Salam sume readers :)
Hari neh bahagia rasa sebab final exam aku dah abes. Tamat sudah perjuangan untuk sem neh. Rasa nak meloncat2 sampai tido jea. Hahaha~~
Oke, entri neh nak cerita pasal hubungan jarak jauh. Korang rasa laa kan, hubungan jarak jauh neh oke ke tak? Boleh pegi jauh tak? Haa, yang tu penting.
Aku?? Aku ade laa gak pengalaman siket sebanyak laa kan, tapi aku taknak cite pasal tuh. Tu kenangan aku. Oke? Laa neh aku nak cite siket perkara2 yang korang perlu pikirkan dulu sebelum nak bercinta jarak jauh neh. Bukan senang taw.
1. JANGAN TERBURU-BURU
Tersangatlah wajar untuk menangguhkan ungkapan cinta korang tuh pada si dia kerana masalah logistik dirinya memungkinkan korang sekadar membuang masa saja dalam soal perhubungan.
2. MULA SEBAGAI KAWAN
Janganlah hanya sekali bertemu sudah menjanjikan cinta menggunung tinggi. Setidaknya mulakan ikatan sebagai seorang teman sebelum korang membuat keputusan lebih besar dengan bercinta.
3. KERAP BERTEMU
Harus untuk korang2 sering bertemu dengan si dia kerana dengan cara sedemikian barulah korang dapat mengenali ‘warna sebenar’ dirinya. Manalah tahu, selepas tiga kali bertemu akhirnya korang tidak pula rasa tertarik dengan sikapnya!
4. UJI KESABARANNYA
Sesekali wajar juga untuk menguji kesabaran pasangan yang baru dikenali. Lebih-lebih lagi dalam hubungan jarak jauh, memang perlu memberikan sedikit ujian dengan harapan mengetahui sejauh mana dia mampu berdepan dengan risiko hubungan sebegini.
5. BERTANYAKAN SOAL KOMITMENNYA
Tidak salah memulakan langkah ke arah komitmen. Lihat reaksinya, adakah dia juga bersedia ke arah itu. Namun, korang usah pula terburu-buru menyahut cintanya kerana masih perlu mengenali lebih lanjut.
6. LIHAT TINGKAH-LAKU
Apabila sudah saling mengenali dalam tempoh beberapa ketika, korang bolehlah mengenali dirinya yang sebenar. Selidiki personalitinya sama ada benar-benar ‘sekepala’ dan bukan dari jenis yang mengongkong.
7. TIDAK KEDEKUT
Tidak kiralah lelaki atau perempuan, paling penting janganlah memiliki pasangan yang kedekut soal perbelanjaan. Seperti jika berhubung, janganlah asyik kita saja yang menelefon, si dia juga perlulah bertolak ansur.
8. PANDANGAN ORANG SEKELILING
Jangan ambil risiko bersendirian, sebaiknya dapatkan pandangan rakan baik dan anggota keluarga mengenai hasrat untuk lebih serius dalam menjalinkan hubungan jarak jauh. Tidak mahu menyesal kemudian hari.
9. BIAR BERBALOI
Biar berfikir lanjut. Pastikan biar hubungan itu benar-benar berbaloi untuk diteruskan jika ingin menjalinkan hubungan secara serius termasuk soal masa depan untuk hidup bersama.
10. BERDEPAN RISIKO
Apabila menjalinkan hubungan jarak jauh, secara logiknya korang harus akur dengan risiko kegagalan dalam perhubungan. Andai sanggup mengharungi suka duka hubungan serta kemungkinan kegagalan dalam percintaan rasanya bolehlah korang menyahut cinta si dia!
So, kesimpulannya? Ceh, macam wat esei lak nak kene simpul2 bagai neh kan. Ahh, aku nak simpul gak. Kesimpulannya, korang kene laa fikir masak2 dulu sebelum nak kapel ngan orang jauh2 neh. Dugaan lebih besar kapel ngan orang jauh neh. Macam2 boleh berlaku. Yelah, si dia pon bukan depan kita, dan korang pon bukan depan si dia. So, senang sangat kalau nak menipu kan. Last2, diri sendiri merana. Padan muka korang!! Huhu~~
Baibai~~
nota KAM: nak on9 sampai lebam ari neh. esok nak g KL. sape nak jumpa aku kat KL nanti??
SUKA entri ini?
gua sekarang bercinta jarak jauh..
ReplyDeletelaki gua kat KL, gua kat peneng..
menanggung rindu jerkk manjang..
tapi gua tahu, laki gua mmg syg gua..
kah3..
hahaha....
ReplyDeleteku tujukan yg no 9 utk ko...
lalalala~~
a'ah..
ReplyDeletememang kami sedang berpikiran ke arah itu..
hahahahahahha..
amboy2..:p
ReplyDelete