Ari neh aku da ade mood nak cerita siket pasal aku balik ari tuh. Tapi entri neh aku combine yang ari tuh dan ari-ari sebelomnya yang same maksud dan tujuan. Saje aku nak gabungkan skali sebab senang. Nanti korang kata asyik-asyik cite same jea kan? So, dari mengelakkan perkara tersebut berlaku, aku buat sume pasal tuh dalam satu entri. Awas!! Entri neh banyak gambar. Amaran awal. Hahaha~~
Neh gambar semasa majlis akad nikah. Majlis neh buat pada malam hari 27.05.2011. Sebab buat malam? Rumah perempuan agak jauh dari tempat persinggahan kami. So, supaya tak menjadi kelam kabut pada keesokan harinya, buat laa malam tuh. Juz sekali lafaz saje dah sah jadi laki bini. Tahniah :)
Esoknye, 28.05.2011 merupakan majlis persandingan. Bertemakan kaler pink + kelabu, selamat laa mereka bersanding. Tapi aku pakai baju merah pada hari kejadian. Sebelom aku terlajak, rumah pengantin perempuan kat Felda Pasoh 4.
Dua minggu selepas majlis sanding tadi, buat majlis kesyukuran menyambut menantu lak kat rumah pengantin lelaki. Rumah beliau kat Felda Chiku 2. Kelapa sawit bertemu kelapa sawit. Oke, itu takdir. Serba kebiruan yea. Tapi aku pakai baju melayu kaler coklat. Hahaha. Motif sangat nak bagitaw jugak baju aku kan? Ikot suka laa~~
Dan aku bersama handycam pak sedara aku merakam detik pada malam akad nikah dan majlis kesyukuran saje. Sempoi giler. Tapi lenguh giler tangan aku!!
Itu saje untuk kali neh. Selamat Pengantin Baru kepada kedua-dua mempelai. Semoga kekal bahagia selamanya bersama keturunan yang bakal lahir kemudian hari.
Baibai~~
nota KAM: Tak sempat nak shopping hadiah. Nak bagi ape ekk?
SUKA entri ini?
No comments:
Post a Comment