Sumber berita dari sini.Shahrizat: Rumah Al-Taqwa tak berdaftar
Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Kampung Gahal, Hulu Langat tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau mana-mana agensi di bawah Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Bernama memetik menteri berkenaan Datuk Seri Shahrizat Jalil berkata beliau juga tidak pasti sama ada rumah anak yatim itu berdaftar di bawah mana-mana agensi di kementerian lain.
"Yang terlibat (dalam tragedi ini) ada pelajar, ada anak yatim, ada guru. Kita tidak tahu ia di bawah agensi mana," katanya kepada pemberita semasa melawat kawasan kejadian tanah runtuh di rumah anak yatim itu malam semalam.
Sehingga awal pagi ini, semua 25 mangsa yang tertimbus berjaya dicari dan dikeluarkan. Mangsa yang terkorban dalam tragedi itu ialah 16 orang manakala sembilan mangsa yang terperangkap selamat pada kejadian tanah runtuh yang berlaku pada pukul 2.30 petang semalam itu.
Shahrizat berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan agensi dan kementerian berkaitan dalam masa terdekat untuk mengetahui status rumah anak yatim itu.
Dalam pada umat Malaysia yang lain bersimpati dengan nasib yang menimpa rumah anak-anak yatim di Hulu Langat tuh, masih ada insan yang mempertikaikan status berdaftar rumah terbabit. Camnilah menteri Malaysia yang diagung-agungkan sangat. Rakyat didahulukan. Tapi inikah makna slogan rakyat didahulukan tuh? Sempat lagi dipertikaikan status rumah tuh. Memang Malaysia laa sangat kan. Demm!!
Kalo nak tolong tuh, biar laa tolong dengan ikhlas. Tak kesah laa berdaftar ke tidak, at least tempat tuh membantu orang-orang yang selayaknya dibantu. Bukan memewahkan lagi orang yang sudah sedia mewah. Kalo dah tak ikhlas, baek tak payah tolong, tak payah amik tahu, tak payah wat-wat kesian, dan tak payah masuk campur. Itu lagi bagos.
Baibai~~
nota KAM: mood nak study neh. lalala~~
SUKA entri ini?
ambik kierul jadi menteri..
ReplyDeletedi jamin terbela nasib..
hahaha...jangan pau.bahaya~~
ReplyDeletesokong2..ana montana.hahaha
ReplyDeletehahaha...berat lah ade penyokong neh..
ReplyDeletebaru 2 undi gitu gok.
xcukup neh...
demm! mmg xeklas
ReplyDelete