Followers

Tuesday, November 13, 2012

Skyfall

Review untuk filem Skyfall. Agak terlambat, aku minta maaf. Sebab aku baru tengok semalam. Lagipula, aku bukan anak wayang, kaki wayang, kepala wayang, dan segala macam yang berkaitan.

Terbolehnya aku pergi menonton atas ajakan rakan rakan yang begitu teruja untuk keluar bersama. Okay, teruja mereka untuk menonton cerita tersebut. Bukan atas sebab aku.

Aku bukan pandai sangat nak buat review filem. Tapi pada aku, jalan ceritanya agak slow apabila tiba di pertengahan. And you know what? Aku seperti biasa, tempat sejuk, sunyi, dan di kala jam melebihi 10 malam. Apa lagi yang harus ku lakukan di kala kebosanan. Tidurlah, wahai sayangku.

Tapi kan, starting untuk cerita ini sangat power dan teruja. Kalau tengok starting, mesti mengharapkan yang lebih menarik kat dalam. Tapi hampa belaka. Starting tidak melambangkan apa yang ada di dalam. Bosan. Kekuatan cerita ini hanyalah pada starting dan ending. Kerana ketika itulah mereka beraksi yang sangat superb.

No comments:

Post a Comment