Followers

Wednesday, May 11, 2011

Sekolahku


Umum tahu kan sekolah merupakan tempat menuntut ilmu. Dan kebiasaannya, setiap seorang tu akan melalui lebih dari satu sekolah kan? Tak caye? Oke, meh aku nak buktikan. Paling minimum korang blaja sampai sekolah menengah laa katakan, so sebelum tuh korang da lalui zaman sekolah rendah dan zaman tadika, tol tak? So, lebih laa tu kan?

So, entri kali neh aq nak bagitaw jea tempat-tempat aku menuntut ilmu sehingga sekarang. Da tua-tua pun tak abes-abes lagi belajar. =.=

PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) CHIKU 02, GUA MUSANG


Oke, first aku masuk sekolah adalah PASTI. Kat sini sangat-sangat bez. Pegi sekolah pakai baju melayu kaler ijau. Yang bez kitorang ade tanding nasyid. Aku pun tak ingat dah kitorang dapat nombor bape. Hoho. Da lame sangat laa derr. Mane nak ingat lagi. Pengalaman yang dahsyat jatuh motor. Mase tuh lepas hujan. Jalan kat situ pun jalan tanah merah lagi, xde tar macam sekarang. Ummie aku yang bawak moto time tuh. Da depan sekolah da pon, tetibe licin, terbalik laa moto tuh. Abes berselut kitorang. Huhu. Ingat-ingat balik, agak kelakar gak. 

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI CHIKU 02, GUA MUSANG


Kat sini macam biasa laa kan, masuk mase Darjah Satu sampai laa Darjah Enam. Dulu sekolah neh berkongsi pagar dengan SK Sri Chiku 01. Tapi sekarang da ade kawasan sendiri. Time aku cuti, ade gak aku pegi. Tapi anta adik aku pegi sekolah jea laa. Haha. Kat sini sangat bez. Budak-budak kan, macam-macam hal berlaku. UPSR? Alhamdulillah laa, result aku boleh laa tahan :)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO' AHMAD MAHER, KOTA BHARU


Perasan tak, permainan kaler same jea cam logo sekolah rendah aku? Haha. Oke, lepas UPSR aku dapat tawaran pegi kat sekolah nie. Sebelom tuh aku dapat tawaran ASRAMA SEMAI BAKTI FELDA, TROLAK. Disebabkan jauh sangat, tolak laa tawaran tuh. Lagipun, Abah aku baru jea meninggal. *Al-Fatihah untuk abah aku, TQ~~*.So, agak susah jugak laa kan nak pegi jauh-jauh neh. Pegi sekolah neh pon nasib baik ade pak sedara aku jea yang tolong siket-siket. Awalnya memang tak nak pegi pon. Tapi, Ummie aku suh pegi gak. So, pegi laa aku sambung belajar kat sini. Kat sekolah neh aku belajar sampai laa Form 5. Kat sini aku pegang jawatan Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya. PMR ngan SPM aku oke-oke jea. Hahaha.

LITAR MEMANDU MACHANG


Boleh panggil sekolah ke? Boleh laa kan. Tempat aku belajar memandu. Kira sekolah jugak lah tu. Kalau tak, takde nye aku boleh bawak kete sampai sekarang. Huhu. Kat sini aku belajar tak lama, sebulan jea. Lepas tuh da boleh grad dengan cemerlang! Hahaha. Cari logo dye, xde jumpe lak. Hurm...

KOLEJ MATRIKULASI JOHOR, TANGKAK


Lepas abes SPM, aku dapat sambung kat sini. Aku kat sini 2 tahun dan kitorang merupakan first batch untuk program 2 tahun. Aku amik Sains Fizikal. Kat sini baru aku bercampur dengan orang-orang luar. Yea laa, sebelom neh sekolah kat Kelantan jea. Dapat pegi Trolak, tolak. At first, agak pekat laa Kelantanese aku tuh, sampai orang pun tak paham. Lame-lame da biase kan, communication skill aku lebih lancar. Tapi kalau cakap laju-laju, Kelantan jugak yang kuar. Haha.

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG, GAMBANG, KUANTAN


Kat sini aku dapat tawaran buat Ijazah dalam Kimia Industri. Aku kat sini selama 4 tahun, tapi tak abes lagi. Baru 2 tahun abes. Kehkeh. lame lagi nak duk sini. Dulu sini dipanggil KUKTEM. Pengalaman 2 tahun dah kat sini banyak mengajar aku. Moga 2 tahun lagi aku sukses dengan cemerlang. Mudah-mudahan. Amin. Lepas neh nak keje laa pulak. Kalau ade rezeki nanti, sambung laa lagi kan? 

Baibai~~

nota KAM: terima kasih kepada semua cikgu-cikgu yang pernah dan akan mengajar saya :)


SUKA entri ini?

No comments:

Post a Comment