Followers

Monday, November 19, 2012

Hari Ini Dalam Sejarah

First of all, semua ini tak akan jumpa dalam buku Sejarah. Cari laa dalam mana-mana buku sejarah, tak akan jumpa. Kecuali dalam blog ini.

Terus ke cerita pertama. Dalam perjalanan dari rumah aku dekat Gua Musang, Kelantan menuju ke Kuala Lumpur, kira-kira dekat dengan Kuala Lipis jugak laa, dan kawasannya berbukit. Aku dengan kelajuan yang aku pon lupa sebenarnya, eh tak perasan kelajuan berapa, tapi agak speedy laa sebab tak banyak kereta kan. Aku yang follow ada satu Honda Accord kat depan, tak perasaan dia brek mengejut saat turun bukit. Dan aku pon trus brek laa kan. Menggelongsor kereta, berbekas kesan tayar atas jalan. Dan u know what? Sebuah bas Mahligai, if I not mistaken, nak memotong sebuah lori ketika menaiki bukit di jalan dua lorong. Bangang kan driver bas itu. Aku memang tak puas hati. Macamana laa bas tak eksiden kalu driver macam penyepak gitu.

Oke, yang kedua berkenaan dengan tiket bas. Selalunya bas dari Kuala Lumpur ke Kuantan neh selalu jea ada kat Terminal Pekeliling tu. Tapi, ari neh bas Plusliner pon abes. Nasib aku baik sebab ade satu bas yang nak g Kuantan. Tapi aku terpaksa tunggu melepak kat terminal 3 jam laa. Dah tunggu, saat nak naik bas tiket pulak entah ke mana. Selepas slow talk ngan pakcik driver, dapat laa jugak naik. Dia bagi pon sebab dia jual tiket tu abes, dan seat aku masih kosong. So, dia yakin aku tak tipu.

Aku rasa tiket itu hilang masa aku nak pegi tandas. Orang demand, nak masuk tandas hotel. Bukan demand sebenarnya. Tandas kat terminal itu tersangatlah kotor. Pulak tu kene bayar. Aku tak kesah kalo kotor tapi takde bayar, dan jugak kalo kene bayar tapi bersih. Nampak? So, dah hotel dekat kan, aku masuk laa tandas hotel. Pulak tu masa aku nak guna dorang tgh cleaning. Siap kunci dari dalam. Penat aku tunggu. At last, aku ada deal ngan sorang pakcik nak masuk ladies toilet jea sebab lama sangat dan jugak bas aku dah nak gerak. Tapi pakcik tu plak tak jaga seperti yang dah deal. Sebabnya bila aku masuk dengar suara perempuan masuk. Lama jugak aku stay dalam tu. Rasa macam dah takde orang, keluar laa. Tapi kantoi dengan makcik cleaner sedang bersihkan tandas perempuan pulak. Nasib makcik tuh terkejut jea, tak menjerit. Kalau tak, haru jugak kan. Makcik memang sporting~

Sekian saja cerita untuk hari ini. Dan aku masih dalam perjalanan ke Kuantan. Lagi sejam setengah mungkin untuk sampai ke UMP.

No comments:

Post a Comment