Followers

Friday, April 15, 2011

Happy-nye Lelaki :)

Salam semua ya :)

Tajok macam nganjing kan. Nak makan penumbuk agaknye. Hahaha. Ilex laa dulu. Meh same2 skodeng dulu kenapa lelaki neh happy2 jea. Meh rapat2. Aku nak cerita 15 sebab happy-nye jadi LELAKI ini!



  1. Tak perlu mengandung. Alamak,cane agaknye kalo lelaki mengandung eyh??
  2. Boleh kencing merata-rata. Haa, kaum Hawa mampu??
  3. Kerjanya sama, tapi gaji lebih. Sape taknak lebih kan?
  4. Kedut dan boroi lambang kejantanan. Erk?? Nak g cek jap...
  5. Orang tak pandang ke dada bila bercakap dengan mereka. Tak ke?? Huhu~~
  6. Berbual di telefon 30 saat jea. Save kedit :D
  7. Boleh pakai sepasang baju dan sepasang seluar untuk cuti selama lima hari. Bukan ape, tak elok membazir kan?
  8. Dipuji sebab berjaya keluarkan satu idea ciput. Kira ok laa tue..
  9. Boleh pakai seluar dalam RM 9.90 sekotak (ada 3 helai). Alah, dalam jea pon~~
  10. Boleh pakai baju yang berkedut. Macho ape??
  11. Apa yang ada di muka semuanya ori. Termasuk jerawat batu, kayu sume :D
  12. Stail rambut sama saja selama bertahun-tahun, mungkin berdekad. Maintain hensem :P
  13. Boleh pakai sepasang kasut dan sepasang stoking sampai koyak. Alah, kat kaki gak duduknye. Tak kesah laa pon kan?
  14. Boleh pakai seluar pendek walaupun kaki macam...!! Bulu kaki berserabai jea. Haha~
  15. Misai berserabut?? No hal lah... Garang sket nampak :D
Haa, betol tak? Mesti laa betol kan. Tak kan laa aku nak tipu korang lak. Tak caye? Kalau tak caye, usha2 sket laki ke, abang ke, ayah ke. Ce tengok ce tengok.. Hahaha


Baibai~~

nota KAM: No wonder aku selalu happy. Dah taw sebabnya. Haha

SUKA entri ini?

2 comments: