bersedih atas sesuatu yang pernah terjadi. Cukuplah hanya sekali kita bersedih untuknya. Dalam apa jua keadaan, life must go on!!

Baibai~~


nota KAM: Chill bebeh!!

SUKA entri ini?

2 comments: